Ahad, 10 Februari 2013

Team Mak Long Vs Team Mak Ngah Di Pusat Bowling Ipoh Parade

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama tak main Bowling bersama adik-beradik... Bila ada kesempatan dapat berkumpul bersama, timbul pula idea untuk bermain Bowling... Maklumlah keluarga isteri saya agak besar dengan 7 orang adik beradik... Jadi, bila dapat peluang bermain bowling macam ni, bolehlah bergelak sakan adik beradik...

Mak Long (Isteri saya, Berseluar Biru) dan Mak Ngah (Berseluar Merah) 


Kali terakhir kami bermain Bowling bersama-sama, masa tu Mak Ngah belum ada anak lagi... Sekarang ni Mak Ngah dah Mak Long masing-masing dah ada dua orang anak..

Adam... Cuba tunjuk macam mana dua?

Adam, Cuma untuk menunjukkan jari Dua..

Betul ker ni Dua?

Masih berusaha nak menunjukkan jari Dua dengan betul.. Hehehe..

Pasukan Mak Long terdiri daripada Pak Long (Saya), Mak Uda dan Mak Su (Rugi tak ambil gambar satu pasukan)


Pasukan Mak Ngah diperkuatkan dengan Uncle Ngah, Mak Teh dan Pakcik Yus..

Haikal bertindak sebagai Juri Pertandingan... 


Khalishah Penyokong kuat pasukan Mak Ngah (Pengurus lah tu)..

Reaksi Khalishah bila melihat anak buahnya membaling bola..

Mak Uda, Mak Long dan Mak Su cuba mengatur strategi..

Mak Ngah dan Mak Teh merupakan ayam tambatan pasukan Mak Ngah..

Pengurus pasukan cuba memberi sorakan kepada pasukan masing-masing..

Giliran siapa pula yang akan baling selepas ini?

Bola dah bagus.. Tapi apa masalah dengan bola ni sampai baling masuk longkang?

Qasrina tertidur keletihan..

Pengurus pasukan sudah mula kelaparan...

Dah selesai Cas Bateri.. Qasrina ceria semula..

Qasrina comel tak Pak Long? Comel sayang..

Qasrina bersama Ketua Pasukan Pemenang (Mak Ngah)... Hehehe..

Pertandingan Bowling pada kali ini dimenangi oleh pasukan Mak Ngah... Tahniah, kepada yang menang.. Lepas ni Pasukan Mak Long kena berusaha dengan lebih keras lagi..

Bila agaknya Pertandingan Bowling yang seterusnya... hehehe... Tunggulah apabila masing-masing ada kelapangan masa nanti...

1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra