Isnin, 28 Ogos 2017

Teknik nak dapatkan RM30 Ribu untuk Kahwin dan Beli Kereta Tanpa Personal Loan

with 21 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ini Tok Penghulu ada share satu info penting tentang ‘Rahsia’ seorang lelaki yang berjaya beli rumah pertama beliau dan dapat diskaun RM30 ribu
"Bagaimana Tuan Khairul Ezuwan  mencari jalan untuk beli rumah pertama pada usia 23 tahun. Biasanya untuk orang usia 23 tahun, banyak cari alasan untuk tidak beli rumah. Pengalaman membeli hartanah pertama di Shah Alam. Paling best, macam mana Tuan Khairul Ezuwan beli rumah dan dapat diskaun RM30 ribu.Rumah yang beliau beli bukannya rumah baru tau. Tapi subsale." - Tok Penghulu
Bayangkan kalau anda beli rumah dapat diskaun RM30 ribu, duit penjimatan ini dapat anda gunakan untuk beli banyak benda bermanfaat. Termasuk Kahwin dan beli kereta secara tunai. Tapi kereta second hand lah. Bukan kereta baru!

Sumber : Klik Di Sini

Bila baca perkongsian daripada Tok Penghulu ni, mengingatkan saya kepada cerita lama.. Tentang pesanan saya kepada seorang pelajar perempuan yang minta Tips daripada saya macamana nak lekas kumpul duit nak kahwin... 


"Encik Anuar, Encik ada Tips tak Macammana nak suruh bakal suami saya cepat kumpul duit supaya kami dapat lekas kahwin?" - Pelajar Perempuan

Ya! Itu tips yang pelajar perempuan ni minta daripada saya semasa di akhir semester pengajian beliau di politeknik. 

Jawapan saya masa tu hampir sama dengan jawapan TOK PENGHULU.. Tapi tak tahulah samada dia ikut ke tak cadangan saya tu... cuma yang pasti semasa hari Raya Aidilfitri baru-baru ni dia dah pun mendirikan rumah tangga dengan pasangan hidupnya... Alhamdulillah...

Nasihat Saya Kepada Pelajar yang nak cepat Kahwin selepas menamatkan Pengajian

1. Jangan Beli Kereta atau Motor terlebih dahulu 

Gunakan sahaja pengangkutan awam atau guna sahaja motor yang anda gunakan semasa belajar (Ramai pelajar ada motor semasa belajar di IPT)

2. Tumpang rumah keluarga atau sewa rumah termurah (nak jimat sewa rumah dengan kawan-kawan bujang)

Cuba kurangkan komitmen bulanan untuk sewa rumah.

3. Elakkan buat aktiviti yang perlukan kos yang banyak supaya anda berpeluang untuk buat banyak simpanan daripada wang gaji anda

Boleh dapatkan tips bagaimana nak merancang perbelanjaan bulanan dan harian melalui artikel ini -> Mulakan dengan Berjimat kalau nak hidup SENANG! 
Katakan anda dapat kumpul duit RM1,000 sebulan setelah amalkan Tips yang saya kongsikan dalam artikel di atas. Nak kahwin anda perlukan wang tunai sekurang-kurangnya RM20,000 (Paling murah). Jadi nak kumpulkan RM20,000 memakan masa selama 2 tahun. Jadi, bagaimana kalau nak kumpul duit kahwin lebih cepat daripada 2 tahun?

Jawapannya Beli Rumah. Tapi, sebelum beli rumah anda kena ikut Tips yang saya kongsikan di bawah.

4. Pilih loan Yang Betul

Pastikan loan pertama yang anda buat dengan bank adalah loan rumah. Bukan loan kereta. Ini adalah kerana loan kereta akan menyebabkan komitmen anda semakin tinggi dan kelayakan di pihak bank untuk beli rumah semakin berkurangan. 

5. Beli Rumah yang dah siap (Subsale) untuk Mendapatkan "Wang Tunai Dalam Tangan" dengan kadar Segera

Beli Rumah yang dah siap (Rumah subsale) di bawah harga pasaran, supaya boleh dapat wang tunai dalam tangan dengan kadar segera. "Wang Tunai dalam tangan" tersebut, bolehlah anda gunakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda dengan secepat yang mungkin.. ;)

Sebagai Contoh, boleh tengok beberapa bukti yang dapat saya kongsikan. Bagaimana anda boleh dapatkan Wang Tunai dalam tangan dengan kadar segera setelah anda mula bekerja?



Contoh Beli rumah Subsale dan dapat Wang Tunai dalam tangan sebanyak RM20,000

Contoh Beli rumah Subsale dan dapat Wang Tunai dalam tangan sebanyak RM30,000 (Harga masih boleh Nego lagi tu... Kalau pandai nego boleh dapat kurangkan harga lagi)

Contoh Beli rumah Subsale dan dapat Wang Tunai dalam tangan sebanyak RM40,000

Contoh Beli rumah Subsale dan dapat Wang Tunai dalam tangan sebanyak RM150,000
(Harga masih boleh Nego lagi tu... Kalau pandai nego boleh dapat kurangkan harga lagi)

Macamana anda nak dapatkan peluang beli rumah Subsale seperti contoh-contoh yang saya kongsikan di atas?

Baiklah, saya kongsikan sumber-sumbernya...

Antara sumber info nak dapatkan rumah di bawah harga pasaran ialah:
  1. Melalui Portal/Website Hartanah
  2. Networking, antaranya melalui Lawyer, banker, dan sebagainya
  3. Real Estate Agent/Agency
  4. Group Hartanah di Media Sosial
  5. Iklan-iklan di Pokok, Tiang lampu, Bus Stop & Kedai Runcit
  6. Di Jabatan Imigresen - kalau ada rezeki anda akan dapat "desperate Seller" daripada pemilik rumah yang perlu menjual tanah disebabkan nak migrate ke oversea
  7. Pejabat Agama - Tempat orang nak failkan cerai dan ada sesetengah pasangan "desprate" nak jual rumah sebelum berpisah
  8. Rumah Mayat Hospital - Tempat mereka yang kehilangan keluarga

Walaubagaimanapun, terlebih dahulu anda perlu tahu market value bagi rumah di kawasan yang anda inginkan kerana jika anda tak tahu tentang market value di kasawan tersebut, mana mungkin anda boleh cari rumah di bawah harga pasaran.

Jadi, kalau anda ada ilmu dalam pelaburan hartanah ( Ilmu dalam pembelian rumah Subsale) sebenarnya mudah untuk dapatkan Cash Money dengan secepat yang mungkin untuk segerakan majlis perkahwinan anda.

Nak dapatkan ilmu ini kena belajar. Kalau anda tahu cara-cara nak nego dengan pemilik rumah, boleh membantu anda untuk beli rumah Subsale tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. Dahlah tak perlu keluarkan modal, dapat pula cash money beberapa puluh ribu dalam tangan. Siapa tak nak kan dapat rezeki macam ni?

Berminat tak nak kumpulkan duit nak kahwin dengan cepat?
kalau berminat -> BACA DI SINI

21 ulasan:

  1. Menarik artikel ini tuan..

    Kawal cashflow.. In shaa Allah boleh.

    Nak kawal cash flow wajib belajar

    BalasPadam
  2. menarik! yg payah nak kawal diri utk berbelanja suka2 tu..hehe. good tips!

    BalasPadam
  3. Bukanmudah untuk orang mudah untuk kumpul RM30 ribu.. tapi berkaitan kecekalan dan kemahuan yang tinggi pasti boleh

    BalasPadam
  4. Menarik ni. beli rumah subsale simpan beberapa tahu

    nak kahwin jual dah dapat duit cash nak kahwin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah tu.. tak perlu jual rumah.. beli rumah dpt cash money disebabkan perbezaan harga jual dan harga pasaran

      Padam
  5. kena belajar juga pasal hartanah ni..memang zero knowledge terus pasal benda ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang la masa yang sesuai untuk belajar...

      kalau bertangguh lagi lama la nak tahu kan kan..

      Padam
  6. Terbaik bro perkongsian ini
    Bolehlah saya turut sekali amalkan teknik-teknik yang bro listkan tu

    BalasPadam
  7. Memang ramai muda-mudi yang sangkut bab-bab duit ni. Lebih-lebih lagi duit khawin..Sampai sanggup buat loan puluh ribu untuk majlis khawin yang grand-grand..Lepas khawin, baru terasa bebanan.. Kalau tak diurus dengan baik, boleh jadi punca stress pulak selepas berkhawin ni..

    BalasPadam
  8. selesaikan satu satu..elakkan dari berhutang itu panduan berguna utk adik adik yang baharu ingin memasuki alam berdikari huhu

    BalasPadam
  9. Kereta tak dapat nak pisahkan lagi so kena beli terus senang nak gerak sana sini.

    Kawen tu biar dulu, fokus pada mak ayah dulu.

    BalasPadam
  10. Saya kahwin dulu, kemudian menyewa. Lepas tu beli kereta. Selang 3-4 tahun, beli rumah.
    By the way setiap orang ada cara yang tersendiri

    BalasPadam
  11. Kalau baca masa belum kawin dah ada banyak rumah den ni. huhuh

    BalasPadam
  12. wow tipsnya! tp memang pun kena ada ilmu utk setiap apa pun bisnes yang diuruskan.

    BalasPadam
  13. nak kawin 2 lagi pun cukup lah bila di tempat kami ni tuan

    BalasPadam
  14. Berkat kemahuan dan kecekalan, pasti boleh kahwin awal ;)

    BalasPadam
  15. Menarik juga info cara nak dapatkan rumah bawah harga pasaran ni.

    BalasPadam
  16. Kawan saya begitu komited belajar ecom untuk cari duit nak kawen, akhirnya berjaya juga. Best buat duit USD. Apa pun tips sangat menarik, thanks admin sharing :)

    BalasPadam
  17. beli rumah, jangan beli kereta. okay...

    BalasPadam
  18. ramai kata beli rumah, jangan beli kereta ya. tips dari ramai sifu pun mmg camni. kenapala saya baru tahu tips ni. huhu

    BalasPadam
  19. Dulu masa nak beli rumah pertama memang tak da ilmu langsung pasal hartanah. Bila dah ada ipmu, aduhai rasa rugi pulak beli kereta then beli rumah

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra