Eyriqazz Vs Denaihati telah menghangatkan dunia Penulisan Blog Tanah Air. Bila masa pula Eyriqazz vs Denaihati ni? Apa masalah dia orang sebenarnya, sampai nak berlawan-lawan ni? Siapa yang tak puas hati dengan siapa sebenarnya ni? 



Takkanlah disebabkan kedua-dua pasukan pilihan mereka gagal untuk melayakkan diri ke pusingan  seterusnya dalam EURO 2012 pun nak gaduh? Tak sportinglah macam tu.. Nak buat macam mana bola tetap bola.. Disebabkan bola tu bulat, macam-macam kebarangkalian boleh berlaku.. Tu lah.. Siapa suruh pilih pasukan Ukraine dan Belanda  (Jangan marah yer, saya bergurau jer.. hehehe.. Kalau marah nanti lekas tua).. ;) 

Cubalah pilih pasukan Germany atau Sepanyol macam lelaki kacak yang masih kacak.. Boleh terus menanti dengan penuh debaran.. Pilihan lelaki kacak manakah yang akan memenangi  EURO 2012   pada kali ini.. hihihi..  ;)

Itulah respon pertama yang terlintas difikiran saya.. sewaktu membaca tajuk artikel daripada blog Eyriqazz yang terpapar dalam senarai blog yang saya rajin baca.. Suspen juga dibuatnya.. Manalah tahu kalau betul-betul Eyriqazz lawan dengan Denaihati.. Mahu heboh satu Malaysia dibuatnya.. 

Tapi bila saya baca artikel sebenar.. Rupa-rupanya mereka tak gaduhpun.. Bikin suspen jer Eyriqazz ni.. Sebenarnya blog Eyriqazz sedang menganjurkan Contest SEO "Eyriqazz vs Denaihati".. ;)



Saya percaya tentu anda kenal dengan kedua-dua orang blogger ni.. Sekiranya anda tidak mengenali mereka.. mari saya bercerita serba sedikit tentang dua orang blogger terkenal ini..

Bagi pandangan peribadi saya, Denaihati dan Eyriqazz merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan Blog.. Kedua-duanya boleh dijadikan sebagai "sifu" oleh golongan blogger picisan seperti saya, untuk berjaya dalam bidang ini..

Denaihati terkenal sebagai seorang blogger yang pemurah.. Ada sahaja hadiah yang disediakan untuk pengunjung blog Denaihati.. Belum habis tamat satu contest atau segmen, beliau buat lagi contest atau segmen yang lain.. Lepas tu hadiah yang disediakan pun boleh tahan juga mahalnya..

Contohnya macam banner dekat bawah ni.. Denaihati akan menghadiahkan Insentif Backlinks sebanyak RM0.02 untuk setiap trafik yang dihantar ke blog beliau.. 


 Banner

Katakan blog anda boleh menghantar 1000 trafik sebulan ke blog Denaihati.. Pendapatan yang anda berjaya perolehi adalah RM0.02 X 1000 = RM20.00.. 

Walaupun nilai tersebut mungkin tidak sebanyak mana.. Tapi jadilah.. Siapa yang nak bagi.. Lagipun bukannya kena keluar modal untuk menghantar trafik ke blog Denaihati.. Cukup sekadar meletakkan banner ini di blog anda.. dan mempromosikan banner tersebut secara tidak langsung, sambil menulis blog... 

Eyriqazz pula tak kurang hebatnya.. Beliau menganggap  Denaihati  sebagai sifu beliau... Jadi mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi... Dah sifu beliau seorang yang pemurah.. anak didik pun kena turut jadi pemurah juga.. kalau tak, nanti tak lulus periksa.. hihihi..

Eyriqazz terkenal disebabkan kejayaan beliau memperolehi cek bernilai "beribu-riban" daripada nuffnang.. Kiranya  Eyriqazz  ni bertuah macam Red Mummy dan Cik Epal juga lah.. Boleh dapat cek dengan angka yang besar daripada nuffnang.. 

Setiap kali beliau mendapat cek daripada nuffnang, beliau akan kongsikan sebahagian rezeki tersebut dengan pembaca blog beliau.. Satu langkah murni dan terpuji yang harus dicontohi oleh rakan blogger lain.. Semoga beliau terus dimurahkan rezeki...

