Selasa, 24 Julai 2012

Nota Ramadhan Nota Keinsafan

with 3 comments
Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera..

Sekejap betul masa berlalu..  Rasanya baru sahaja semalam kita mula berpuasa.. Rupanya hari ini dah merupakan hari keempat kita berada di Bulan Ramadhan.. hehehe.. Anda puasa tak pada hari ini?

Tentulah puasa kan.. Lebih-lebih lagi orang yang tak uzur seperti saya.. Kenalah berpuasa... ;)

Sempena bula ramadhan ini, marilah kita bersama-sama merebut peluang keemasan ini untuk menambahkan amal Ibadah.. Semoga amal Ibadah kita pada Ramadhan tahun ini, lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.. Insya Allah.. 
"Sebenarnya amal ibadah boleh kita lakukan pada bila-bila masa.. Kenapa nak tunggu Bulan Ramadhan tiba, barulah nak beramal dengan bersungguh-sungguh?"

Saya bersetuju dengan kata-kata tersebut.. Tapi secara realitinya, tarikan untuk beribadat di bulan-bulan yang lain tidak sekuat tarikan untuk beribadat di Bulan Ramadhan.. Ini berdasarkan pendapat peribadi saya... tapi saya tidak pasti samada anda bersetuju atau tidak dengan pendapat tersebut.. 

Sewaktu berada di Bulan Ramadhan, seluruh umat Islam diwajibkan menunaikan Rukun islam Ketiga, Iaitu berpuasa selama sebulan.. Arahan berpuasa ini datangnya daripada Allah S.W.T.. Sebagai umat Islam kita wajib taat dan patuh kepada arahan tersebut sampai bila-bila..

Apabila kita telah melaksanakan kewajipan berpuasa ini, secara tidak langsung akan membuka hati kita untuk turut melakukan ibadah-ibadah sunat yang lain.. Inilah yang dikatakan Hidayah.. Bukan semua orang boleh mendapat hidayah tersebut..

Semasa di zaman nabi Muhammad S.A.W hidayah ini datang tanpa mengira latar belakang seseorang.. Hatta bapa saudara nabi sendiri pun ada yang tidak mendapat hidayah daripada Allah S.W.T..   

Jadi sekiranya anda boleh melaksanakan ibadah puasa.. dan ada sedikit-sedikit melakukan ibadah sunat.. seharusnya anda bersyukur.. Anda berjaya mendapat hidayah dan petunjuk,  supaya boleh mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.. 

Kata orang "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit".. Daripada amal ibadah yang sikit ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk kita mengerjakan lebih banyak amal ibadah.. 

Disebabkan itu Banyak Fahilatnya sekiranya kita rajin mengerjakan amal ibadah di bulan Ramadan ini.. Antara amal ibadah yang digalakkan untuk dilakukan adalah seperti berikut :
  • Membaca Al-Quran
  • Memahami isi kandungan Al-Quran
  • Memperbanyakkan sedekah 
  • Berzikir, bertasbih, bertahmid, beristigfar
  • Qiamullail - Bangun malam


Untuk menyemarakkan lagi suasana beribadah pada bulan Ramadhan tahun ini.. dua orang sahabat saya iaitu saudara Rahman Basri dan Syed Faiz ada menghasilkan sebuah ebook yang berjudul Nota Ramadhan Nota Keinsafan..


Sumber : (Klik Di Sini)

Dalam Ebook ini mengandungi:

  • 30 Nota Keinsafan & Kejayaan yang bakal MEMERANJATKAN anda!
  • Bakal menjadi PENDAKWAH kepada diri dan sekeliling anda.
  • Pelbagai perkara hebat TERSEMBUNYI yang diselongkarkan.
  • Kehebatan amalan BERSEDEKAH.
  • MANTERA tarik rezeki yang melimpah ruah!
  • KISAH JUTAWAN senyap bercerita. Pelik jika tak tahu tapi Benar!
  • Amalan yang membawa kepada kematian yang BURUK.
  • Bagaimana memberi makan kepada 360 SENDI kita lapar?
  • Rahsia PERANGKAP Ramadan bermula 4.30 petang!
  • Strategi mudah membina BANK AKHIRAT.
  • dan pelbagai lagi yang PASTI SEMESTINYA membuka minda anda...


Semoga ebook ini dapat memberi info berguna kepada kita semua untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.. Insya Allah.. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut tentang ebook Nota Ramadhan Nota Keinsafan ini, anda boleh klik pada banner di bawah:


P/S: Setakat ini dah ada tiga orang sahabat internet saya yang menjalankan perniagaan berunsurkan dakwah sempena bulan ramadhan ini.. Semoga perniagaan yang mereka lakukan berroleh keberkatan daripada Allah. S.W.T.. Sekiranya anda berminat untuk menyokong usaha mereka melakukan perniagaan berunsurkan dakwah ini, sila klik pada link berikut:

3 ulasan:

  1. bagusnya.. hurmm.. tp btol la. bulan ramadhan ni baru nampak kesungguh berbanding bulan biasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana turut bersetuju dengan pendapat yang diberikan...

      Padam
  2. Bulan Ramadhan memang sangat istimewa,jadi tarikan tu lebih sikit.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra