Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Terlebih dahulu, saya nak ucapkan selamat Bercuti kepada anda yang sedang bercuti pada ketika ini sempena perayaan CNY 2013.. Bawa kereta dengan cermat dan berhati-hati ke destinasi yang dituju.. Semoga anda sentiasa berada dalam keadaan selamat bersama insan yang tersayang..
Kepada yang tidak dapat bercuti, janganlah bersedih.. Bertugaslah dengan baik di tempat kerja anda yer...
Bagi diri saya pula.. Syukur Alhamdulillah... Dapat peluang bercuti selama 5 hari sempena perayaan Tahun Baru Cina ini..
Waktu cuti seperti ini perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya... Ini adalah peluang terbaik untuk membuat sesuatu yang tidak sempat dilaksanakan semasa waktu bekerja... seperti meluangkan masa bersama keluarga, melawat emak ayah/emak ayah mertua, membaca buku, update blog, menguruskan Homestay dan lain-lain..
Terlalu banyak kerja yang menanti.. selagi kita terus berpeluang untuk hidup di muka bumi ini... Nikmatilah kehidupan ini dengan sebaik-baiknya secara bersederhana dalam pelbagai perkara, supaya dapat merasai kemanisan sebenar sebuah kehidupan..
Bila sebut tentang Tahun Baru Cina, biasanya ia dikaitkan dengan pelaburan emas.. Kebiasaannya, para pelabur emas akan berkata "Harga emas akan kembali melambung naik, selepas perayaan tahun baru Cina.. Jadi, sebelum perayaan Tahun Baru Cina ni kita kena beli emas sebanyak mana yang boleh"
Para pelabur emas membuat andaian tersebut berdasarkan Fakta, pengalaman, analisis dan pemerhatian yang dibuat dengan membandingkan harga emas setiap kali sebelum dan selepas musim perayaan Tahun Baru Cina pada tahun-tahun sebelumnya..
Kenapa keadaan ini berlaku? Saya tidak dapat untuk memberi jawapannya secara munasabah..
Walaubagaimanapun, saya mengakui kebenarannya setelah membuat pemerhatian terhadap harga emas semasa dunia..
Perayaan Tahun Baru Cina disambut di negara kita Malaysia dan juga di negara-negara dan wilayah-wilayah lain yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di merata dunia.
Tetapi, Bagaimana perayaan Tahun Baru Cina boleh mempengaruhi kenaikan harga emas dunia?
Persoalan tersebut masih belum terjawab... Berdasarkan pendapat peribadi saya, mungkin ianya mempunyai perkaitan dengan Negara China sebagai pengeluar emas terbesar dunia selama 6 tahun berturut-turut..
Hasil dapatan yang saya perolehi daripada buku "Top 10 of Everything" bagi negara pengeluar emas terbanyak dunia tahun 2010, adalah seperti berikut:
- China - 357.1 Tons
- Australia - 245.6 Tons
- South Africa - 242.3 Tons
- USA - 241.6 Tons
- Russia - 226.2 Tons
- Peru - 201.1 Tons
- Indonesia - 173.6 Tons
- Canada - 105.8 Tons
- Ghana - 99.5 Tons
- Uzbekistan - 82.1 Tons
Melalui hasil pencarian Google pula, saya berjaya menemui statistik Top 10 negara pengeluar emas dunia bagi tahun 2011 seperti berikut:
Dan merujuk kepada keratan artikel di bawah juga menunjukkan negara China terus mengungguli Top 10 Negara pengeluar emas dunia bagi tahun 2012..
Berdasarkan bukti dan statistik yang saya tunjukkan, jelas menunjukkan negara China mempunyai perkaitan yang besar dalam pengeluaran emas dunia... Jadi, mungkin ianya ada kena mengena dengan persoalan yang saya utarakan iaitu:
Bagaimana perayaan Tahun Baru Cina boleh mempengaruhi kenaikan harga emas dunia?
Walaupun persoalan tersebut masih belum menemui jawapannya secara tepat.. Tetapi secara relaitinya, keadaan ini tetap berulang pada setiap tahun.. Iaitu harga emas akan melambung naik selepas Perayaan Tahun Baru Cina..
Jadi, sekiranya anda tercari-cari peluang pelaburan terbaik dalam jangka masa terdekat ini... Mungkin anda perlu mencuba untuk menceburkan diri dalam pelaburan emas..
Sekarang ini, dah semakin ramai golongan Bumiputra yang mempunyai kepakaran dalam bidang pelaburan emas... Dan 'otai-otai' ini sangat suka untuk berkongsikan kepakaran mereka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahuinya..
Terbaru...
Encik Khairulnizam Ngadimon, telah menghasilkan Pakej Lengkap Rahsia Sulit Melabur Emas Tanpa Modal..
Sumber : Klik Di Sini
Dalam pakej ini mengandungi 4 Modul tentang Pelaburan Emas seperti berikut:
- Modul 1 : Modul dan Video Rahsia Membina Aset dari Gaji Anda
- Modul 2 : Bina "Saving" untuk skil Pelaburan Emas Tanpa Modal (PETM)
- Modul 3 : Modul dan Video Teknik Melepaskan Stok Emas di Ar Rahnu Untuk Pelaburan Emas Tanpa Modal (PETM)
- Modul 4 : Modul dan Video Teknik Mencari Waktu Terbaik Untuk Beli Dan Jual Emas
- Bonus : Program Excel Untuk Pelaburan Emas Tanpa Modal (PETM)
Untuk mendapatkan maklumat Lanjut tentang Pakej Lengkap Rahsia Sulit Melabur Emas Tanpa Modal, saya syorkan anda Klik Di Sini
Dalam laman web tersebut juga turut dimuatkan testimoni-testimoni daripada mereka yang telah memperolehi ilmu tentang strategi-strategi pelaburan emas daripada Encik Khairulnizam Ngadimon
Semoga dengan info ini, akan dapat membantu anda untuk menjadi salah seorang pelabur emas yang berjaya pada suatu hari nanti...
pehh..rahsia sulit tu..
BalasPadam