Bila saya mula mengenali Eyriqazz dan Denaihati ni?

Sebenarnya saya pernah melawat blog Eyriqazz dan Denaihati ni secara tidak sengaja ... sewaktu membuat blogwalking daripada blog ke blog, semasa saya baru berjinak-jinak untuk menjadi seorang blogger..

Tetapi masa tu sekadar melawat sahajalah.. 

Semasa saya melawat blog Eyriqazz masa tu saya ingat blog tersebut kepunyaan Onizuka (GTO).. Cerita tentang cikgu dari Jepun yang "brutal" tu.. 

"Hebat juga Onizuka ni boleh menulis blog dalam Bahasa Melayu" bisik hati kecil saya..  

Sebenarnya saya sangat meminati watak Great Teacher Onizuka (GTO) semasa saya sedang menuntut di IPTA.. Saya pernah menonton hampir kesemua drama bersiri GTO, menonton filem GTO dan saya juga pernah membaca beberapa buku komik GTO.. Memang best..

Memandangkan pada ketika itu saya bakal menjadi seorang pendidik.. jadi, saya pun dah terikut-ikut dengan gaya GTO ni.. Saya cuba mencari baju yanga ada gambar satu bintang besar di tengah-tengah.. Tapi tak jumpa.. Takder bintang pun takperlah.. Janji pakai baju.. ;) 

Bila pertama kali saya membaca blog Eyriqazz, tak sangka pula ada juga orang yang begitu meminati GTO..  

                                         Gambar Hiasan : GTO masa muda-muda dulu.. ;)


Semasa melakonkan Babak Anak Derhaka yang insaf dalam satu drama Pentomen..


Disebabkan kita sama-sama meminati GTO.. Jadi saya nak minta tolong Eyriqazz tanyakan dekat nuffnang... Kenapa status keahlian nuffnang saya tiba-tiba bertukar menjadi ahli biasa?? (hehehe.. Ambil kesempatan nampak..)

Melalui lanun sepet, saya mendapat tahu  Eyriqazz  ni rajin mengikuti beberapa event yang dianjurkan oleh nuffnang samada secara online ataupun event sebenar.. Melalui event yang disertai, secara tidak langsung telah menjadikan Eyriqazz semakin dikenali oleh kakitangan nuffnang.. Tahniah Eyriqazz.. 

Lain kali bila Eyriqazz ada terjumpa dengan mana-mana staf nuffnang, boleh tak minta mereka tolong "tengok-tengokkan" blog saya ni.. hehehe.. Terima kasih..

Saya mengenali blog  Denaihati  juga melalui   lanun sepet  .. Beliau (lanun sepet) mencadangkan kepada saya supaya melawat blog Denaihati untuk mempelajari cara untuk memantapkan SEO..

Menurut   lanun sepet , Blog Denaihati pernah menganjurkan Contest "Hidup seorang blogger"  dan pernah menjadi salah seorang penaja untuk Contest SEO "Aku seorang blogger" anjuran 2day blogger .. melalui kedua-dua contest ini telah menjadikan blog Denaihati "femes" di enjin pencarian google... dan dalam masa yang sama nama blog denaihati terus terpahat di setiap blog yang menyertai 2 contest tersebut..

Kebanyakan blog yang menyertai kedua-dua contest tersebut pula bukan calang-calang blog.. malah ada blog yang mempunyai PR4 juga turut menyertai contest ini.. Jadi paham-paham jerlah bila nama blog denaihati "terukir" pada beberapa blog yang ada PR4.. Semakin stabil kedudukan blog denaihati pada padangan mata pakcik google.. ;)

Kali ni blog Eyriqazz pula yang akan membuat Contest SEO.. Keyword yang diletakkan untuk Contest ini, bagi saya memang Hot.. "Eyriqazz vs Denaihati"..

Bukan senang sebenarnya nak buat satu entri tentang Eyriqazz vs Denaihati ini.. Melainkan kita dah kenal dengan Dua orang blogger 'otai' ni dan tahu apa minat mereka..

Setahu saya  Eyriqazz vs Denaihati  ini pernah sama-sama bertanding dalam contest Abang Ensem di mataku, kontest lelaki kacak.. Dan mungkin juga pernah bertandingan nyanyi lagu karaoke.. Tapi dekat mana saya kurang pasti.. hehehe..

Dan yang pastinya  Eyriqazz vs Denaihati  belum pernah bertanding untuk mana-mana pati dalam pilhan raya dan juga ratu kebaya.. hehehe.. sebab kedua-duanya lelaki.. ;) 

Jadi epada anda yang berminat untuk menyertai Contest ini, boleh baca syarat-syarat berikut:

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syarat-syarat untuk menyertai Contest ini ialah :
Buat satu entri bebas berkenaan keyword "Eyriqazz vs Denaihati" . Terbuka kepada semua bloggers di Malaysia.  Tajuk entri bebas bergantung kepada kreativiti masing-masing. Setiap bloggers boleh menghantar 1 penyertaan sahaja. 

Sekiranya anda kebuntuan idea nak tulis apa tentang  Eyriqazz vs Denaihati   ini.. Saya syorkan anda baca artikel ini berualng-ulang kali, supaya dapat idea nak tulis apa?
Bila dah berjaya buat satu entri tentang  Eyriqazz vs Denaihati  Linkkan entri tersebut ke entri ini.

Hadiah yang disediakan untuk pertandingan ini memang lumayan.. 

1st Prize - RM500 Cash + ( 20,000 trafik dari Denaihati.com ) + ( iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)
2nd Prize - RM300 Cash + (10,000 trafik dari Denaihati.com )
3rd Prize - RM200 cash  + 5,000 trafik dari Denaihati.com
4-5th Prize - RM100 Cash + 5,000 trafik dari Denaihati.com
6-7 Prize - RM50 Cash each
8-10 Prize - RM30 Cash
11-20 Prize - RM10 Cash

Entri Pilihan terbaik - RM100 Cash +  iklan banner saiz 125x125 sebulan di blog cik tom)

Terdapat pertambahan hadiah terkini sebanyak RM220.. Ini menjadikan jumlah keseluruhan wang tunai untuk Contest ini telah menjadi RM1,850.00
Cabaran Contest ini berlangsung sehingga 31 August 2012. 
Tinggalkan permalink entri anda di SINI
Pemenang akan ditentukan melalui kata kunci "Eyriqazz vs Denaihati" yang mendapat tempat di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) yang akan diambil menggunakan Google Chrome pada tarikh antara 1-10 September 2012.

Pemenang tempat 1-5 Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati dikehendaki revealkan "Rahsia Kejayaan" mereka.. Ini adalah kerana tujuan Contest ini diadakan supaya dapat berkongsi tips SEO untuk semua..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya rasa terpanggil untuk menyertai Contest SEO ini.. walaupun saya tahu blog saya bukanlah sebuah blog yang mempunyai SEO yang hebat.. Malah saya sendiri pun tak pasti sejauhmana kekuatan SEO blog Coretan Anuar..

Kata orang bila tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya.. Jadi saya perlu terlebih dahulu mempelajari dan menganalisis SEO blog saya sebelum ini.. iaitu Blog Sembang Hari2.. 

Syukur Alhamdulillah.. Satu Keyword blog  Sembang Hari2  iaitu "Readers Digest" berjaya berada di muka surat pertama enjin carian google sehingga sekarang.. Walaupun ianya mungkin berlaku secara kebetulan sahaja.. ;)

Tetapi persaingan untuk keyword tersebut banyak juga.. Hasil pencarian google menunjukkan terdapat 42.5 juta keyword "Readers Digest" yang berjaya dikesan oleh Google..



Hasil daripada keyword tersebut telah memberikan trafik secara berterusan kepada blog  Sembang Hari2  walaupun blog ini jarang berupdate.. Kadang tu sampai 2 hingga 3 bulan blog ini tidak berupdate.. Disebabkan sikap "pemalas" pemiliknya..  Siapalah agaknya pemilik blog ini yer? hihihi..



Sebelum ini saya sendiri pun tak tahu pasal SEO ini.. walaupun saya pernah membaca beberapa buku dan ebook yang ada menyentuh tentang TAG dan SEO.. Tapi buku dan ebook yang saya baca tu sekadar bercerita tentang SEO sahaja.. Tapi takder pun ditunjukkan secara praktikal macamana nak dapatkan SEO dan SERP yang mantap...  

Mujur pula Irfan Khairi ada datang ke PSIS pada bulan September tahun lalu.. Dalam ceramah yang disampaikan, beliau ada memberi sedikit tips tentang SEO.. Sebenarnya SEO merupakan antara rahsia kejayaan beliau menjadi seorang jutawan.. 



Melalui SEO yang berkualiti telah membolehkan blog beliau terus berada di ranking pertama dan kedua hasil pencarian google.. Beliau berjaya memasarkan perniagaan beliau di internet secara percuma dengan teknik SEO ini..

Pada ketika itu, saya berkesempatan menghadiri ceramah Irfan Khairi secara sambilan sahaja.. maklumlah program tersebut untuk student.. Saya sebagai pengiring sahaja, bagi student yang terlibat dengan program tersebut.. Jadi dapat curi-curi dengar sahajalah... Tapi oklah juga kan.. Dapat dengar ceramah Irfan Khairi secara Percuma.. 


Melalui sedikit tips yang dikongsikan.. Sedikit sebanyak saya tahu tentang SEO.. Tapi saya jarang mempraktikkan tips-tips tersebut pada artikel yang saya tulis.. maklumlah saya menulis blog secara sambilan.. Saya tak dapat nak luangkan masa yang banyak untuk melaksanakan tips SEO yang diberikan oleh Irfan Khairi.. Setakat ini, saya menulis artikel asal siap.. dan boleh dipaparkan.. 

Sehingga kini saya masih mengingati sebahagian daripada Tips SEO tersebut.. dan mungkin terdapat tip seo tersebut yang saya dah terlupa.. Jadi untuk menyertai Contest ini saya cuba praktikkan Tips SEO yang masih saya ingati..

Setakat ini saya masih belum pernah menguji lagi kekuatan SEO blog  Coretan Anuar .. Tak tergamak pun nak uji.. Disebabkan saya menulis artikel pun, tanpa mengikuti Tips SEO yang saya ketahui.. huhuhu

Sebelum ini semasa saya sedang menganjurkan Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular, saya dapati SEO blog  Coretan Anuar  bermasalah..

Kesudahannya setiap artikel yang diterbitkan di blog ini tidak diindeks di engin carian google.. Masalah tersebut mungkin berpunca daripada kesilapan saya.. yang suka mencuba Tip-tip SEO yang saya perolehi daripada mana-mana blog..

Setiap kali saya terjumpa sahaja blog yang ada memberikan Tips tentang SEO.. saya cuba aplikasikan tips SEO tersebut di blog saya.. Kesudahannya meta tag dan setting di blog saya sentiasa bertukar dari masa ke semasa... Sehinggalah timbul masalah.. Dan saya sendiri pun tidak dapat mengesan masalah yang timbul, disebabkan saya tiada kepakaran untuk memahami kod HTML.. Saya cuma tahu copy and past sahaja.. ;)

Sekarang ni Alhamdulillah.. SEO Blog Coretan Anuar telah mula pulih.. Itupun di atas bantuan rakan-rakan blogger dan juga beberapa tips yang dikongsikan oleh blog Denaihati.. Kesannya saya dapati Page Rank blog  Coretan Anuar  telah bertukar daripada 0 kepada 1..

Nak menyertai Contest SEO ni sebenarnya seram juga.. maklumlah hadiahnya semakin besar.. Bila hadiah besar, dah tentu ramai blogger yang akan join.. Dan kebanyakan blogger yang join tentunya hebat-hebat belaka... Terasa kerdil sangat diri ini.. 

Walaupun peluang untuk jadi pemenang agak tipis.. Apa salahnya saya mencuba.. Setidak-tidaknya saya boleh belajar cara untuk memantapkan SEO blog Coretan Anuar daripada rakan-rakan blogger lain.. Terima kasih Eyriqazz dan Denaihati kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai contest ini..
Jadi, apa tunggu lagi.. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan Contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati ini.