Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak kongsikan satu berita gembira... Pasti ramai orang suka dengar berita ni.. ;)

Untuk pengetahuan semua... Hari ni betul-betul harga emas Jatuh ke paras paling rendah dalam tempoh 5 tahun..

Sumber : Klik Di Sini


Bila difikirkan balik... Macam tak percaya, harga emas boleh jatuh serendah ini.. 

Kini saya mengakui kebenaran kata-kata tokey emas berbangsa Cina, yang pernah saya ceritakan dalam beberapa entri pelaburan emas sebelum ini... Termasuk entri bertajuk Pelabur emas jangan tersilap langkah - Azizi Ali (Jurulatih Jutawan Malaysia)


Sumber : Klik Di Sini

Hari ni harga emas dunia jatuh ke paras USD 1067.75 per Ounce.. 

Walaupun harga emas dunia dah jatuh teruk, Tapi kita tak dapat nak merasai perbezaan tersebut dengan baik, disebabkan duit Ringgit Malaysia dah jatuh teruk berbanding US Dollar.. 

Jom kita kira berapa sepatutnya anggaran harga emas dengan nilai Ringgit Malaysia sekarang ni...


1 Oz ( atau Troy Ounce) bersamaan 31.10 gram.


Harga pertukarang USD dengan Ringgit Malaysia sekarang ni (Rujuk Bank Negara Malaysia)
1 USD = RM4.3


maka harga emas di pasaran spot gold New york pada 23/11/2005 ialah:

RM4591.33 untuk 1 Oz/31.10 gram... 

atau bersamaan RM147.63 /gram

Itu anggaran harga sahaja, yang saya kira berdasarkan nilai ringgit semasa dengan nilai Mata Wang Dollar..

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan harga emas yang sebenar di tempat anda... Anda perlu mengunjungi kedai emas berhampiran...

Sekian... Semoga bermanfaat..

P/S : Kalau ada wang simpanan lebih, inilah masa terbaik untuk membeli emas..


Info Berkaitan: