Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bila masuk bulan kemerdekaan (kini lebih dikenali sebagai Bulan Kebangsaan), antara perkara yang paling mudah kita nampak ialah Jalur Gemilang.

Jalung Gemilang akan dikibarkan di mana-mana sahaja seperti:
  • Di rumah
  • Di kedai
  • Di Pejabat-pejabat Kerajaan
  • Di kereta
  • Di tepi-tepi jalan
  • dan tempat-tempat lain yang bersesuaian
Setiap kali kita nampak bendera berkibar, kita akan rasa bangga. Di sebabkan itulah lambang kemegahan tanah tumpah darah kita tempat di mana kita dilahirkan dan dibesarkan.

Tema rasmi bagi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) pada tahun 2026 ialah “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Logo Rasmi: Mengekalkan reka bentuk logo Malaysia MADANI yang melambangkan corak tangan diangkat melafazkan ikrar


Selain daripada mengibarkan Jalur Gemilang, apa lagi yang boleh kita buat untuk menunjukkan kita sayang Malaysia?

Disini kami dari team klikjer nak kongsikan 8 cara yang kita boleh buat untuk buktikan kita sayang negara kita selain daripada mengkibarkan jalur gemilang!

8 cara yang kita boleh buat untuk buktikan kita sayang negara kita


1) Jaga Tempat yang kita kongsi bersama
  • Buang sampah pada tempatnya
  • Jangan rosakkan tandas Awam
  • Jaga Taman
  • Jangan Conteng Harta Benda Awam


2) Sokong Peniaga Tempatan
  • Membantu Peniaga Kecil Terus Bertahan dan Berkembang
  • Menjana lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia
  • Ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan stabil
  • Bangga dengan produk tempatan yang semakin berkualiti



3) Buat Kerja Dengan Amanah
  • Datang kerja dan buat kerja dengan betul dan telus
  • Jalankan perniagaan dengan jujur - Jangan tipu Pelanggan
  • Jangan ambil hak orang lain - Buat apa yang diamanahkan kepada kita dengan sebaik mungkin.
  • Amanah hari ini, membina negara yang lebih kuat esok!

4) Hormati Orang Yang Berbeza
  • Hargai perbezaan setiap kaum, agama dan budaya
  • Sentiasa bersangka baik - Jangan mudah menilai atau menghukum tanpa memahami
  • Berbudi bahasa - Kata-kata yang baik boleh menyatukan dan bukan memisahkan
  • Bersatu dalam Matlamat - Walau berbeza cara, kita semua mahu Malaysia yang aman dan Maju

5) Jangan Jadi Penyebar Berita Palsu
  • Sebelum sebar, tanya "Betul ke berita ni?" melalui pelbagai fakta dan sumber yang boleh dipercayai
  • Untuk pengesahan, sila dapatkan fakta dari sumber yang tepat
  • Kenal pasti siapa yang mendapat keuntungan melalui penyebaran berita palsu tersebut.
  • Kongsikan info yang bermanfaat sahaja

6) Kenalkan Anak-anak Dengan Sejarah
  • Cerita kisah sebenar tentang perjuangan rakyat dan tokoh negara
  • Lawati tempat bersejarah seperti Muzium, bangunan lama dan lokasi penting
  • Tonton filem dan baca buku yang berkaitan dengan Malaysia
  • Bincang dan dengar pendapat mereka tentang negara kita dan isu-isu semasa
  • Tanam rasa bersyukur di atas keamaan dan segala peluang yang dapat kita nikmati pada hari ini.


7) Jaga Nama Malaysia Di Luar Negara
  • Bersopan dan menghormati orang lain
  • Patuhi undang-undang dan peraturan di negara lain
  • Jaga kebersihan dan kemudahan yang ada
  • Sentiasa bersikap jujur dan berintegriti
  • Tunjukkan yang terbaik

8) Jadi Orang Yang Berguna
  • Bantu tanpa mengharapkan balasan
  • Gunakan kepakaran untuk kebaikan
  • Jadilah teladan yang baik


Jadi bulan kemerdekaan ini, mungkin kita boleh cuba buat satu perkara tambahan.

Teruskan kibarkan Jalur Gemilang.

Tetapi dalam masa yang sama…
cuba jadi rakyat Malaysia yang sedikit lebih baik.
  • Lebih amanah.
  • Lebih bertimbang rasa.
  • Lebih menghormati orang lain.
  • Lebih bertanggungjawab.
  • Dan lebih banyak memberi manfaat kepada orang di sekeliling.

Kerana akhirnya…
Sayang Malaysia bukan sekadar apa yang kita kibarkan.

Ia juga tentang cara kita hidup sebagai rakyat.

Selamat menyambut Bulan Kebangsaan daripada kami di Klikjer.

Semoga Malaysia terus menjadi tempat yang baik untuk kita, keluarga kita dan generasi yang akan datang.

Jom sama-sama kita hayati Lagu Tema Hari Kebangsaan 2026..


Lagu "AKU BERJANJI" nyanyian Faizal Tahir, merupakan Lagu Tema Hari Kebangsaan 2026 



P/s : Job sama-sama kita support karya-karya penulis tempatan yang telah diterbitkan di klikjer.  Pastinya ada Sebahagian daripada penulis-penulis ini, merupakan orang yang anda kenali.



Semoga bermanfaat..


Catat Ulasan

0 Ulasan