Rabu, 6 Disember 2017

Suami ku Seorang Cleaner Homestay 'On Duty'

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Suami ku Seorang Cleaner Homestay 'On Duty' best jugak bunyi tajuk tu kan? mungkin boleh dijadikan sebagai kesinambungan episod terdahulu bertajuk Suami ku seorang 'Cleaner' Homestay.. 

Tapi tak bolehlah nak dijadikan sebagai tajuk novel... Hahaha.. 
Takper.. Bagi dulu laluan dekat Drama bersiri yang tengah hot sekarang ni "my coffee prince" lakonan Fattah Amin tu... (Drama Korea yang ditukar ke Versi Melayu)...  

Sumber : Klik Di Sini

Suami ku Seorang Cleaner Homestay 'On Duty' 

Semuanya berlaku dengan cara kebetulan sahaja...

Kebetulan pula pada minggu lepas, tiba-tiba "terasa rajin" nak mengemas Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak dan Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat).

Bukan selalu saya rajin macam ni.. Kalau tak percaya, boleh tanya isteri saya.. ;)

hehehe.. 

Mengemas Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak pada jam 8.30 malam, 1 Disember 2017

Kebetuan pada 1 Disember 2017 cuti Maulidur Rasul..

Keesokan harinya, 2 Disember 2017 ada jemputan kenduri di rumah sepupu isteri saya dekat Tronoh, Perak... Jadi, sambil-sambil singgah ke Seri Iskandar Perak dapatlah luangkan sedikit masa untuk mengemas sendiri Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak.. 

Gambar-gambar aktiviti saya sewaktu mengemas Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak..

Tak lama pun masa yang diperlukan untuk mengemas Pak Ya homestay di Seri Iskandar.. Dalam tempoh satu jam hingga satu jam setengah dah siap..

Lepas tu dah boleh berehat, tidur simpan tenaga untuk aktiviti keesokan harinya...

Mengemas Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat) pada jam 3.00 petang, 2 Disember 2017

Keesokan harinya, setelah selesai menghadiri kenduri di rumah sepupu isteri saya dekat Tronoh, Perak... Kami ada misi kedua yang perlu diselesaikan iaitu untuk Mengemas Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat)

Dalam keadaan kekenyangang... Maklumlah dekat kenduri makan sedap.. Ditambah pula dengan melayan kerenah anak-anak... Dalam pukul 3.00 petang baru misi kedua dapat mula dilaksanakan..

Mengemas Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat) tidak semudah ketika mengemas Pak Ya Homestay di Seri Iskandar Perak.. Walaupun rumah setingkat, tapi rumah ni cepat berhabuk dan lantai cepat berdebu..

Tapi tu semua tak ada masalah... Biar "Abang Cleaner Homestay yang tolong selesaikan".. Pasti meluat isteri saya bila baca statement ni... hahaha..

Gambar-gambar aktiviti saya sewaktu mengemas Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat)..

Alhamdulillah... Dalam Tempoh 2 jam lebih kami berjaya menyelesaikan kerja-kerja mengemas Homestay...

Walaupun penat, tapi rasa puas hati bila tengok keadaan homestay yang bersih dan kemas... Baru rasa selesa nak lelapkan mata pada malam tersebut... ;)

Oklah... Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini... Jumpa lagi di lain waktu...
Kalau ada sebarang urusan datang ke Seri Iskandar atau Batu Gajah Perak, jemputlah menyewa di Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak dan Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat).
P/S: Harap adalah mana-mana Novelis atau pengarah filem yang sudi membaca blog saya... Mana tahu dapat rezeki jadi pelakon undangan dalam Filem atau hero dalam Novel bertajuk "Suami ku Seorang Cleaner Homestay".. Hahaha.. Jangan marah no.. Gurau-gurau jer..



Info Berkaitan:


5 ulasan:

  1. What you're oral communication is completely true. i do apprehend that everybody ought to say an analogous issue, but I merely assume that you that you merely simply place it in associate degree extremely methodology that everyone can understand. i'm positive you will reach such plenty of oldsters with what you've got to say.

    BalasPadam
  2. Bagus jugak tu bolehlah juga keluarkan peluh setitik dua..

    BalasPadam
  3. Tahniah tuan, anda anda ciri jejaka idaman manca negara. Btw, perlukan servis cleaner boleh hubungi saya. boleh kita bersama kembangkan perniagaan offline kita. :-)

    BalasPadam
  4. jenuh juga nak mengemas tu..kalau rumah sendiri 2 hari tak cukup

    BalasPadam
  5. I definitely comply with some points that you just have mentioned on this post. I appreciate that you just have shared some reliable recommendations on this review.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra