Ahad, 29 Julai 2012

Pelaburan Silver (Perak) pun boleh untung.. ;)

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini saya ada terbaca satu keratan akhbar  tentang penemuan Jongkong perak bernilai RM121 juta yang ditemui di dasar laut TAMPA, Florida.

Syarikat Odyssey Marine Exploration Inc. yang terkenal kerana berjaya menemui bangkai kapal Black Swan bernilai AS$500 juta (RM1.59 bilion) di perairan Portugal pada 2007 menyatakan, pihaknya menemui 48 tan jongkong perak di dalam sebuah kapal dagang Britain yang dibedil di perairan Ireland 70 tahun lalu.

Pada harga semasa, penemuan tersebut bernilai sekitar AS$38 juta (RM121 juta) manakala syarikat itu kelmarin memberitahu, lebih banyak harta karun bakal ditemui di dalam kapal berkenaan.

Menurutnya, bangkai kapal tersebut terletak sekitar 4.8 kilometer di bawah permukaan laut.


Jongkong itu ditemui daripada bangkai kapal Gairsoppa. Kapal kargo sepanjang 125.5 meter itu tenggelam selepas dibedil sebuah kapal selam Jerman semasa Perang Dunia Kedua.


Di bawah satu perjanjian bersama kerajaan Britain, Odyssey dibenarkan menyimpan 80 peratus harta karun berkenaan selepas kos perbelanjaan ditolak. Nilai kesemua jongkong tersebut berada pada sekitar AS$190 juta (RM605.4 juta). – Reuters

Beruntung betul syarikat Odyssey ni kan.. Sebab dapat peluang simpan harta karun berjumlah AS$190 juta.. Inilah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. ;)

Pada hari ni keseluruhan Jongkong Perak tersebut bernilai AS$190 juta.. Esok lusa mungkin harganya akan semakin meningkat.. Dalam tempoh 10 tahun mungkin nilai Silver ini akan meningkat berkali-kali ganda.. Inilah kelebihan mereka yang menyimpan Silver sebagai pelaburan.. 

Pelaburan Perak boleh dijadikan pelaburan untuk jangka masa panjang. Dapat jer Perak, boleh simpan lama-lama.. Insya Allah tak rugi punya.. 

Berdasarkan statistik terkini menunjukkan bahawa pelaburan Perak merupakan antara pelaburan yang melonjak naik...Kenaikan keuntungan pelaburan Perak bakal memotong kenaikan pelaburan emas dan ini sepatutnya menjadi berita gembira kepada anda yang berminat untuk mempelbagaikan Portfolio pelaburan.

Selama 10 tahun, emas dan Perak mengalami ’trend’ menaik.. Emas telah meningkat 497% manakala, Perak meningkat lebih 641% sejak tahun 2002.

Ini bermakna, peratusan kenaikan harga Perak adalah 1.3 kali lebih laju daripada kenaikan harga emas!

 
Sumber : <Klik di sini>

Berikut merupakan beberapa kelebihan pelaburan Perak yang saya perolehi dari laman web Tersebut (Klik Di Sini):

1) Kos Pelaburan Silver (Perak) Adalah Rendah – Harga silver jauh lebih rendah daripada emas. Tak perlu keluarkan sehingga beribu ringgit untuk membeli sejongkong silver.

2) Marjin Keuntung Pelaburan Silver Tinggi – Pergerakan Turun Naik Harga Silver adalah amat pantas. Namun begitu, silver sekarang berada di dalam trend menaik yang biasanya boleh berjalan hingga 5 - 10 tahun lagi. Target konservatif untuk harga silver adalah USD200/oz! 6x kali ganda dari harga sekarang!

3) Permintaan Keatas Silver Amat Tinggi – Satu sumber sahih mengatakan, tiada stok simpanan untuk silver berbanding 1980 sebanyak 3.5 billion oz. Namun begitu keperluan silver dalam sektor pembuatan sentiasa mendapat sambutan. Sekiranya hal ini berlaku, ini bermaksud permintaan dalam bentuk pelaburan DAN industri ke atas silver akan memuncak. Sekaligus harga silver akan naik berkali-kali ganda.

Minta maaflah sebab saya tak dapat naik menaip dengan panjang lebar tentang kelebihan Pelaburan Perak ini.. Untuk maklumat lanjut saya syorkan anda mengunjungi laman web tersebut, dengan klik di sini.. 

Saya berharap setakat ini anda sudah nampak tentang POTENSI Pelaburan Perak yang boleh mengatasi Pelaburan Emas. Seperti juga dalam pelaburan lain, Untuk berjaya dalam pelaburan Perak ini kita perlukan sedikit ilmu... Kita kena tahu cara yang betul barulah boleh mendapatkan keuntungan yang maksima. Dengan ilmu tersebut, kita akan dapat mengetahui:
  • Apa itu Pelaburan Silver dan kenapa anda harus memilih pelaburan ini sebagai pelaburan yang menguntungkan.
  • Bagaimana untuk menguasai pasaran silver khusus bagi pasaran silver tempatan.
  • Kenapa harga Silver semakin meningkat dan meningkat.
  • Apakah ’GAME’ yang berlaku dalam pelaburan silver.
  • Dimana dan bagaimana untuk dapatkan SILVER yang berkualiti.
  • Bilakah masa yang untuk samada membeli atau menjual silver. Jangan main terjah je...
  • Kenapa dan bagaimana anda boleh tersenyum lebar walaupun harga silver jatuh merudum. Rahsia ini ramai yang tidak mengetahuinya.
  • Bagaimana caranya untuk menambah stok SILVER anda dengan cara yang mudah.
  • Bagaimana mengelakkan diri anda dari melakukan kesilapan dalam pelaburan silver. Silap langkah keuntungan yang ciput sahaja akan anda terima.
  • Bagaimana boleh melakukan pelaburan silver mengikut kemampuan.
  • Dan banyak lagi..
Diharap perkongsian saya pada kali ini dapat memberi manfaat kepada anda.. sekiranya anda menyukai artikel ini, jangan lupa klik pada button facebook Like yang terdapat pada artikel ini..

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaburan Perak (Silver) ini, saya syorkan anda klik di sini..


3 ulasan:

  1. Kadang2 x trpikir langsung silver ni boleh dijadikan instrumen pelaburan..yelh,selama ni pemikiran kita telah disetkn kepada emas sbgai instrumen utama pelaburan..
    Masa utk buat tranformasi..borong silver slps nie..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra