Sabtu, 21 Julai 2012

Baju Raya : Beli atau Tempah?

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang kita telah berada di bulan Ramadhan.. Iaitu bersamaan dengan 1 Ramadhan 1433 hijrah.. Kepada umat Islam yang sedang menjalani Ibadah berpuasa pada hari ini.. Saya mengucapkan selamat berpuasa.. 

Kepada adik-adik kita yang masih kecil dan baru pertama kali belajar berpuasa, saya doakan semoga adik berjaya menyelesaikan misi puasa adik pada hari ni.. Sabar yer Dik.. Hari pertama berpuasa memang macam ni.. Letih sikit.. Tapi bila dah masuk hari kedua, ketiga dan seterusnya.. Dah tak letih dah.. Sambil berpuasa pun larat lagi nak main bola sepak.. Hehehe.. Inilah Kata-kata motivasi yang saya pegang sejak dari kecil lagi.. ;)

Oklah.. Berbalik kepada topik kita pada kali ini iaitu "Baju Raya: Beli atau Tempah"..

Semasa "zaman saya muda-muda dulu".. Saya tidak penah menempah atau membeli baju Melayu untuk dipakai semasa hari raya.. Ini disebabkan emak saya seorang tukang jahit kampung yang mengambil upah menjahit baju.. 

Macam-macam jenis baju yang emak saya jahit, mengikut tempahan yang beliau terima.. Ada baju melayu, Baju Kurung, Baju Kebaya, Baju Kebarong, Langsir dan sebagainya.. 

Saya ingat lagi pada masa tu.. Betapa sibuknya emak saya, yang terpaksa bertungkus lumus menyiapkan baju-baju yang ditempah oleh pelanggan beliau (penduduk kampung dan saudara mara).. Biasanya emak saya hadkan tempahan setakat 40 pasang baju sahaja.. Lebih daripada  itu, emak saya tak nak ambil.. Takut beliau tak sempat nak siapkan..

Tapi biasalah, bila ada kawan-kawan atau saudara-mara emak saya yang datang di saat-saat akhir untuk menempah baju.. Tak sampai hati emak saya hendak menolaknya.. Saya rasa anda pun tentu tak sampai hati, bila mereka mengeluarkan dialog seperti berikut:
" Alah Ti, Ko jelah harapan aku.. Letih dah aku cari tukang jahit.. Semua tukang jahit dah tak nak terima.. Takkanlah ko sampai hati nak tengok aku beraya tahun ni tanpa pakai baju raya"
Akibat pujuk rayu seperti ini, telah mencairkan hati emak saya untuk menerima juga tempahan tersebut.. Walaupun emak saya tahu, mungkin beliau tak sempat nak siapkan baju raya tersebut.. 

Sampai pagi menjelang raya pun emak saya masih sibuk lagi menjahit baju.. Ada kalanya disebabkan menyiapkan tempahan orang lain, baju kami anak beranak ada yang tidak sempat emak siapkan.. Tapi tidak pula kami berkecil hati.. Disebabkan kami memahami keadaan emak pada ketika itu..

Tapi sekarang ni semuanya telah lama berlalu.. Emak dah tak larat nak jahit baju lagi disebabkan faktor usia.. dan penglihatan emak juga tidak mengizinkan emak berbuat demikian..    

Sejak emak dah tak sanggup nak menjahit lagi.. Pada setiap kali menjelang hari raya, saya juga tidak terkecuali daripada orang lain iaitu samada nak membeli atau menempah baju raya??

Semasa di awal perkahwinan saya dan isteri, biasanya saya menempah baju raya (baju Melayu).. Masa tu kos tempahan baju Melayu masih murah lagi.. Sekitar RM75 sepasang.. Lagipun tempah untuk saya seorang sahaja.. Baju isteri saya, ibu mertua saya yang jahitkan.. Cuma beli kain dan bayarlah upah mana yang patut.. 

Tapi bila dah ada dua orang anak lelaki ni, dah tak larat nak tempah baju Melayu.. Maklumlah kos tempah baju Melayu pun dah semakin mahal.. Lebih baiklah kita berbelanja ala kadar.. lagipun bukannya baju yang nak beraya.. hehehe ;)

Sekarang ni baju beli yang berada di pasaran pun mempunyai kualiti yang sama dengan baju yang kita tempah.. Dan yang penting sekali harganya jauh lebih murah.. 

Contohnya baru-baru ini kami berkunjung ke kedai Butik Wanita yang terletak di Sungai Besar, Selangor.. 

Saya dapat membeli sepasang baju Melayu untuk anak sulung saya.. siap dapat butang percuma pada harga RM17.90 selepas diskaun.. 

baju Melayu untuk anak sulung saya..

Siap dapat Butang Percuma pada harga RM17.90.. Ok tak?

Inilah butang percuma yang dipakejkan bersama baju Melayu tersebut

Saya sangat berpuas hati dengan baju Melayu ini disebabkan jahitannya kemas dan kainnya juga berkualiti.. kalau saya menempah baju melayu dengan menggunakan kain yang sama, berkemungkinan besar saya kena mengeluarkan perbelanjaan dekat RM100.. Tapi saya beli kali ini cuma kena bayar RM17.90 (Discount 80%).. hehehe

Bila sampai dekat kedai Butik Wanita ini, isteri saya juga turut berminat untuk membeli sepasang baju seperti dalam gambar di bawah..    

Baju yang isteri saya beli berharga RM89.90 selepas Diskaun..

Antara jahitan yang terdapat pada baju tersebut.. (Siap ada jahitan sulam) 

Bagi pendapat anda cantik tak baju ni? Dan adakah berbaloi membelinya pada harga RM89.90? Sebelum ni isteri saya pernah membuat survey harga tempahan untuk baju seumpama ini.. isteri saya mendapati Kos untuk menempah baju ini ialah sekitar RM200 sepasang.. 

Jadi dapatlah jimat separuh harga dengan membeli baju-baju di Butik Wanita ini.. Tapi untuk membeli pada harga Diskaun anda perlulah menjadi ahli terlebih dahulu, dengan bayaran kad keahlian yang sangat berpatutan..

Saya tidak membeli sebarang baju Melayu Di Butik wanita ini disebabkan saya telah membelinya semasa berada di Taiping pada bulan lepas.. 

Jadilah dapat beli sepasang baju Melayu setakat ini.. Buat masa ni belum terfikir nak membeli baju Melayu yang kedua untuk dipakai pada hari raya nanti..

Sekiranya anda berada di taiping, anda bolehlah berkunjung ke kedai Safa Laman Muslimah di alamat seperti berikut:

Safa Laman Muslimah
Lot A17, Giant Hypermarket,
Taipng, Perak

Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis baju Melayu, baju untuk kaum wanita dan kelengkapan beribadah pada harga diskaun sehingga 50%..


Sepasang baju Melayu RM74.90 selepas harga diskaun 50%

Dengan syarat anda menjadi ahli VIP Safa laman muslimah.. Sekiranya anda menjadi ahli, anda boleh membeli pada harga diskaun sehingga 50%.. Sekiranya anda tidak menjadi ahli, anda pelu membelinya pada harga biasa.. 

Lebih baik menjadi ahli.. Lagipun bayaran keahlian murah sahaja.. Anda hanya perlu membayar RM10 sahaja untuk menjadi ahli..

Kad Keahlian VIP Safa Laman Muslimah




Antara baju warna baju melayu Yang terdapat di kedai ini 

Kunta ini berharga RM42 sahaja selepas Diskaun 35%

Baju Melayu Kanak-kanak berharga RM34.90

Selain daripada baju, songkok, VCD, dan pelbagai alat kelengkapan beribadah untuk umat Islam juga ada dijual di kedai ini.. Kesemua barangan tersebut juga dijual pada harga Diskaun sekiranya anda mempunyai kad Keahlian VIP..

Syukur ALhamdulillah.. Kami sekeluarga telah pun membeli baju raya.. hampir kesemua baju raya pada kali ini kami beli.. Cuma ada baju raya isteri saya sahaja yang masih dalam proses tempahan.. 

Biasalah orang perempuan.. Bila ternampak kain cantik yang rakan sepejabat jual, mesti teringin nak beli punya.. Bila dah beli kain, kenalah juga tempah..

Jadi terpulang kepada cita rasa masing-masing.. Samada hendak membeli atau menempah baju raya.. 

Tapi kalau nak tempah kenalah hantar kain awal.. takut tak sempat siap untuk dipakai pada hari raya nanti..  

8 ulasan:

  1. sekarang nak jimat beli yg siap. Tp bg PR kene buat la... Ade jer yg tak selesa nak pakai...

    BalasPadam
  2. Masalah aku selalu bila beli baju yang siap sedia.. panjang seluar tak sesuai dengan kaki aku.. jadi terpaksa tempah untuk dapatkan saiz yang tepat :)

    BalasPadam
  3. Rasanya tak beli kot tahun nii.

    Beli pun tak.

    Tempah pun takk.

    BalasPadam
  4. Banyak pilihan juga...senanglah klu nak bawa anak2

    BalasPadam
  5. Wah..dah siap semuanyer. Saya tempah saja sebab nak custommade katanye! hihiks..

    BalasPadam
  6. kebykkan mak yg jahit sendiri..hehe

    BalasPadam
  7. saya pun cuma beli je. nak tempah tak sempat dan rasanya tak mampu.,.
    cuma bila beli saiz susah la sikit

    BalasPadam
  8. semua giant ada butik tmpat sis beli ke

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra