Majlis Peluncuran Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) dirasmikan oleh MB Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Pada hari Sabtu, 25 April 2026 baru-baru ni... Menteri Besar (MB) Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari turun ke kawasan Sungai Lang...  Di kawasan Tempat saya bekerja..

Tujuan MB Selangor turun ke Sungai Lang pada kali ini ialah untuk merasmikan Majlis Peluncuran Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) 

Pelancaran Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) di Sabak Bernam oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari
Pelancaran Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) di Sabak Bernam oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari

Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) ini merupakan salah satu projek di bawah Sabak Bernam Development Area (SABDA). Untuk makluman, terdapat beberapa projek lagi di bawah SABDA yang sedang rancak dibangunkan pada ketika ini iaitu: 
  • Industri Hiliran Hasil Laut dan Agro Makanan Sg Lang
  • Kompleks Pendaratan Hasil Laut Sekinchan
  • Selangor Smart Agro Park (SSAP) di Sungai Air Tawar
  • Selangor Smart Agro Farm (SSAF) di Sungai Panjang
  • Selangor Smart Agro Park (SSAP) di Jelutong Jati
  • Selangor Smart Agro Park (SSAP) di Changkat Menteri
  • Segitiga Eko-Pelancongan Sungai Air Tawar
  • Eko Pelancongan Ban Canal
  • R&R Air Manis di Kompleks Agropolitan Sabak Bernam (KASA)
  • Kompleks Jeti Nelayan Bagan Sg Besar
  • Jambatan Sungai Air Tawar – Hutan Melintang
  • Pejabat Operasi dan Ruang Pameran Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Sabak Bernam
  • Pelan Fiberisasi Sabak Bernam
  • Kelip-Kelip Sungai Panjang
  • Lebuhraya WCE
  • Pembangunan Hay Resort
  • Pusat Penyembelihan Ayam Sekendi
  • Kilang Minyak Kelapa Sawit

Jadi, dalam tempoh masa terdekat ni tidak hairanlah sekiranya MB Selangor banyak kali turun ke Daerah Sabak Bernam, disebabkan terdapat banyak projek yang sedang dibangunkan oleh SABDA dengan menggunakan dana Kerajaan negeri Selangor.

Sebagai contoh, Projek Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) diterajui Menteri Besar Selangor Incorporation (MBI)  melalui SABDA dengan kerjasama PKNS dan PNSB, memperkukuh peranan Sabak Bernam yang kini menyumbang lebih 25% hasil laut Selangor sebagai hab makanan laut negara.

Projek Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) diterajui MBI  melalui SABDA dengan kerjasama PKNS dan PNSB
Projek Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) diterajui MBI  melalui SABDA dengan kerjasama PKNS dan PNSB

Dengan keluasan lebih 600 ekar, termasuk Fasa 1 seluas 100 ekar penternakan udang bermula 2026, ZIPS dibangunkan sebagai hab akuakultur moden bersepadu merangkumi pengeluaran, pemprosesan, inovasi dan eko-pelancongan.


Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS)
Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS)

Pelancaran Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) di Sabak Bernam oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari mencerminkan langkah nyata Selangor dalam memacu ekonomi biru.

Ucapan daripada Y.B. Datuk Hj. Rizam Bin Hj. Ismail Wakil Rakyat ADUN Sungai Air Tawar yang juga merupakan EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna
Ucapan daripada Y.B. Datuk Hj. Rizam Bin Hj. Ismail Wakil Rakyat ADUN Sungai Air Tawar yang juga merupakan EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna

Ucapan Perasmian Majis Peluncuran Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) di Sabak Bernam oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor

Simbolik Perasmian Majis Peluncuran Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor
Simbolik Perasmian Majis Peluncuran Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor


Dato' Ts Hj Saipolyazan M Yusop Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, menyampaikan cenderamata kepada MB Selangor
Dato' Ts Hj Saipolyazan M Yusop Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, menyampaikan cenderamata kepada MB Selangor

Dato' Ts Hj Saipolyazan M Yusop Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, menyampaikan cenderamata kepada Datuk Hj. Rizam Bin Hj. Ismail

Projek Zon Industri Perikanan Sungai Lang (ZIPS) ini disokong oleh infrastruktur seperti WCE, ECRL dan jambatan baharu (dijangka siap pada tahun 2027), bakal merangsang pelaburan, peluang pekerjaan serta pertumbuhan komuniti, selari dengan pendekatan lestari melalui teknologi akuakultur pintar dan pemeliharaan ekosistem pesisir.

Untuk maluman, terdapat beberapa Agensi yang terlibat dalam menjayakan projek-projek di bawah SABDA iaitu:
  • Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI)
  • Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB),
  • PTD Sabak Bernam
  • Lembaga Urus Air Selangor (LUAS),
  • Jabatan Kerja Raya (JKR),
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (JPV),
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),
  • Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB),
  • Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB)
  • Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
  • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
  • Jabatan Barat Laut – IADA
  • Pelabor Sektor Swasta Dalam Dan Luar Negeri
  • Jabatan / Agensi Kerajaan Lain Yang Berkaitan Mengikut Keperluan Projek.

Doakan semoga perojek-projek SABDA ini berjaya direalisasikan sepenuhnya, supaya dapat menaikkan ekonomi penduduk dan masyarakat tempatan yang tinggal di sekitar daerah Sabak Bernam. In Shaa Allah.. Aamiin.. 

Setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini..

Semoga bermanfaat... 

Info berkaitan:

Catat Ulasan

0 Ulasan