Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Saya Muhamad Anuar Bin Marsib. Salam perkenalan, buat sahabat-sahabat yang baru mengenali saya.
Saya merupakan Mentor Inkubator Keusahawanan Digital Politeknik Sultan Idris Shah. Selain itu, saya juga seorang blogger di CoretanAnuar.com dan part time content creator.
Mentor Inkubator Keusahawanan Digital PSIS
Saya mempunyai pengalaman lebih lima belas tahun dalam penulisan blog, pemasaran digital dan pembangunan kandungan untuk pelbagai platform dalam talian.
Aktiviti Mingguan Inkubator Keusahawanan Digital PSIS
Fokus utama saya ialah membantu pelajar dan masyarakat menguasai ilmu pemasaran dengan menggunakan teknologi digital dan AI. Saya membimbing peserta menghasilkan poster pemasaran, video promosi, laman web, blog serta menggunakan pelbagai tools AI dengan lebih kreatif dan berkesan.
Para peserta inkubator Keusahawanan Digital sedang menyiapkan task yang diberikan
Selain latihan, kami juga menyediakan pelbagai servis pemasaran seperti reka bentuk poster, video promosi, e-book, laman web dan platform e-commerce.
Kami turut menganjurkan kelas dan latihan berkaitan AI serta pemasaran digital secara online dan juga bersemuka mengikut keperluan organisasi.Semua maklumat mengenai program, bengkel dan kelas terkini akan sentiasa dikongsikan melalui platform media sosial rasmi kami.
Google berikan "DUIT" Sebanyak "RM30" Sehari kepada semua Pengguna
Masih ramai yang tidak tahu, sebenarnya Google sangat bermurah hati memberikan kita 50 kredit sehari atau bersamaan dengan RM30 untuk menghasilkan Video AI.
50 Kredit Google Flow secara Percuma yang diberikan oleh Google setiap hari
Kenapa saya kata nilai 50 kredit tersebut bersamaan dengan RM30?
Ini kerana, servis yang kami (Inkubator Keusahawan Digital) kenakan untuk menghasilkan video AI adalah seperti berikut:
- Video 10 saat - RM10
- Video 16 saat - RM16
- Video 20 saat - RM20
- Video 24 saat - RM24
- Video 30 saat - RM30
- Video 32 saat - RM32
- Video 40 saat - RM40
- Video 50 saat - RM50
- Video 60 saat - RM60
- Video 70 saat - RM70
- Video 80 saat - RM80
- Video 100 saat - RM100
- Video 200 saat - RM200
- Video 300 saat - RM300
- dan setersunya..
Dengan 50 kredit Percuma yang diberikan oleh google setiap hari membolahkan kita menghasilkan video seperti berikut:
1) Menggunakan Veo 3.1 - Lite
Kredit Menggunakan Veo 3.1 - Lite untuh menghasilkan Video
Setiap video berdurasi 8 saat yang dihasilkan menggunakan Veo 3.1 - Lite akan di tolak sebanyak 10 kredit.
Jadi, dengan menggunakan 50 kredit kita akan dapat menghasilkan 5 video yang masing-masing berdurasi 8 saat atau bersamaan dengan 40 saat.
Kalau menggunakan rate upah menghasilkan Video yang ditetapkan, kita boleh dapat upah sebanyak RM40 sehari.
2) Menggunakan Veo 3.1 - Fast
Kredit Menggunakan Veo 3.1 - Fast untuk menghasilkan Video
Setiap video berdurasi 8 saat yang dihasilkan menggunakan Veo 3.1 - Fast akan di tolak sebanyak 20 kredit.
Jadi, dengan menggunakan 50 kredit kita akan dapat menghasilkan 2 video yang masing-masing berdurasi 8 saat atau bersamaan dengan 16 saat.
Kalau menggunakan rate upah menghasilkan Video yang ditetapkan, kita boleh dapat upah sebanyak RM16 sehari.
Kredit Menggunakan Omni Flash untuk menghasilkan Video
Omni Flash merupakan teknologi paling terkini dan terbaik untuk menghasilkan video di google Flow.
Setiap video berdurasi 8 saat hingga 10 saat yang dihasilkan menggunakan Omni Flash akan di tolak sebanyak 7 hingga 15 kredit.
- Video 4 saat - 7 kredit
- Video 6 saat - 10 kredit
- Video 8 saat - 12 kredit
- Video 10 saat - 15 kredit
Saya lebih suka menghasilkan video 10 saat menggunakan Omni Flash disebabkan video yang dihasilkan lebih berkualiti dengan kos yang lebih murah berbanding menggunakan Seedance.
Menghasilkan Video di Supergrok mungkin lebih murah berbanding Omni Flow, tapi dari segi kualiti percakapan tidak setanding dengan Omni Flow..
Jadi, dengan menggunakan 50 kredit kita akan dapat menghasilkan 3 video yang masing-masing berdurasi 10 saat atau bersamaan dengan 30 saat.
