Khamis, 28 September 2017

Rekod Jualan melebihi RM350K dalam tempoh 5 Hari dan 2 Rekod jualan Terbaru Affiliate Tempatan

with 12 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 16 hingga 20 September yang lalu, berlangsungnya satu cabaran Affiliate dalan niche kerjaya Graduan.

Cabaran Affiliate tersebut berlangsung dengan cukup meriah. Jualan demi jualan berjaya dihasilkan oleh ejen-ejen affiliate sehingga rekod jualan keseluruhan bagi satu produk melebihi RM350K dalam tempoh 5 hari sahaja

Tahniah diucapkan kepada ejen-ejen affiliate yang telah mengambil bahagian dalam cabaran affiliate kali ini. Terutamanya Tuan Megat Syafferizul dan Tuan Muhammad Suhaili kerja berjaya menghasilkan rekod terbaru Affiliate tempatan (Tim Infokerjaya) dalam tempoh 5 hari,  dengan rekod jualan masing-masing sebanyak RM86,420 dan RM66,920. TAHNIAH!!


Tumpang gembira melihat kejayaan mereka..
Kalau ikutkan hati memang nak turut serta dalam cabaran affiliate kali ni..
Tapi apakan daya, keadaan masa dan komitmen kerja tidak mengizinkan....

Kebetulan pula waktu ini merupakan waktu yang tersangat sibuk untuk saya dengan pelbagai urusan kerja antaranya:
  • Urusan Disiplin Pelajar
  • Raptai Konvokesyen
  • Hari Malaysia
  • Menguruskan pendaftaran dan Tatarias Graduan semasa Majlis Konvokesyen PSIS kali ke 12
  • Aktiviti Keusahawanan Pelajar (Rock Melon)
  • Program Kecemerlangan Catur untuk Politeknik Malaysia 
  • dan lain-lain

Raptai Konvokesyen PSIS

Terlibat dengan Aktiviti keusahawaan Pelajar sempena Majlis Konvokesyen PSIS kali ke 12
Sebahagian aktiviti Hari Malaysia 
Penyertaan Team Catur PSIS dalam PMSICO
Mengurus Tatarias Graduan semasa Majlis Konvokesyen PSIS
Persiapan Program-Program Kecemerlangan Catur untuk Politeknik Malaysia 

Sibuknya saya masa ni... Hahaha..  Tak tahu nak kata apa dah.. 

Memang tak sempat nak kumpul List untuk bersaing dalam cabaran Affiliate kali ni..

Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah.. berjaya juga buat satu jualan.
Itu pun melalui satu post di Fanpage..

Itu sahaja yang sempat saya buat sepanjang berlangsungnya cabaran ini..


Ada juga cuba blast email sekali  di saat-saat akhir cabaran ini. Tapi tanpa list yang  berjaya dikumpul, usaha tersebut pastinya tidak mendatangkan hasil... Huhuhu.. Sedihnya...

Takperlah... Dah bukan rezeki saya pada masa tu nak buat macam mana..

Rezeki yang dah lepas tu jangan dikenang... Kita terus positif memandang ke hadapan.. Semoga ada peluang lain di masa akan datang...

Bagi yang baru pertama kali nak buat duit secara online melalui affiliate seperti ejen-ejen affiliate di atas, saya syorkan anda baca teknik-teknik yang dikongsikan oleh sifu-sifu yang saya senaraikan di bawah:

Jadi, tak rugi sekiranya kita nak menuntut ilmu daripada mereka.. Mana tahu lepas ni rezeki anda pula tersenarai dalam carta top 10 cabaran-cabaran affiliate tempatan..

Oklah... Setakat ni sahaja perkongsian saya pada kali ni... Jumpa lagi di lain waktu..
Semoga anda mendapat manfaat melalui perkongsian ini..

Info Berkaitan: 

12 ulasan:

  1. Tahniah kepada yang berjaya mencapai rekod jualan melebihi RM350k dalam lima hari. Teuskan usaha buat yang lain.

    BalasPadam
  2. terbaiklah..dimana ada kemahuan disitu ade kekayaan yeaaahh

    BalasPadam
  3. Memang hebat. Kalau strategi marketing yang hebat dengan email list yang mantap pasti boleh berjaya kan

    BalasPadam
  4. tak ada masalah tu tuan..

    utamakan kerja hakiki..

    lagikan blog dah boleh auto pilot..

    BalasPadam
  5. Kerja hakiki pun penuh jadual ya. Namun tetap ada sales tu bagus lah

    BalasPadam
  6. Tahniah kepada semua, usaha yang gigih pasti hasilkan keputusan yang menakjubkan itulah kemanisan sebuah kejayaan

    BalasPadam
  7. saya nih tak sempat pulak.. tengoklah kawalan traffic udara..

    BalasPadam
  8. mmg sangat sangat hebat.. tak terkejar ni

    BalasPadam
  9. Wow, hebatnya mereka! Terima kasih share info tentang affiliates ini...

    BalasPadam
  10. Tahniah dan semoga bertambah sukses lagi pada masa hadapan

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra