Selamat Hari Pekerja 2026 dan 3 Berita Gembira Sempena Hari Pekerja...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah...

Hari ni kita telah pun melangkah ke Bulan Mei 2026..
Sempena 1 Mei 2026, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja..

Selamat Hari Pekerja 2026..
Selamat Hari Pekerja 2026..

Semoga terus berusaha dan komiten untuk menjadi seorang pekerja yang rajin, cerdas, cergas, jujur dan amanah.. Supaya dapat menjadikan setiap titik peluh sebagai ladang pahala kepada kita sebagai bekalan di akhirat nanti...

Sempena Hari Pekerja kali ini saya nak kongsikan 3 berita gembira iaitu:

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025

Syukur Alhamdulillah..
Ini merupakan kali ke tiga dalam Perkhidmatan saya Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025

  1. Kali pertama Tahun 2008
  2. Kali Kedua Tahun 2014
  3. Kali Ke Tiga Tahun 2025

Syukur Ke Hadrat Allah S.W.T atas rezeki ini..

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengarah, Tuan Haji Mantan TPA, Tuan TPSA, rakan-rakan Ketua Jabatan, Rakan-rakan Ketua Unit, Rakan-rakan Pensyarah di Jabatan saya, rakan-rakan di jabatan-jabatan dan Unit-Unit yang lain di atas segala bantuan, pertolongan dan kerjasama yang diberikan.

Alhamdulillah kali ni rezeki saya dan rakan-rakan yang lain..
In Shaa Allah selepas ini rezeki rakan-rakan yang lain pula..

Teruskan berusaha dengan sebaik mungkin dalam pekerjaan kita...
In Shaa Allah pasti akan ada rezeki dan pulangan yang menunggu kita samada di dunia ataupun di akhirat..

2) Berjaya Capai Target BriskWalk Bulan April 2025 

Syukur Alhamdulillah..
Berjaya Capai Target Brisk Walk untuk Bulan April 2025 iaitu purata 10ribu langkah sehari.

Berjaya Capai Target Brisk Walk untuk Bulan April 2025
Berjaya Capai Target Brisk Walk untuk Bulan April 2025

Walaupun pada permulaan bulan agak tidak konsisten untuk mendapatkan purata 10 ribu langkah sehari disebabkan sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan lain-lain faktor termasuk masalah kesihatan (Gout)... 

Tetapi, ada beberapa hari dalam bulan ini saya berada dalam keadaan Fit sehingga boleh hasilkan antara 15 ribu hingga 20 ribu langkah sehari... Untuk menampung langkah-langkah yang tidak berjaya dicapai pada hari-hari tertentu..

Syukur Alhamdulillah...
Masih berjaya mengekalkan Tier Platinum sepanjang Tahun 2026



3) Jemputan sebagai penceramah Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) Skala 2026

Syukur Alhamdulillah..

Mendapat Jemputan sebagai penceramah Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) Skala 2026 yang akan diadakan pada 4 - 10 Mei 2026 bertempat di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat




Program ini dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia dan dilaksanakan oleh UiTM Cawangan Kedah melalui UiTM Technoventure melibatkan 14 Modul seperi berikut: 


4 Mei 2026 (Isnin – Day 1)

Modul 1: Minda Usahawan Berjaya
    ⏰ 2.00 – 4.00 petang
Modul 2: Idea Perniagaan Tekno
    ⏰ 5.00 – 6.30 petang


5 Mei 2026 (Selasa – Day 2)

Modul 6: Pemasaran, Jualan Digital dan AI
    ⏰ 5.00 – 6.30 petang
Modul 7: Komunikasi Perniagaan Berkesan
    ⏰ 8.30 – 10.30 malam


6 Mei 2026 (Rabu – Day 3)

Modul 8: Pengurusan Kewangan Perniagaan
    ⏰ 8.00 – 10.00 pagi
Modul 8 (Hands-on): Pengurusan Kewangan Perniagaan
    ⏰ 10.30 – 11.30 pagi
Modul 9: Penguasaan Pembiayaan
    ⏰ 2.00 – 4.00 petang


7 Mei 2026 (Khamis – Day 4)

Modul 10: Pengurusan Operasi
    ⏰ 8.00 – 10.00 pagi
Modul 11: Pengurusan Rantaian Bekalan
    ⏰ 10.30 – 11.30 pagi
Modul 12: Pengurusan Sumber Manusia
    ⏰ 2.00 – 4.00 petang
Modul 13: Analisis dan Pengurusan Data Perniagaan
    ⏰ 5.00 – 6.30 petang
Modul 14: ESG Dalam Perniagaan
    ⏰ 8.30 – 10.30 malam


In Shaa Allah, saya akan menyampaikan Modul yang keenam iaitu Pemasaran, Jualan Digital dan AI yang akan dilaksanakan pada hari Selasa, 5 Mei 2026 pada jam 5.00 – 6.30 petang.

Sedikit Info yang saya dapat daripada Urusetia berkaitan dengan para peserta Kursus ini
  • Type of product/business : food process/perkhidmatan makanan/photography/pembuatan
  • Kebanyakannya lepasan TVET
  • Range of age : 18 - 30 tahun
  • Duration of business : 2 years or less
  • Total Male : 224
  • Total Female : 129
  • Para peserta nanti akan dipecahkan kepada 3 dewan. Jadi, dalam 1 dewan akan ada lebih kurang 120 peserta

Lebih ramai lelaki, full of questions dan amat ingin dibimbing so they can pitch well untuk mendapatkan geran SME Corp ini 😊

Doakan semoga dipermudahkan urusan saya, untuk berkongsi sedikit maklumat berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui dalam dunia pemasaran Digital ini.. 

Semoga bermanfaat..


Info berkaitan:

@muhamadanuarmarsib Selamat Hari Pekerja 2026.. Tahniah kepada semua Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025.. Yeah! Esok Cuti... Boleh Briskwalk... #haripekerja #Cuti #cutiharipekerja #PSIS #Briskwalk ♬ suara asli - [ TEMPLATE lirik ]

Catat Ulasan

0 Ulasan