Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Syukur Alhamdulillah...
Ada Rezeki lagi untuk tahun ini dapat APC..
- Kali pertama Tahun 2008 - Majlis 2009 di PMM, Melaka (Pergi)
- Kali Kedua Tahun 2014 - Majlis 2015 (Tak pergi)
- Kali Ke Tiga Tahun 2025 - Majlis 2026 di PICC, Putrajaya (Pergi)
Ada rezeki dan kelapangan masa untuk Kali ni saya pergi dengan memakai baju batik yang arwah ayah mertua saya belikan untuk saya...
Pemberian terakhir daripada arwah ayah mertua saya yang sangat bermakna buat diri saya..
Dan saya abadikan kenanggannya dalam Majlis ini...
Al-fatihah untuk arwah mertua saya...
semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...
Di Sini saya kongsikan gambar-gambar sekitar berlangsungnya Majlis APC 2025 yang melibatkan seramai 1,107 orang penerima...
Sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 di PICC Putrajaya
Pentas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 di PICC Putrajaya
![]() |
| Seramai 1,107 orang Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025, JPPKK |
Sempat Bergambar dulu dengan Pengarah PSIS sebelum majlis bermula
Ketibaan YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi dan YBrs. Dr. Shamsuri Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta dif-dif kehormat
Ucapan Aluan dari YBrs. Dr. Shamsuri Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Para pernerima Anugerah mendengar amanat yang disampaikan oleh Dr. Shamsuri Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi
Para pernerima Anugerah mendengar ucapan yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi
Penyerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Oleh Menteri Pendidikan Tinggi
Penyerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi
Semasa beratur menunggu giliran naik ke atas pentas untuk menerima Sijil APC dari KSU KPT
Penyerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Alhamdulillah..
Selepas selesai Majlis Penyerahan APC dan menikmati juadah makan tengahari yang disediakan..
Kami pun gunakan kesempatan yang ada untuk merakankan momen-momen indah di APC 2025 sebagai kenang-kenangan..

Bersama Folder dan Sijil APC 2025
Bergambar kenangan bersama Encik Yusof Bin Yaakob (ex PSIS) yang berjaya menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) pada tahun ini.
Untuk makluman, pada tahun 2025 terdapat 2 orang penerima Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) iaitu:
- Encik Panneer Selven A/L Indiran dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang merupakan PKAT Taekwondo, MSP
- Encik Mohd Yusof bin Yaakob dari Kolej Komuniti Beaufort yang merupakan Chef Tersohor
Pingat tersebut dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menghargai sumbangan cemerlang mereka melangkaui tugas rasmi.
Penerima APC 2025 PSIS bergambar kenangan dengan Encik Yusof, penerima PPC 2025
Bergambar dengan Dr Hafiz @Bong dari Politeknik Melaka yang merupakan pengurus pasukan Catur, SUKUM
Bergambar kenangan dengan en Mustaza Hakim, sahabat lama semasa di KuiTTHO dan ex PMU yang kini bertugas di JKA, PSA
Bergambar kenangan dengan en Sadli, ex PSIS yang kini bertugas sebagai PA Ketua Pengarah JPPKK
Bergambar kenangan dengan Ts Izwanizam, Housmate semasa belajar di KuiTTHO sekarang bertugas di KK Segamat 2
Bergambar kenangan dengan en Mahathir Johar, ex PSIS yang kini bertugas di JKM, PNS
Terbaik Umar, student JKE PSIS yang mempunyai keunikan suara
Bergambar kenangan dengan Ketua Pengarah JPPKK
Bergambar kenangan dengan Pelajar-Pelajar PSIS yang telah membuat Persembahan sepanjang Majlis APC 2025
Tahniah buat semua Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JPPKK, KPT tahun 2025....
Semoga terus cemerlang pada masa-masa akan datang..
Tahniah Dan terima kasih buat urusetia yang telah menganjurkan Majlis ini dengan cemerlang...
Termasuk pelajar-pelajar Kelab Gema Mastika, JSKK, PSIS yang telah memberikan persembahan terbaik sepanjang berlangsungnya Majlis ini...
Boleh tengok persembahan-persembahan para pelajar Kelab Gema Mastika, JSKK PSIS yang sempat saya rekod dan kongsikan dalam video Tiktok di bawah Post ini..
Semoga bermanfaat..
Info berkaitan:
- Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Skala 2026, anjuran SME Corp. Malaysia
- Selamat Hari Pekerja 2026 dan 3 Berita Gembira Sempena Hari Pekerja...
- 20 Pekerjaan Popular Tahun 2030 dan Kursus yang berkaitan
- KURSUS ASAS PENERBITAN BUKU DIGITAL DI INSTUN TANJUNG MALIM PERAK
- Syukur Alhamdulillah... Genap 20 tahun dalam Perkhidmatan...
- Update Terkini dari AI Academy : AI Affiliate Club
- Platform Threads Lubuk Baru Usahawan Internet Menjana Pendapatan...
- Brisk Walk : Update Sukuan 1 Tahun 2026
@muhamadanuarmarsib Sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025, PICC Putrajayaa.. .. Tahniah buat semua Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, JPPKK, KPT tahun 2025.... semoga terus cemerlang pada masa-masa akan datang.. .. Tahniah Dan terima kasih buat urusetia yang telah menganjurkan Majlis ini dengan cemerlang... Termasuk pelajar-pelajar Kelab Gema Mastika, JSKK, PSIS yang telah memberikan persembahan terbaik sepanjang berlangsungnya Majlis ini... .. #APC #APC2025 #anugerahperkhidmatancemerlang #PSIS #JPPKK ♬ MY PRAYER FOR YOU DEAR - MSC



















0 Ulasan