Kalau menggunakan rate upah menghasilkan Video yang ditetapkan, kita boleh dapat upah sebanyak RM30 sehari.
Dari sinilah yang saya maksudkan pemberian 50 kredit percuma oleh google untuk menghasilkan video bersamaan dengan nilai RM30.
Dan yang menariknya 50 kredit tersebut akan diTopup setiap hari. Samada kita gunakan atau tidak gunakan 50 kredit tersebut, esok kita tetap akan dapat 50 kredit yang baru.
50 kredit yang kita tidak gunakan pada setiap hari, akan di 'burn' begitu sahaja.. Tidak akan di 'carry forward' ke hari berikutnya.
Jadi, memang tersangatlah rugi, kalau kita membazirkan pemberian 50 kredit Google secara percuma yang bersamaan dengan nilai RM30 sehari ini.
Kalau dikumpulkan sehari boleh hasilkan video AI dengan upah RM30 sehari.
Sebulan, kita boleh dapat duit percuma dari google sebanyak RM900 (RM30 X 30 hari)....
Sebulan, kita boleh dapat duit percuma dari google sebanyak RM900 (RM30 X 30 hari)....
Banyakkan!!
Itu baru untuk satu akaun google..
Kalau korang ada 10 akaun google, korang ada 500 kredit percuma setiap hari..
Itu baru untuk satu akaun google..
Kalau korang ada 10 akaun google, korang ada 500 kredit percuma setiap hari..
Dengan 500 kredit percuma setiap hari, membolehkan korang untuk menghasilkan pendapatan sehingga 4 angka sebulan..
Dalam keadaan, kos sara hidup tengah mahal sekarang ini manfaatkanlah peluang yang ada ini dengan sebaiknya..
Di luar sana, terlalu ramai orang yang memerlukan video pemasaran setiap hari..
Di luar sana, terlalu ramai orang yang memerlukan video pemasaran setiap hari..
Inilah peluang yang perlu dimanfaatkan oleh inkubator Keusahawanan Digital dengan sebaiknya..
dan juga anda yang mempunyai masalah kewangan pada setiap bulan..
Boleh Scan QR Kod di Poster ini untuk sertai group Telegram kami
Jangan lupa ikuti kami di platform media sosial untuk belajar buat Video AI secara Percuma..
Jika organisasi anda memerlukan penceramah, trainer atau program berkaitan AI dan pemasaran digital, hubungi saya.
In Shaa-Allah kita boleh bekerjasama.
Semoga bermanfaat..
Info Berkaitan :
- Video AI : Selfie Raya Di Beberapa Stadium Bola Sepak Eropah (Belajar AI Siri 23)
- Cara Buat Video AI : Jom Belajar Buat Video AI Bersama Encik Anuar (Belajar AI Siri 22)
- Cara Buat Video AI : Beg Kuning Spinning Bike Bicycle (Belajar AI Siri 21)
- Cara Buat Video AI : Beg Kuning Robot Vacuum (Belajar AI Siri 20)
- Cara Buat Video AI : Beg Kuning Sekarang Ramai Sakit Kaki Sebab Berdiri Lama (Belajar AI Siri 18)
- Cara Buat Video AI : Cara Terbaik nak Turunkan Berat Badan ialah Berpuasa di Bulan Zulhijjah... (Belajar AI Siri 17)
- Cara Buat Video AI : Buat Persediaan Awal Untuk jawab 564 Soalan Psikologi Pegawai Tadbir Dan Diplomatik dalam masa yang terhad (Belajar AI Siri 16)
- Cara Buat Video AI : Rumah Buruk di Tepi Sawah (Belajar AI Siri 15)
- Cara Buat Video AI : Banglo Mewah di Tepi Sawah (Belajar AI Siri 14)
- Cara Buat Video AI : Peluncuran Green Community (Belajar AI Siri 13)
- Cara Buat Video AI : Prompote Perfume Beg Kuning (Belajar AI Siri 12)
- Cara Buat Video AI : Renovate Ruang Tamu Sebelum dan Selepas (Belajar AI Siri 11)
- Cara Buat Video AI Cinematic Menggunakan Aplikasi Seedance 2.0
- 7 Kelebihan Menyertai AI Academy + 2 BONUS
@muhamadanuarmarsib Salam Perkenalan daripada Mentor Inkubator Keusahawanan Digital Politeknik Sultan Idris Shah.. .. Diharap mendapat sokongan daripada seluruh warga Politeknik Sultan Idris Shah supaya Inkubator Keusahawanan Digital ini dapat memberi manfaat kepada pelajar, seluruh warga PSIS Dan masyarakat.. #PSIS #InkubatorKeusahawananDigital #MosaicMind #KeusahawananPSIS ♬ original sound - blog Zahin Travel









0 Ulasan