Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada hari Sabtu, 22 Ogos 2026 saya bertugas sebagai Arbiter Kejohanan Catur di Karnival Bendang Selangor 2.0 2026.
📌 Maklumat Karnival adalah seperti berikut:
- Karnival Bendang Selangor 2.0
- Tarikh: 22 Ogos 2026, Sabtu
- Masa: 8.00 pagi – 11.00 malam
- Lokasi: Semarak Padi Homestay, Parit 2 Timur
- Kerjasama: 8 JPKK DUN Sabak
Senarai Acara di Karnival Bendang Selangor 2.0
Alhamdulillah...
Best Juga Karnival Bendang Selangor 2.0 ni..
Rasa rugi tak bawa family datang sekali masa tu..
Dari pagi hingga ke malam penuh dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh para pengunjung. Saya tuliskan semula semua senarai acara tersebut seperti di bawah:
🌾 ACARA PAGI
Masa Aktiviti
🌾 ACARA PETANG
- 7.30 pagi Aerobikton
- 8.00 pagi Memancing
- 8.00 pagi Futsal D'Bendang
- 8.00 pagi Bola Tampar D'Bendang
- 8.00 pagi Bola Jaring D'Bendang
- 8.00 pagi Bendang Treasure Hunt
- 8.30 pagi Mewarna
- 8.30 pagi Memasak Wadai Kipung
- 9.30 pagi Pikul Bantal
- 9.30 pagi Panjat Tiang Licin
- 10.30 pagi Catur
- 10.30 pagi Badang Sabak Bernam
- 10.30 pagi Sukaneka
- 10.30 pagi Baling Tin
- 10.30 pagi Lari Dalam Guni
Masa Aktiviti
🌙 ACARA MALAM
- 2.00 petang Menggau Ikan
- 2.00 petang Beyblade (Open Category)
- 2.00 petang Tangkap Ayam
- 2.00 petang Tarik Upih / Persembahan Wau Bulan
- 2.00 petang Ratu Kebaya
- 2.00 petang Gubahan Hasil Alam
- 3.00 petang Karaoke
- 4.30 petang Ceramah AADK
Masa Aktiviti
- 8.00 malam Beyblade (Bawah 12 Tahun)
- 9.15 malam Fun Walk
- 10.00 malam Cabutan Bertuah
Nampak bestkan...
Sehingga ke malam padat dengan pengisian pelbagai aktiviti.
Sehingga ke malam padat dengan pengisian pelbagai aktiviti.
Tapi disebabkan saya bertugas sebagai arbiter (pengadil) untuk kejohanan catur, jadi saya tidak berpeluang untuk menyertai semua aktiviti tersebut.
Sekali-sekala dapat luangkan masa untuk menjadi penonton terutamanya bagi pertandingan Bola Tampar D'Bendang dan Pertandingan Bola Jaring D'Bendang yang dapat ditonton dengan jelas dari Dewan tempat kejohanan catur diadakan.
Berikut merupakan gambar-gambar dan video yang dapat saya kongsikan sepanjang berlangsungnya Karnival Bendang Selangor 2.0
Bukti hadir bertugas sebagai Arbiter Kejohanan Catur Karnival Bendang Selangor 2.0
Bertugas sebagai Arbiter Kejohanan Catur Karnival Bendang Selangor 2.0
Ketua Arbiter sedang memantau perjalanan Kejohanan Catur Karnival Bendang Selangor 2.0
Hanya 30 peserta sahaja yang menyertai Kejohanan Catur Karnival Bendang Selangor 2.0
Penyampaian Hadiah Kejohanan Catur Karnival Bendang Selangor 2.0
Pemenang Hadiah Duo Terbaik Aerobikton
Pemenang Hadiah Duo Terbaik Aerobikton
Pemenang Hadiah Cabutan Bertuah (Mesin Basuh)
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dalam pelbagai acara yang dipertandingkan sepanjang berlangsungnya Karnival Bendang Selangor 2.0.
Tahniah diucapkan kepada semua penganjur yang terlibat dalam menjayakan Karnival Bendang Selangor 2.0 yang terdiri daripada 8 JPKK Dun Sabak dan Majlis Daerah Sabak Bernam. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Melalui penganjuran Karnival seperti ini, akan dapat memberi peluang kepada semua masyarakat terutamanya masyarakat Bandar untuk merasai suasana kemeriahan di kampung terutamanya dalam suasanan bendang atau sawah padi.
Terima kasih juga atas kesudian menjemput saya dan rakan-rakan saya sebagai arbiter dalam Kejohanan Catur pada kali ini.
In Shaa Allah kalau ada rezeki, boleh kita bekerjasama lagi pada masa akan datang.
Setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini..
Semoga bermanfaat...
Info berkaitan:
- Majlis Peluncuran Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) dirasmikan oleh MB Selangor
- Memancing Udang Galah di Sabak Bernam
- 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐯𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐈 𝐅𝐢𝐭 𝐀𝐧𝐝 𝐄𝐚𝐭 𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭 (𝐈𝐅𝐢𝐭𝐄𝐫) 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐨𝐥𝐚𝐛𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐖𝐞𝐥𝐥𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐇𝐮𝐛 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐧𝐚𝐦 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐡
- Program EZ Math di Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam
- Program Berkhatan beramai-ramai di Surau Sabakiah Batu 40, Sabak Bernam, Selangor
@muhamadanuarmarsib Bertugas sebagai Arbiter Kejohanan Catur di Karnival Bendang Selangor 2.0 2026... .. Tarikh : 22 Ogos 2026 Tempat: Semarak Padi Homestay, Sungai Besar Selangor . Alhamdulillah... Best Juga Karnival ni.. Macam-macam Aktiviti ada.. .. #bendang #DBendang #karnivalbendangselangor #Catur #bolatamparbendang ♬ Bukan Yang Pertama - Arie & The Project














0 Ulasan