Isnin, 5 November 2012

Cover Ebook Paling Cute...

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada para pembaca blog Coretan Anuar kerana blog ini dah lama tidak berupdate.. 

Maklumlah agak sibuk pada ketika ini dengan pelbagai urusan kerja termasuklah menganjurkan Kejohanan Catur SUKIPT 2012..Kejohanan Catur peringkat kebangsaan yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.. Melibatkan semua institusi Pengajian Tinggi Awam termasuk Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Universiti, Institusi, Kolej dan sebagainya)..

Sememangnya saya mengakui, untuk menganjurkan Kejohanan peringkat Kebangsaan seperti ini memerlukan komitmen yang tinggi.. Dan mungkin dalam tempoh seminggu ini saya tidak akan ada masa untuk update blog sendiri.. Semata-mata untuk memberi banyak perhatian kepada kejohanan ini, termasuk mengupdate blog rasmi kejohanan di url berikut:  http://catur-sukipt.blogspot.com..


Sekiranya anda mempunyai kelapangan masa, jemputlah melayarai blog tersebut.. Untuk mengikuti perkembangan Catur para pelajar IPT di Malaysia.. yang diadakan bermula pada 6 hingga 11 Nov 2012..

Walaubagaimanapun.. Disebabkan terlalu rindu dengan blog Coretan Anuar.. Saya cuba juga untuk menulis sesuatu di blog ini, walaupun pada ketika ini jam menunjukkan pukul 3.00 pagi...

Pada ketika ini.. dalam keadaan mood yang agak tidak normal, saya cuba mencari bahan untuk dimuatkan di blog ini melalui hasil carian google..

Sedang asyik menggoogle, saya terpandang satu cover ebook yang begitu mencuit hati saya.. Saya rasakak cover ebook ini sangat Cute.. Macamana dengan pendapat anda?




Sumber : (Klik Di Sini

Ataupun mungkin hanya perasaan saya seorang sahaja yang mengatakan cover ebook ini Cute... disebabkan saya sangat merindui anak-anak dan isteri saya pada ketika ini.. 

Sekiranya anda merasakan Cover ebook ini Cute, sila klik like pada button like Facebook di entri ini.. Sekiranya anda mempunyai pandangan sebaliknya.. Sila tinggalkan komen anda di ruangan komen yang disediakan.. 

P/s: Saya tak sabar nak balik ke rumah untuk berjuma dengan dua orang hero saya.. 

4 ulasan:

  1. Apa-apa yang berkaitan dengan bayi sudah semestinya sangat cute :)

    BalasPadam
  2. betul betul...stuju dgn hazmin... ape2 yg ade baby semua kiut jugak... ni yg rindu tunggu petang nak jmpe anak sy juge... ;)

    BalasPadam
  3. kalau ada gambar bayi memang cute selalu.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra