Jumaat, 15 Februari 2013

Jalan-Jalan Cari Makanan di Restoran Charlie Chaplin, PSIS

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah... Kerana diberi peluang sekali lagi untuk menyertai aktiviti jalan-jalan cari makanan yang diadakan di Jabatan Pelancongan Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).. 

Seperti dalam entri yang pernah saya tulis sebelum ini, Politeknik Sultan Idris Shah ada menawarkan Program Pengurusan Hotel dan Katering.. Pada setiap minggu, Pelajar semester 5 bagi program ini akan menganjurkan satu event makan-makan dengan Tema tertentu.. Tema untuk event makan-makan pada kali ini ialah Charlie Chaplin Tribute... 

Sekiranya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program ini, saya syorkan anda klik di sini..


Bila sebut Charlie Chaplin, anda pasti akan mengingati Watak komedi tanpa suara yang pernah popular pada suatu ketika dahulu.. Beridentitikan lelaki berbaju dan bertopi hitam dengan kumis yang kontot... Inilah tema menarik untuk event makan-makan pada kali ini.. ;) 

Tema pada kali ini : Charlie Chaplin Tribute

Hiasan Dewan makan yang menarik..

Ramainya Charlie Chapline... Siap ada Charlie Chaplin perempuan lagi tu..

Aktiviti jalan-jalan cari makanan pada kali ini dimonopoli sepenuhnya oleh staf JKE, PSIS yang diketuai oleh Encik Bunyamin dan rakan-rakan... Tak sangka ramai pula staf JKE yang berminat untuk menyertai aktiviti jalan-jalan cari makanan pada kali ini.. Nampak gayanya lepas ni kita boleh buat tempahan untuk mengadakan satu majlis khas untuk JKE di sini...  Mungkin majlis untuk meraikan kehadiran Ketua Jabatan baru tak lama lagi... hehehe.. 

Berselera betul rakan-rakan saya menjamu selera..

Sambil menjamu selera sambil bersembang.. Apa isu menarik yang sedang dibincangkan?

Setiap kali air dekat gelas berkurangan, pasti ditambah semula...

Inilah menu untuk "lunch" kami pada hari ini...

Hidangan Pertama : French Chicken Ham, Cheese And Egg Casseroles

Syukur Alhamdulillah... Sementara menunggu menu kedua, tengok gambar Charlie Chaplin dulu..

Jom tengok... Menu apa pula selepas ini..

Soups De Poteron (Pumpkin Soup) + Roti


Sedap juga Sup ni.. Cuma tak berapa pandai makan ala barat macam ni... Maklumlah orang kampung.. Nak makan roti dengan sup pakai sudu yang mana satu pun tak tahu.. Lebih selesa pakai tangan.. Gasaklah yang penting perut kenyang.. hehehe


Gelas ke 3 pada asalnya kosong.. Dengan 2 gelas yang sedia ada pun dah tak larat nak minum

Bila gelas ke 3 diisi air, perut dah mula rasa kembung minum air.. huhuhu

Berapa banyak air kami kena minum ni? hehehe

Charlie Chaplin wanita pula sibuk menyediakan hidangan..

Encik Bunyamin memulakan langkah.. Encik Farhan sabar menanti...

Menu Utama telah pun sampai : Steak Au Poivre (French Pepper Steak)

Saya hanya mampu menghabiskan satu setengah ketul daging sahaja.. Kenyang betul hari tu.. Sampai rasa tak larat nak bangun.. Maklumlah "tangki kecil", tapi makanan melimpah ruah.. Syukur Alhamdulillah.. Dengan nikmat pemberian tuhan...

Seperti dalam entri sebelum ini, pada kali ini kami juga dikehendaki memberikan komen sepatah dua kata.. Pada kali ini, kami memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Encik Helmi untuk memberikan komen yang ikhlas untuk mewakili kami semua...  Diharap mereka dapat menerima komen yang diberikan dengan hati yang terbuka...

Dan akhir sekali... Yang ditunggu-tunggu telah tiba...

Inilah Dia : Pavlova De Fruit Paradis (Fruit Pavlova) + Tea/Coffee

Sedapnya dapat makan Pavlova.. Dekat mana dia orang dapat buah Strawberry yer.. 

Bila perut dah kenyang, kami pun beransur pulang.. Tak cukup masa untuk menonton Komedi Charlie Chaplin yang terpapar di layar besar dekat belakang tu... Maklumlah nak kejar masa untuk pergi ke kelas..



Bayaran untuk menikmati makanan yang menyelerakan ini murah sahaja.. Cuma RM13 seorang.. Siap dapat diskaun RM1.. Jadi kena bayar RM 12 seorang sahaja... Harga istimewa ini hanya di PSIS.. Jangan cerita dekat orang lain yer.. 

Selesai sudah satu entri,
Izinkan kami mengundur diri,
Terima kasih daun keladi,
Lain kali jemputlah kami makan lagi...

P/s: Sebagai tanda sokongan kepada blog ini, saya menjemput anda untuk mengundi blog Coretan Anuar dalam Malaysia International Tourism Blogger Awards 2013 (MITBA 2013)..  Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini

2 ulasan:

  1. wahhh bestnyer makan2...murah giler rega dier...memang menarik tertarik the bomb....

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra