Sabtu, 28 Julai 2012

Olimpik 2012.. Ingat Emas, Ingat RM 3 juta..

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seperti yang kita semua sedia maklum, Sukan Olimpik London 2012 telah pun bermula semalam.. Sukan ini akan berlangsung selama 17 hari bermula pada 27 Julai sehingga 12 Ogos 2012.. Sekiranya anda ada kelapangan masa, bolehlah menonton sukan Olympik ini di televisyen..

Saya mungkin tidak berkesempatan untuk menonton acara sukan berprestij dunia ini.. Disebabkan ianya diadakan pada bulan Ramadhan.. Maklumlah ada banyak perkara yang lebih berfaedah yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan ini..


Walaubagaimanapun saya cuba juga nak curi-curi masa untuk menonton suka Olimpik ini.. Terutamanya acara yang melibatkan atlit negara.. ;)

Malam tadi sewaktu menonton berita di TV3 sempat menonton visual ringkas tentang "Olympic London Opening Ceremony 2012".. Memang menarik.. Ramai betul Atlit yang menyertai sukan Olimpik kali ni.. 


Diharap Atlit negara kita yang berada di London pada ketika ini berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat emas.. Terutamanya dalam acara Badminton..

Sekiranya Pemain Badminton negara berjaya membawa pulang pingat emas, hadiah berjumlah RM 3 juta  bakal mereka menangi..

RM 1 juta daripada kerajaan + Jongkong emas bernilai RM 2 juta daripada hartawan perlombongan Malaysia, Andrew Kam.. 

Datuk Lee Chong Wei bergambar bersama Andrew Kam dan Jongkong emas

Hadiah Jongkong emas bernilai RM2 juta (ASS$630,000) ini ditaja oleh Seorang hartawan perlombongan Malaysia.. Hadiah ini ditawarkan kepada pasukan badminton negara ke sukan Olimpik 2012 (badminton), jika berjaya membawa pulang pingat emas pertama dari sukan di London itu.

Andrew Kam (kanan dalam gambar), seorang peminat badminton dan pengerusi Racquet Club Berhad Kuala Lumpur (KLRC), menawarkan ganjaran tambahan kepada pasukan tersebut sekiranya berjaya memenangi pingat emas sukan Olimpik 2012 di London bagi acara badminton.


Fokus kepada gambar Jongkong Emas..

Diharap dengan tawaran yang diberikan oleh Andrew Kam dan pihak kerajaan, akan dapat menyuntik semangat pasukan badminton Malaysia untuk membawa pulang pingat emas pertama olimpik yang kita nanti-nantikan selama ini..

Kepada atlit yang lain, anda juga berpeluang menjadi jutawan sekiranya berjaya membawa pulang pingat emas dari Temasya Olimpik London 2012.. Walaupun tak dapat jongkong emas, dapat RM 1 juta pun dah kira banyak.. Siapa nak bagi duit sebanyak tu..

Good Luck diucapkan kepada semua atlit dalam Kontinjen Malaysia.. kami semua yakin anda boleh melakukannya.. 

Berusahalah dengan bersungguh-sungguh.. 

Malaysia Boleh!!

6 ulasan:

  1. Pergh,kalau dapat tu,cuti terus lah dari bersukan he3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat tiga juta boleh buat bisnes.. Cerah masa depan anak cucu.. ;)

      Padam
  2. good luck utk semua atlit kita, mudahan pasukan badminton dapatlah.

    BalasPadam
  3. pehh..tak habis makan tu berapa keturunan..

    BalasPadam
  4. penyuntik semangat...lumayan tu.kpd atlit semoga berjaya

    BalasPadam
  5. perghhh macam tu je tiga juta.. huhu

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra