Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dalam post kali ni Saya nak kongsikan cara Buat Video AI secara Percuma di Capcut atau di TikTok.. Seperti yang pernah saya janjikan dalam post sebelum ini..
Sebenarnya saya pun dah Lupa, dekat post saya yang mana satu?..
Dan dalam platform yang mana satu?...
Maaf dah tua-tua ni banyak sangat lupanya..
Hahaha.. 😅
..
Tapi, seingat saya.. memang ada saya janjikan nak kongsikan cara Buat video AI Percuma di TikTok atau di Capcut..
..
Sebelum tu saya nak bagi tahu..
- TikTok
- Capcut
- Seedance
adalah platform digital di bawah kendalian syarikat yang sama.. iaitu ByteDance ..
company Dari negara China..
Setakat ini ByteDance merupakan Company terbaik Dari Asia yang mampu menyaingi company-company Besar berkaitan dengan AI Dan media Sosial seperti :
- Meta (Facebook, IG, Whatsapp, Meta AI)
- Google (Youtube, Flow, gemini, dll)
- SpaceX (Grok, X(Twitter))
- Dan lain-lain
Baiklah Saya kongsikan cara Buat Video AI secara Percuma di Capcut atau di TikTok..
1) Cara Buat Video AI secara Percuma di Capcut
Di Capcut, anda cari icon AI Video (free)..
(Rujuk pada gambar 1)
Klik pada icon tersebut..
Klik pada icon AI Video (free)
Kemudian ada pilihan untuk buat Video AI menggunakan beberapa Tools seperti:
- Dreamina Seedance 1.0 Fast (Percuma)
- Dreamina Seedance 2.0 Fast (kredit)
- Dreamina Seedance 2.0 (kredit)
- Dreamina Seedance 2.5 (kredit)
- Dreamina Seedance 2.0 mini (kredit)
Boleh gunakan satu Tools sahaja untuk hasilkan video AI secara Percuma.. Tools yang lain berbayar dengan Nilai kredit yang tertentu..
Saya subscribe Capcut untuk Pakej e-Pro.. sebulan ada lebih kurang 1,200 kredit..
bolehlah kalau saya nak buat video AI dengan menggunakan Tools yang lain..
tapi untuk free user, hanya boleh gunakan tools Dreamina Seedance 1.0 Fast sahaja..
Free user hanya boleh gunakan tools Dreamina Seedance 1.0 Fast sahaja untuk buat video AI
Kelebihan buat video AI di Capcut, kita boleh hasilkan Video sehingga 15 saat.
contoh Dalam gambar ni saya gunakan Dreamina Seedance 2.0 mini..
dengan 135 kredit untuk setiap video 15 saat.
Hasilkan Video Ai 15 saat dengan Tools Dreamina Seedance 2.0 mini dengan 135 kredit
Jadi, dengan 1200 kredit, korang boleh hasilkan 9 video dengan setiap video berdurasi 15 saat..
nak buat video bawah 15 saat pun boleh..
kreditnya lebih murah..
Kalau tak nak subscribe bulanan macam saya ni.. sebulan kena bayar RM37.50 (komitmen bulanan) untuk dapat 1200 kredit..
Boleh beli kredit untuk buat video AI sahaja..
harganya lebih kurang RM1.00 untuk 100 kredit.. paling murah RM7.00 dengan 700 kredit..
Buat video AI dekat Capcut ni kita boleh buat Video AI mengikut saiz:
- 1:1
- 3:4
- 16:9
- 4:3
- 9:16
- 21:9
ada banyak sikit pilihan berbanding Google flow..
Paparan Setting Video AI yang terdapat pada Capcut
Tapi Dari Segi resolusi video sama macam Google flow..
Cuma ada 2 pilihan sahaja iaitu 480p Dan 720p.. belum ada resolusi 1080p atau 4K..
Kemudian, korang boleh hasilkan video melalui 3 kaedah iaitu:
- Image to Video
- Omni Reference
- Text to Video
Yang bestnya buat video AI dekat Capcut ni..
Video yang dihasilkan terus masuk dalam roll....
Kemudian roll tu pula berada dalam persekitaran video editing (capcut), dengan pelbagai tools editing yang boleh digunakan untuk hasilkan video yang menarik..
..
Bagi saya memang best sangat buat video Ai dalam Capcut ni...
Cuma kalau nak gunakan Tools yang paling terkini iaitu Seedance 2.5...
Boleh tahan jugalah mahal kos yang perlu dikeluarkan...
..
Tapi berbaloi dengan pulangan yang bakal anda perolehi, sekiranya video anda berjaya minitize di beberapa platform seperti Facebook, Youtube, Tiktok, dll
2) Cara Buat Video AI secara Percuma di Tiktok
Di Tiktok, anda kena gunakan platform Tiktok For Business..
Bukan akaun Tiktok yang biasa kita hasilkan video tu...
Anda kena daftar masuk di platform Tiktok For Business..
Gunakan platform Tiktok For Business untuk buat Video AI secara Percuma di Tiktok
Selepas anda dah daftar masuk, anda klik pada pautan create..
Dan kemudian cari pautan-> Symphony Creative Studio (Boleh rujuk dalam gambar)..
Kredit mingguan diberikan secara percuma sebanyak 400 kredit...
Sebelum ni kredit mingguan percuma yang diberikan sebanyak 2000 kredit...
Banyak sangat!
Tak tahu macamana nak gunakan sampai habis...
Masa tu belum ada lagi senarai Tools Dreamina Seedance ni dalam Symphony Creative Studio ni...
Seingat saya masa tu cuma ada Dreamina Seedance 1.0 mini...
(Kalau salah, tolong betulkan)..
..
Sekarang, bila Tiktok turunkan kredit mingguan Percuma dari 2000 kredit kepada 400 kredit sahaja...
Ditambah pula dengan beberapa Tools AI yang ada iaitu:
- Video 1.5 Pro (1 kredit/saat)
- Dreamina Seedance 2.0 mini (2 kredit/saat)
- Dreamina Seedance 2.0 Fast (3 kredit/saat)
- Dreamina Seedance 2.0 (5 kredit/saat)
- Dreamina Seedance 2.5 (10 kredit/saat)
Senarai Tools Buat Video AI yang terdapat di Tiktok
Terasa sangat...
400 kredit tu sangatlah tidak mencukupi..
..
Dengan 400 kredit mingguan yang ada (tanpa buat sebarang pengiklanan berbayar di Tiktok), kita hanya boleh gunakan tools Video 1.5 Pro (1 kredit/saat) sahaja (update terkini)..
Menghasilan video AI menggunakan tools Video 1.5 Pro
(12 kredit untuk video berdurasi 12 saat)
Kelebihan buat video AI di Tiktok, kita boleh hasilkan Video sehingga 30 saat untuk satu video dengan menggunakan tools Dreamina Seedance 2.5..
Dengan tools Dreamina Seedance 2.5 boleh hasilkan video sehingga 30 saat
Gila punya best...
2 kali ganda masa maksimum, kalau kita buat video AI di Capcut..
Dan 3 kali ganda masa maksimum, kalau kita buat video AI di Google Flow..
Tapi kekurangannya...
Buat video AI dekat Tiktok ni kita boleh buat Video AI dengan hanya 1 saiz sahaja iaitu:
- 9:16
Saiz video yang sesuai di gunakan di Tiktok sahaja...
Tiada saiz lain...
Nampak permainannya di situ...
Dari Segi resolusi pula cuma ada 720p sahaja.. belum ada resolusi 1080p atau 4K..
Kemudian, korang boleh hasilkan video melalui 3 kaedah iaitu:
- Image to Video
- Rujukan kepada Video
- Text to Video
Jadi, setakat ini sahaja perkongsian hasilan video AI secara percuma di Tiktok dan Capcut...
Kalau nak tengok Contoh video, saya kongsikan linknya di bawah:
Contoh video 12 saat yang saya hasilkan secara Percuma dengan menggunakan TikTok -> Symphony Creative Studio -> Video 1.5 pro...12 kredit..
..
Contoh video AI yang saya hasilkan dengan menggunakan Seedance 2.0 atau 2.5...saya dah Lupa dah..
Semoga bermanfaat...
Info berkaitan:
- Perlumbaan AI Berbilion Dolar: Amazon, Microsoft, Google, Meta, NVIDIA, Tesla dan Apple – Siapa Sebenarnya Paling Banyak Melabur?
- Bengkel Gemini: Membina Bahan PDP Digital Dan Gamifasi Melalui AI di SK Seri Makmur, Sungai Besar Selangor
- Dari Kemahiran Menjahit ke Pemasaran Digital: Belajar Menghasilkan Poster dan Video Promosi Menggunakan AI
- 888 peserta mendaftar Kursus Hasilkan Video AI Express : Siap Video AI dalam Masa 1 Jam sempena Minggu national Traning Week 2026
- Mentor Inkubator Keusahawanan Digital PSIS
- Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Skala 2026, anjuran SME Corp. Malaysia
- KURSUS ASAS PENERBITAN BUKU DIGITAL DI INSTUN TANJUNG MALIM PERAK
- Selamat Hari Pekerja 2026 dan 3 Berita Gembira Sempena Hari Pekerja...













0 Ulasan