Ahad, 10 Februari 2013

Jalan-jalan Cari Makanan di Restoran Hj. Sharin Low Grand, Ipoh Branch

with 14 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sempena Cuti CNY kali ini, kami sekeluarga sempat meneruskan aktiviti jalan-jalan cari makanan seterusnya di Restoran Hj. Sharin Low Grand, Ipoh Branch yang terletak di Persiaran Greenhill Ipoh... 



Restoran Hj. Sharin Low Grand menyajikan masakan khas Cina Muslim.. Hampir kesemua pekerja di restoran ini berbangsa Melayu (beragama Islam).. Jadi, jangan risau tentang status Halal makanan di restoran ini.. 


Mempunyai tempat makan yang selesa dan kondusif.. Kemudahan WiFi juga turut disediakan...

Buku menu yang menarik, seperti makan di restoran 5 bintang

Saya tertarik dengan buku menu ini.. Rasa macam nak minta satu sebagai koleksi cenderamata.. hehehe..

Maaf yer menu yang saya 'snap' kurang jelas.

Harga makanan yang disediakan berpatutan, bagi restoran seumpama ini..

 
Harga makanan Ala Carte juga berpatutan... Sekitar RM7.00 sepinggan bagi beraneka jenis nasi goreng..

Dan sekitar RM8.00 bagi nasi ayam..

Adam "Excited" bermain meja pusing.. Anak-anak saya memang tak reti duduk diam semasa berada di kedai makan..

Apa yang ditengkungkan tu Adam?... 

Air Sirap Bandung Untuk Adam..

Hampir kesemua menu yang dipesan telah sampai.. Kecuali ikan dan Sayur Kangkung Belacan..

Tofu RM12.00 sepinggan..

Kailan.. RM22.00 sepinggan

Lemon Chicken.. RM12.00 sepinggan..


Butter Prawn.. RM28.00 sepinggan (kecil)/RM50.00 sepinggan (besar)

Ikan Kukus... Siakap/Kerapu RM6.00/100 gram

Alhamdulillah.. Kesemua makanan yang kami order, sememangnya sedap dan menyelerakan... Kami juga sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan..


Kredit untuk pemilik Restoran Hj. Sharin Low Grand yang mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia..

Peta untuk sampai ke Restoran Hj. Sharin Low Grand, Ipoh Branch

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang  Restoran Hj. Sharin Low Grand, Ipoh Branch.. Anda boleh melayari Facebook mereka, di url berikut:


Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, anda boleh menghubungi:
  • Email    : hjsharinipoh@gmail.com
  • No. Tel : 05-2412472
  • Alamat  : 14, Persiaran Greenhill, 30450 Ipoh, Perak


14 ulasan:

  1. Pergh. lapar plak bila tgk makanan tu semua. =.='

    BalasPadam
  2. pehh, butter prawn tu macam sedap aje..

    BalasPadam
  3. yang nie teman tak pernah makan lagi...biasa makan kat ABDULLAH CHAN BANGI....

    BalasPadam
  4. The cook is not Muslim he is a local Chinese from Ipoh,for clarification you can ask the workers itself.the manager is also a Chinese guy not Muslim,only the owner is a Muslim guy.not only this shop but all their other branches too.

    BalasPadam
  5. teringin tunggu sesape belanja..

    BalasPadam
  6. Makanan berkualiti harganya lebih sikit..

    BalasPadam
  7. The cook is not muslim as well as the owner??? Halal ke mende??

    BalasPadam
  8. melihat foto makanan diatas, jadi membuat perut lapar

    BalasPadam
  9. Butter prawn tu yang memanggil-manggil terasa....sedapnyer :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra