Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah..
Selesai sudah berkongsi sedikit info dan pengalaman kepada para peserta Kursus Penerbitan Asas Buku Digital di Instun Tanjong Malim Perak..
KURSUS ASAS PENERBITAN BUKU DIGITAL
- Tarikh :14-16 April 2026
- Tempat: INSTUN, Tanjong Malim, Perak
- Kandungan Bengkel
✅ Pengenalan penerbitan (penulisan)
✅ Jenis dan format penulisan
✅ Membentuk kumpulan/jawatankuasa/redaksi penerbitan
✅ Membangunkan struktur buku
✅Proses rekabentuk dan penyuntingan buku
✅Pendaftaran ISBN dan data pengkatalogan dalam penerbitan
✅ Pendigitalan buku
✅ Pemasaran buku
Slot yang diamanahkan kepada saya untuk berkongsi pengalaman ialah Pemasaran Buku Digital, iaitu slot di sebelah petang pada hari kedua.
![]() |
| Slot Pemasaran Buku Digital |
Masa yang diberikan kepada saya untuk slot ini cuma 2 jam sahaja!
Tetapi saya minta kepada urusetia untuk lanjutkan masa tambahan 1 jam bagi slot ini. Menjadikan masa keseluruhan dari 2 jam kepada 3 jam..
Alhamdulillah.. Urusetia bersetuju..
Dalam beberapa slot yang sebelumnya, para peserta telah pun menghasilkan ebook masing-masing.. Jadi, jom kita tengok cover page ebook-ebook yang telah dihasilkan oleh para peserta..
![]() |
| Cerita dari Atas Motor |
![]() |
| Aiman : Wira Air Wuduk |
![]() |
| Orkid Mewah Poket Rahmah! |
![]() |
| Travelog Umrah |
![]() |
| Aku nak Kursus Tapi Nak Makan |
![]() |
| Bisikan Malam |
Nampak menarik kan Tajuk-tajuk ebook yang telah dihasilkan oleh para peserta?
Kalau berminat nak dapatkan ebook mereka, boleh hubungi urusetia kursus ini..
Nombor phone urusetia ada dalam poster di atas.
Semoga para peserta dapat menyiapkan sepenuhnya sales Page ebook masing-masing, supaya mereka dapat memasarkan ebook yang telah disiapkan di platform onpay.
![]() |
| Contoh ebook yang di jual di platform Onpay.my |
Berikut saya kongsikan gambar-gambar semasa slot Pemasaran Buku Digital.
![]() |
| Pertama kali diberi peluang untuk berkongsi pengalaman di INSTUN |
3 Penceramah Kursus Penerbitan Asas Buku Digital
Terima kasih saya ucapkan kepada puan Azira dan Puan Yusmila kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi pengalaman kepada para peserta Kursus Penerbitan Asas Buku Digital ini. Semoga ada rezeki di lain kali, boleh kita bekerjasama lagi.
Sekiranya para pembaca blog saya berminat untuk mengetahui perkongsian yang telah saya berikan kepada para peserta Kursus Penerbitan Asas Buku Digital pada kali ini... Boleh muat turun slide pembentangan secara percuma dengan klik pada botton di bawah:
Saya juga ada menghasilkan video ringkas di Tiktok sepanjang berlangsungnya Kursus Penerbitan Asas Buku Digital ini. Boleh tengok video tersebut di bawah Post ini.
Kod Diskaun 15%
Berita baik kepada rakan-rakan yang berminat untuk menggunakan platform Onpay.my untuk memasarkan produk Digital atau pun Fizikal.. Sekarang ni Onpay sedang bagi harga Promo kepada pengguna baru (termasuk juga pengguna lama).. ;). Boleh gunakan Kod Diskaun ini:
START15
Anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak 15 peratus ini untuk melanggan mana-mana pakej Onpay yang bersesuaian dengan keperluan bisnes anda.
![]() |
| Contoh penggunaan Kod Kupon Diskaun Onpay |
Kod diskaun ini mungkin ada kuota penggunaannya atau sah dalam tempoh tertentu sahaja. Jadi, saya syorkan gunakan kod diskaun ini secepat mungkin sementara ia masih lagi sah untuk digunakan.
Semoga bermanfaat..
Info berkaitan:
@muhamadanuarmarsib Kursus Penerbitan Asas Buku Digital .. Semoga bermanfaat.. #Ebook #BukuDigital #KursusPenerbitan #KursusPemsaran #FYP ♬ bunyi asal - Man’s 💞Mas - Man Shah



















0 Ulasan