Rabu, 13 Jun 2012

Juara Euro 2012 pilihan lelaki kacak

with 2 comments
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera..

Sempena musim EURO 2012 ni saya percaya ramai lelaki kacak di luar sana yang sanggup bersengkang mata untuk menonton perlawanan pasukan pilihan mereka.. 

Lebih-lebih lagi kepada  lelaki kacak  yang meminati pasukan-pasukan "gergasi" bola sepak Eropah seperti Belanda, Sepanyol, Jerman, England, Italy, Perancis dan sebagainya.. Demam EURO lah katakan.. Makan bola, minum bola, tidur bola.. Tapi sembahyang jangan tinggal.. Jangan pula terlajak sembahyang Subuh disebabkan bersengkang mata sepanjang malam kerana menonton perlawanan bola sepak..


Secara jujurnya saya lebih meminati pasukan dari Amerika Selatan berbanding pasukan-pasukan dari Eropah ni.. Disebabkan itu, bila musim EURO kembali.. Saya hanya akan menonton mana-mana perlawanan sekiranya berkesempatan.. Tiada dalam senarai jadual perlawanan EURO tersebut yang saya "mesti tonton", ataupun terpacak dihadapan skrin televisyen untuk menonton perlawanan demi perlawanan..

Walaubagaimanapun.. Syukur Alhamdulillah.. malam tadi saya berkesempatan untuk menonton perlawanan antara Republik Czech dengan Greece.. Kesudahan perlawanan tersebut dimenangi oleh Republik Czech dengan 2 gol berbalas 1.. Ini merupakan perlawanan pertama yang sempat saya tonton setelah 5 hari kejohanan ini berlangsung..

Pasukan Pilihan Lelaki Kacak Untuk Menjuarai EURO 2012?

Berdasarkan analisis yang  lelaki kacak  buat terhadap barisan pemain yang diturunkan oleh setiap negara untuk kejohanan EURO pada kali ini..  lelaki kacak  memilih pasukan Sepanyol untuk menjulang trofi EURO pada kejohanan kali ini..




Ini disebabkan barisan pemain pasukan Sepanyol dimonopoli oleh pemain dari kelab  Barcelona (Pasukan kegemaran saya) iaitu sebanyak 8 orang pemain diikuti 4 orang pemain juara La Liga, Real Madrid.

 

 

Kesemua pemain dalam senarai penuh skuad Sepanyol Euro 2012 beraksi di Sepanyol dan juga 4 pemain Liga Perdana Inggeris iaitu Pepe Reina, Fernando Torres, David Silva dan Juan Mata.


Disebabkan sebahagian besar Skuad Sepanyol dianggotai oleh pemain dari kelab Barcelona.. Jadi tanpa melihat kehebatan pasukan lain lagi,  lelaki kacak   memilih pasukan Sepanyol untuk menjuarai EURO 2012..

Berikut merupakan senarai penuh skuad Sepanyol Euro 2012 
  
Jurulatih :  Vicente del Bosque
Penjaga Gol :
- Iker Casillas Real Madrid
- Pepe Reina Liverpool
- Victor Valdes Barcelona
Pertahanan:
- Sergio Ramos Real Madrid
- Gerard Pique Barcelona
- Raul Albiol Real Madrid
- Jordi Alba Valencia
- Alvaro Arbeloa Real Madrid
- Javi Martinez Athletic Bilbao
- Juanfran Torres Atletico Madrid
Pemain Midfielder :
- Xavi Barcelona
- David Silva Manchester City
- Andres Iniesta Barcelona
- Xabi Alonso Real Madrid
- Sergio Busquets Barcelona
- Santi Cazorla Malaga
- Cesc Fabregas Barcelona
- Jesus Navas Sevilla
- Juan Mata Chelsea
Penyerang:
- Fernando Torres Chelsea
- Pedro Barcelona
- Alvaro Negredo Sevilla
- Fernando Llorente Athletic Bilbao
David Villa dan Carlos Puyol antara pemain yang tidak  ada dalam Senarai Pemain Spain Euro 2012 disebabkan kecederaan.
Semoga berjaya diucapkan kepada Pasukan Sepanyol pada kejohanan EURO pada kali ini.. Diharap pasukan Sepanyol dapat mengulangi sekali lagi pencapaian gemilang seperti sebelum ini... iaitu berjaya menjuarai EURO 2008 dan WORLD CUP 2010..


Bagaimana pula dengan pilihan lelaki kacak dan wanita jelita yang lain?? Negara mana yang menjadi pilihan anda untuk menjuarai EURO 2012??
(Tinggalkan jawapan anda pada ruangan komen di bawah)


P/s: Jangan jeles dengan status saya sebagai seorang lelaki kacak dalam artikel ini.. Sebenarnya dalan Kontes lelaki kacak ni semua lelaki dilabelkan sebagai lelaki kacak.. Dan semua wanita pula dilabelkan sebagai wanita jelita.. Oklah tu.. Bila lagi kita nak puji diri sendiri dan rakan-rakan.. ;)


2 ulasan:

  1. terima kasih menyertai contest Juara EURO 2012 dan good luck

    BalasPadam
  2. Sama-sama.. Good Luck untuk Tuan Denaihati juga..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra