Cara Terbaik nak Turunkan Berat Badan ialah Berpuasa di Bulan Zulhijjah...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang kita telah pun berada di Bulan Zulhhijah 1447H. Bulan yang penuh keberkatan kerana di dalamnya terdapat banyak amalan-amalan ibadah yang mempunyai pahala yang besar seperti Ibadah Haji (Rukun Islam ke Lima), Ibadah Korban, Hari Raya Aidil Adha (Ada Solat Sunat Aidil Adha), puasa-puasa sunat, dan lain-lain.

Salah satu perkara yang sangat menarik untuk saya kongsikan ialah berpuasa sunat pada sepuluh hari pertama Zulhijjah, merupakan antara waktu yang paling disukai Allah untuk beramal soleh. Puasa pada hari-hari ini, terutamanya Hari Arafah, dijanjikan ganjaran pahala yang besar dan pengampunan dosa.


Cara Terbaik nak Turunkan Berat Badan ialah Berpuasa di Bulan Zulhijjah

Cara Terbaik nak Turunkan Berat Badan ialah Bepuasa Di Bulan Zulhijjah
Cara Terbaik nak Turunkan Berat Badan ialah Bepuasa Di Bulan Zulhijjah

Ini berdasarkan pendapat peribadi dan pengalaman diri saya sendiri yang mana puasa sunat Bulan Zulhijjah ni tiada daya tarikan makanan yang sama seperti semasa kita berpuasa Wajib di Bulan Ramadhan dan semasa kita berpuasa sunat di Bulan Syawal. 

Berat badan saya semasa berpuasa di bulan Ramadhan naik disebabkan adanya:
  • Bazar Ramadahan yang menjual pelbagai jenis makanan yang menyelerakan. Hari ni makan Menu A, B dan C.. Esok makan Menu D, E dan F.. Lusa makan menu G, H dan I dan seterusnya hingga cukup sebulan.. ;) Macam manalah berat badan tu tak naik?
  • Disebelah malam pula ada Moreh. Sempena hari Pertama Ramadhan, malam ni ada Moreh menu special... Sempena malam kedua Ramadhan ada menu special sempena Tahlil arwah.. Sempena malam ketiga Ramadhan ada CSR masak gotong-royong menu special untuk moreh macam ni.... begitulah seterusnya hingga cukup 30 Ramadhan..

Berat badan saya semasa berpuasa sunat di bulan Syawal naik disebabkan adanya:
  • Jamuan-jamuan raya bulan Syawal. Untuk yang nak berbuka puasa pun ada disediakan makanan berbungkus.
  • Stok makanan bulan Syawal yang sentiasa ada.

Syukur Alhamdulillah...
Kita duduk dekat Malaysia penuh dengan nikmat makanan yang melimpah ruah..

Tapi.. Satu-satunya puasa setakat ini yang Alhamdulillah boleh menurunkan berat badan saya ialah  Berpuasa Sunat di Bulan Zulhijjah disebakan 
❌ Tiada Bazar Ramadhaan
❌ Tiada Moreh
✅ Bersahur Ala kadar seperti Bersarapan pagi 
✅ Berbuka Ala Kadar seperti minum petang 
✅ Makan malam seperti Biasa

Kalau kita boleh buat perkara di atas semasa berpuasa sunat selama 9 hari (1-9 Zulhijjah)... In Shaa Allah, tak mustahil berat badan kita boleh turun beberapa Kilogram...

Boleh cuba...

Tapi syaratnya... Jangan ikut perangai seperti semasa kita berbuka puasa di Bulan Ramadhan... 
Memang tak jadi.. hahaha.. 

Kepada yang hendak berpuasa Sunat di Bulan Zulhijjah.. 
Berikut saya kongsikan 3 niat puasa sunat bagi bulan Zulhijjah iaitu:


Niat Puasa Sunat Zulhijjah
(1-7 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala”


Niat Puasa Sunat Tarwiyah
(8 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”


Niat Puasa Sunat Hari Arafah
(9 Zulhijjah)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”

 
Kesimpulannya, puasa sunat Zulhijjah ini amat digalakkan pada 1 hingga 9 Zulhijjah, khususnya pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) – khususnya bagi orang yang tidak mengerjakan Haji.

Puasa pada Hari Arafah juga mampu menghapuskan dosa setahun lalu dan akan datang.

📌 Tarikh Penting Zulhijjah 1447H / 2026
  • 1 Zulhijjah 1447H: 18 Mei 2026 (Isnin)
  • Puasa Sunat 1 – 9 Zulhijjah: 18 Mei hingga 26 Mei 2026
  • Hari Arafah (9 Zulhijjah): 26 Mei 2026 (Selasa)
  • Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah): 27 Mei 2026 (Rabu)
  • Hari-hari Tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah): 28, 29 & 30 Mei 2026

Semoga bermanfaat..


Info berkaitan:
@muhamadanuarmarsib Cara Terbaik Nak Turunkan Berat Badan ialah Puasa di Bulan Zulhijjah .. #Zulhijjah #AmalanHarian #FYP #puasazulhijah #PuasaSunat ♬ original sound - Ceqman_RB

Catat Ulasan

0 Ulasan