Khamis, 14 Februari 2013

Malaysia International Tourism Blogger Awards 2013

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Malaysia International Tourism Blogger Awards 2013 (MITBCA 2013) dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan Blogger-blogger menerokai dan berkongsi informasi tentang lokasi-lokasi percutian menarik yang terdapat di Malaysia..



Dengan bantuan blogger sebagai medium penyebaran maklumat yang pantas, menarik dan santai akan dapat memikat hati orang ramai untuk lebih mengenali tempat-tempat menarik di Malaysia.. 

Ianya secara tidak langsung akan dapat mewarnai industri pelancongan di Malaysia apabila dapat 'menawan hati' pelancong dari luar negara untuk berkunjung ke Malaysia, setelah membaca informasi dari blog tertentu yang boleh dicapai menerusi talian internet...

Disebabkan itulah anugerah "Malaysia International Tourism Blogger" diwujudkan, sebagai tanda penghargaan kepada blogger yang rajin "mempromosikan" industri pelancongan di Malaysia.. Dalam masa yang sama dapat menyahut seruan kerajaan untuk mempromosikan kempen Visit Malaysia 2014..


Sumber : Klik Di Sini


MITBCA 2013 pastinya mempunyai pendekatan yang berbeza dengan Malaysia Social Media week Awards 2013 (MSMW 2013) yang dianjurkan oleh Social Media Chamber di bawah naungan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.. 

Sebelum ini, saya tidak berminat untuk mendaftar bagi memeriahkan Malaysia Social Media week Awards 2013 (MSMW 2013) disebabkan belum bersedia untuk menyertai Pertandingan seumpama ini..  

Tetapi pada kali ini saya tertarik untuk menyertai MITBCA 2013 disebabkan ianya bersesuaian dengan minat saya dan isi kandungan blog ini yang banyak berkisarkan kisah-kisah percutian keluarga ke beberapa destinasi menarik di Malaysia... Dalam masa yang sama, saya juga dapat menggunakan saluran ini untuk meluaskan network dalam dunia penulisan blog dan pelancongan... 


Dalam MITBCA2013, blog Coretan Anuar telah berjaya didaftarkan untuk 3 kategori iaitu Malaysia International Tourism Blog of The Year, Malaysia International Tourism Lifestyle Blog dan Malaysia International Tourism Travel Blog .  Diharap anda sudi memberi sokongan kepada blog ini untuk mengundi dalam ketiga-tiga kategori tersebut... 

Undi Blog Coretan Anuar dalam Malaysia International Tourism Travel Blog (Klik Di Sini)





Cara nak mengundi mudah sahaja.. 
  • Layari website MITBCA 2013 
  • Login dengan akaun Facebook
  • Pilih katogeri (Anda hanya perlu klik pada pautan-pautan di atas untuk mengunjungi page bagi setiap kategori)
  • Pilih blog yang anda suka dan klik button VOTE sehingga menjadi warna merah (satu undi untuk satu katogeri)
  • Promosi pada Rakan Blogger lain untuk undi Blogger yang anda suka.
  • Undian bermula pada 9/2/13 dan akan berakhir pada 11.59 pm 22/2/13.

Diharap sudi tekan 'button VOTE' yang terdapat pada blog Coretan Anuar di laman web undian.. 

Kesudian anda mengundi Blog Coretan Anuar dalam ketiga-tiga kategori di atas saya dahului dengan ucapan terima kasih..

Dengan menyertai Pertandingan seumpama ini, secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada blog ini untuk menonjolkan diri di Alam Cyber.. Seperti kata Tuan Denaihati:

"Bersaing untuk anugerah adalah cara penjenamaan percuma yang mesti diambil kesempatan oleh Blogger yang layak. Menang kalah itu perkara kedua yang penting kita mesti bersaing dengan sihat dengan strategi yang betul. Persaingan itu adalah proses penjenamaan yang akan memperkenalkan blog kita kepada ramai pembaca baru dan terpulang kepada kita menyusun strategi untuk menjadikan pembaca baru sebagai pembaca setia blog kita"

Sebenarnya bukanlah kemenangan yang diharapkan... Masih terdapat banyak blog lain yang lebih layak untuk menjadi pemenang dalam setiap kategori yang saya sertai.. Tapi kalau ada rezeki, boleh menang... Syukur Alhamdulillah... Mungkin rezeki untuk anak ketiga, yang bakal lahir dalam tahun ini.. Insya Allah.. ;)

6 ulasan:

  1. Tak dapat nak join.. Coz time tu tengah berkursus.. Huhu.. Apa pun gudluck Anuar! ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Rosmiza Ali... Doakan kejayaan saya yer.. ;)

      Padam
  2. ramai gak yang tercalon ye. hoho..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai blogger yang tercalon... Jemput undi blog yang anda minati... Kalau sudi, undilah blog saya sekali.. hehehe

      Padam
  3. good luck yer bro. tahniah bakal dikurniakan anak ketiga

    BalasPadam
  4. nice event... MITBCA 2014 bila yer... ada rezeki nak join ;)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra