Brisk Walk : Update Sukuan 1 Tahun 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah.. 
Masih lagi konsiten setakat ini melaksanakan aktiviti Brisk Walk sepanjang tahun 2026 bagi membuang Kalori dan lemak-lemak yang tidak diperlukan dalam badan.. 

Berkesempatan untuk membuang Kalori dengan aktiviti Brisk Walk

Membuang Kalori dengan aktiviti Brisk Walk

Dan hasilnya.. Alhamdulillah..
Untuk sukuan Pertama bagi tahun 2026, masih berjaya mengekalkan Tier Platinum bagi ketiga-tiga bulan iaitu bulan Januari, Februari dan Mac 2026..


Januari 2026 : Platinum Average 11,239 Steps sehari
Januari 2026 : Platinum
Average 11,239 Steps sehari

Februari 2026 : Platinum Average 13,937 Steps sehari
Februari 2026 : Platinum
Average 13,937 Steps sehari

Mac 2026 : Platinum Average 11,009 Steps sehari
Mac 2026 : Platinum
Average 11,009 Steps sehari

Apa yang saya buat ini bukanlah untuk bersaing dengan sesiapa..
Tapi untuk menjadi versi terbaik bagi diri saya berbanding versi diri saya sebelum-sebelum ini.

Sebagai contoh, sebelum ni saya memakai baju raya saiz L...
Masuk tahun ni, merupakan tahun kedua saya berjaya memakai baju raya saiz M.
Dan saya dah boleh memakai semula baju-baju lama saya yang dah tak muat saya nak pakai sebelum ini.. ;)


Bergambar kenangan bersama rakan-rakan sepejabat di Majlis Hari Raya

Bergambar kenangan bersama rakan-rakan sepejabat di Majlis Hari Raya

Baju-baju lama saya pada asalnya bercadang nek berikan pada anak-anak.
Tapi sehingga sekarang anak-anak saya masih belum boleh pakai baju-baju saya ;)

Jadi, bila saya dah berjaya menurunkan saiz badan, bolehlah saya memakai semula baju-baju lama saya yang masih elok lagi.. 

Doakan semoga saya terus sihat.. 
Dan konsisten dalam mengekalkan gaya hidup sihat..
In Shaa Allah..

Semoga bermanfaat..


Info berkaitan:
@muhamadanuarmarsib Alhamdulillah.. Masih Konsisten bagi Tahun 2026 .. #Briskwalk #Sihat #GayaHidupSihat #10kstepsaday #10ksteps ♬ original sound - En_Ex

Catat Ulasan

0 Ulasan