Sabtu, 11 November 2017

Pengalaman pergi ke Malaysia Autoshow 2017 di MAEPS Serdang

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Malaysia Autoshow 2017 sedang berlangsung pada ketika ini di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Event yang mempamerkan koleksi kereta-kereta keluaran jenama tempatan dan luar negara ini diadakan selama 3 hari, bermula pada 10 hingga 12 November 2017.

Pengalaman pergi ke Malaysia Autoshow 2017 di MAEPS Serdang

Ini merupakan kali pertama saya dan isteri berpeluang menghadiri event seumpama ini.. juga kali pertama kami menjejakkan kaki ke MAEPS, Serdang.. Sampai sahaja di kawasan MAEPS ni tentulah rasa teruja.. Terutamanya bila tengok kawasan MAEPS ni yang luas dan menarik.. Anak perempuan saya Naila juga suka datang ke MAEPS ni. ;)

Saya bersama isteri dan Naila di Malaysia Autoshow 2017, MAEPS, Serdang

Alhamdulillah.. kebetulan pula ada kawan bagi tiket masuk ke Malaysia Autoshow 2017 secara Percuma. Orang dah bagi percuma, kenalah ambil.. Kata orang rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari... Jadi, kami gunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya..

Kehadiran kami ke MAEPS boleh dikatakan percuma, Cuma kami kena keluarkan duit parking kereta.. 

Terdapat dua pilihan nak parking kereta. Nak bayar parking kereta murah atau mahal? Seperti biasa, setiap pilihan yang dibuat pasti ada kelebihan dan kekurangannya.. Kalau nak murah parking jauh sikit, cuma perlu bayar RM5 sahaja. Kemudian boleh naik bas mini yang disediakan kalau tak larat nak jalan kaki jauh-jauh.

Kalau nak parking dekat dengan hall A, di mana berlangsungnya Malaysia Autoshow 2017, boleh parking dekat dengan dengan hall B. Bayaran yang dikenakan agak mahal iaitu RM15/entry.

Hari tu disebabkan nak cepat dan mudah, saya parking kereta berdekatan dengan Hall A... Bayar parking RM15.. yang penting dapat memberi keselesaan kepada puan isteri dan Naila..

Apa yang menarik di Malaysia Autoshow 2017?

Di Malaysia Autoshow 2017, pengunjung berpeluang untuk melihat sendiru pelbagai koleksi kereta menarik daripada pengeluar berjenama besar seperti BMW, Volvo, Mercedes-Benz, Wolsagen, Nissan, Mazda, Subaru, Ford, Toyota, Honda, Kia, Peugeot, Hyundai, Proton, Produa dan juga pengeluar-pengeluar motorsikal superbike.

Kereta menarik keluaran Kia

Kereta Subaru

Kereta Toyota

Kereta Mazda

Kereta Peugeot

Proton Perdana V6 menggunakan Teknologi Honda

Cantikkan Perdana V6 ni?


Proton Perdana V6 boleh didapati dengan kapasiti enjin 2.0 dan 2.4


Kereta Volvo



Kereta Mustang

Kereta Mercedes-Benz

Kereta Mustang


Kereta Produa terbaru di pasaran.. Surprise!!


Rangka kereta Proton

Proton Preve yang telah di modified
Toyota

Koleksi Motor Superbike

Dan terdapat pelbagai lagi koleksi kereta dan motorsikal menarik, yang pastinya dapat menarik minat pengunjung untuk menghadiri Malaysia Autoshow 2017.. 

Selain itu, terdapat juga permainan game yang melibatkan kerata (simulasi memandu kereta). Disamping itu, para pengunjung juga berpeluang untuk menyertai sesi uji pandu pelbagai jenis kereta yang diadakan di luar dewan A.

Disebabkan kesuntukan masa, saya tak sempat nak menyertai sesi uji pandu kenderaan yang diadakan di Malaysia Autoshow 2017.. tapi, takperlah.. bagi saya dapat peluang pergi ke sana pun dah kira ok dah..

Sebelum balik, sempat bergambar dengan hadiah utama yang disediakan untu pengunjung bertuah, uaitu berupa sebuah kereta Peugeot 208... untuk berpeluang memenangi hadiah ini, tertakluk kepada terma dan Syarat..

Hadiah utama yang disediakan kepada pengunjung bertuah berupa Peugeot 208. T&C

Nak tahu apa syaratnya?

Kenalah datang sendiri ke Malaysia AutoShow 2017 yang bertempat di MAEPS, Serdang. Ada 2 hari sahaja lagi, iaitu hari ni dan esok.. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang ke sana..

Ok.. setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ni.. jumpa lagi di lain waktu.. sekian..

8 ulasan:

  1. steady ni ada hadiah kereta..boleh cuba nasib.
    mana tahu ada rezeki Allah nak bagi bawak balik kereta free nanti :)

    BalasPadam
  2. Adik saya pun pergi, seronok teruja anak-anak sedara lihat kereta yang hebat-hebat

    BalasPadam
  3. wah syoknya pegi tengok kete..
    takde yang berkenan ke?

    BalasPadam
  4. Pergh main mantap kereta2 kat autoshow ni..

    BalasPadam
  5. dapat sembat satu kereta..

    kenangan manis sampai mati untuk diingat.

    BalasPadam
  6. Memang best pergi autoshow ni.. nak nak yg kaki kereta..

    BalasPadam
  7. Menarik Perdana V6 tu , kena pula warna merah

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra