Isnin, 12 November 2012

Kejohanan Catur SUKIPT 2012 telah berakhir

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... Setelah berkampung selama 9 hari di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor.. Akhirnya kejohanan Catur Sukan IPT (SUKIPT) telah pun berakhir..

Dalam tempoh 9 hari tersebut, banyak pengalaman baru yang sempat saya timba daripada para Arbiter Persatuan Catur Malaysia (MCF).. dan yang paling penting sekali berjaya menganjurkan Kejohanan Catur SUKIPT buat kali pertama.. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang turut menjayakan kejohanan ini... 

Pengalaman bekerja dengan anda semua, memang best... Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada kejohanan SUKIPT atau kejohanan-kejohanan Catur lain lagi pada masa akan datang... 


Duduk dari Kiri : Eliza, Mazlina, Anuar, Ust. Abd Ur Rahman, Faiz, Mr. Gregory Lau, Hariz, Azlinda, Izzati
Berdiri Dari Kiri : Mr. Yeap, Hafez, Amizan Yahaya, Hafiz, Nazruddin, Hazril, Zainol, En. Fadli, En. Khairi Jansa, Mr. Jax Tham, Mr. Eddy Kwan, Zarilfaizi, IM Mok Tze-Meng, Pn. Zuraihah


Selama 9 hari menjayakan kejohanan Catur SUKIPT, masa terlalu mencemburui saya.. sehingga tidak berkesempatan untuk update blog Coretan Anuar.. 

Daripada awal pagi sampai petang, masa saya banyak dihabiskan untuk menjayakan kejohanan ini, termasuk update blog Catur Sukipt daripada masa ke semasa...

Tahniah kepada para pemenang kejohanan ini:

Pingat Emas (Individu Lelaki) : AHMAD FADZIL NAYAN (UIAM)
Pingat Perak (Individu Lelaki) : MUHAMMAD SYAZWAN ZULKIFLI (UM)
Pingat Gangsa (Individu Lelaki) : LOOI XIN HAO (USM)

Pingat Emas (Individu Perempuan) : GUAN XIN TING (UPSI)
Pingat Perak (Individu Perempuan) : ONG CHOON YONG (USM)
Pingat Gangsa (Individu Perempuan) : LEE LEE YIN (USM)

Pingat Emas (Berpasukan Lelaki) : UIAM
Pingat Perak (Berpasukan Lelaki) : UM
Pingat Gangsa (Berpasukan Lelaki) : UTM

Pingat Emas (Berpasukan Perempuan) : USM
Pingat Perak (Berpasukan Perempuan) : UIAM
Pingat Gangsa (Berpasukan Perempuan) : UPSI

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui keputusan penuh kejohanan ini, sila klik di sini

1 ulasan:

  1. bz betul tu...tp msti sgt best dpt pengalaman yg best2...

    p/s: takde uitm menang ye catur.. hehe

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra