Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah...
Hari ni 3 April 2026, Genap 20 tahun dalam Perkhidmatan.
Masih ingat lagi pengalaman pertama menaiki Kapal Terbang MAS, Boing 747 (kalau tak silap) bersama tunang saya Norsuzana Binti Zakaria dan sahabat saya Norashikin Binti Lakman.
![]() |
| Lapor diri di Politeknik Mukah Sarawak pada 4 April 2006 |
![]() |
| Syukur Alhamdulillah... Genap 20 tahun dalam Perkhidmatan.. |
Itulah kali pertama saya menaiki Kapal Terbang..
Masa nak pergi melapor diri ke Mukah tu redha dan tawakal sahaja...
Masa nak pergi melapor diri ke Mukah tu redha dan tawakal sahaja...
Takut dan nevers sebab kali pertama naik kapal terbang..
Masa tu saya jangka mungkin tahun depan baru berpeluang kembali ke Semenanjung semula, disebabkan harga tiket kapal terbang yang kami naiki boleh tahan juga harganya..
Tapi siapa sangka, dalam tempoh sebulan sahaja saya dah menjejakkan kaki ke tanah semenanjung semula disebabkan perlu menghadiri Simposium TVET di UKM bersama sahabat saya Mustaza Hakim.
Pada awal bulan September 2006, saya diarahkan pula menjalankan tugas Ketua Unit Peperiksaan. Selepas itu, kehidupan saya mula berubah. Kerap naik "belon" menghadiri urusan rasmi di Semenanjung Malaysia.. Ada kalanya ke Kuching Sarawak.. Ada kalanya ke Kota Kinabalu Sabah.. Ikutlah di mana pihak penganjur nak mengadakan urusan-urusan rasmi tersebut..
Sepanjang 5 tahun 2 bulan berada di Mukah Sarawak, saya rasa hampir 50 kali cop Imigresen dalam Dokumen Perjalanan Terhad saya. Bermaksud secara purata hampir sepuluh kali setahun saya menaiki kapal terbang untuk pelbagai urusan rasmi seperti menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, lawatan kerja, menghadiri kursus dan juga perjalanan pulang ke kampung.
![]() |
| Gambar Dokumen perjalanan Terhad kami sekeluarga |
Sumber : Syukur Alhamdulillah... Tiada Dokumen Perjalanan Terhad untuk anak ke 3..
Sepanjang 5 tahun 2 bulan berada di Mukah Sarawak, pernah merasa menaiki beberapa pengangkutan yang bagi saya merupakan satu pengalaman yang sangat mahal. Contohnya seperti dalam gambar di bawah:
| Bas Lanang Express - Perjalanan dari Mukah ke Sibu |
| Ini antara cabaran menaiki pengangkutan darat pada masa itu |
| Pilihan lain naik Speed Bot - 2 jam perjalanan dari Dalat ke Sibu |
| Pilihan lain Naik Twin Otter (Masa awal-awal dulu ada flight Mukah-Sibu) |
Di Mukah Sarawak ni terkenal dengan Seafood dan makanan berasaskan Seafood. Kata orang kalau pergi mukah tak makan Seafood atau udang galah.. memang rugi lah.
Terima kasih buat bos-bos, Sahabat-sahabat yang pernah menjadi rakan sekerja saya semasa di :
- JTMK PMU
- JKE PMU
- Unit Exam PMU (Al-fatihah buat arwah kak Hadiah Dan RIP buat arwah Daisy Sulee)
- JKE PSIS (Al-fatihah buat arwah en Don)
- JHEP PSIS
- JTMK PSIS
Terima kasih di atas Segala bimbingan, Tunjuk ajar, bantuan, Pertolongan Dan kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan disekeliling saya dalam tempoh tersebut..
Terima kasih juga buat bos-bos, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang telah bekerjasama dengan saya dalam Majlis Sukan Politeknik (MSP) (2017-2023), Pasukan Catur IPT Malaysia (2018), Asean University Games 2018, Pasukan Catur Politeknik Malaysia (2018-2023), Team Teknikal SUKIPT (2012-2016), Team SUKUM (2013-2022), Kelab Catur PSIS (2011-2022), Majlis Pewakilan Pelajar PSIS (2017-2023), Kelab Kayak PMU (2008), Team Robocon PMU (2007).
Tidak lupa juga kepada kedua-dua pengasuh yang pernah hadir dalam hidup keluarga kami Arwah Kak Ani (Pengasuh di Mukah Sarawak), Mama Sari (Pengasuh di PSIS)... Al-Fatihah untuk Arwah Kak Ani dan Arwah Abah... Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Terima kasih semua..
Doakan semoga Allah panjangkan umur saya supaya sempat menghabiskan Baki lagi 15 tahun Perkhidmatan sebelum bersara..
Akhir sekali.. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah emak dan ayah saya yang telah berkorban segala masa, tenaga dan doa mereka untuk saya berjaya dalam pelajaran dan kehdupan. Tidak lupa juga mohon sedekahkan Al-Fatihah buat ayah mertua saya.. Semoga roh arwah emak dan ayah saya serta ayah mertua saya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Nak tahu lebih banyak perjalanan atau pengalaman hidup saya dalam tempoh 20 tahun ini, boleh bacalah link yang saya kongsikan di bawah.
Mana yang baik boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan.. Mana yang tak baik, boleh abaikan jer.
Semoga bermanfaat.
Info berkaitan:
- Sedekad Bersamamu di Politeknik Jer Tau!! (5 tahun di PSIS + 5 tahun++ di PMU)
- 5 Tahun di Mukah Sarawak.. Jom Follow saya.. ;)
- Jualan Murah Lobster dan Udang Galah di Mukah..
- Teruja tengok ikan segar di pasar Mukah..
- Emmm.. Sedapnya Umai Abang Shahdan..
- Syukur Alhamdulillah... Tiada Dokumen Perjalanan Terhad untuk anak ke 3..
- Bila Twin Otter nak bertukar kepada Foker?
- Pengangkutan Ke Mukah Sarawak..
- Mukah-Sibu-KL-Kota Bharu Bahagian 3 (Akhir)



0 Ulasan