Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah... pada 2 hari lepas saya berkesempatan untuk mendengar ceramah Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Adnin Roslan dari Team Tarbiah Sentap.
Sebelum ni biasa juga dengar tentang Tarbiah Sentap. Pertama kali tahu tentang kewujudan team Tarbiah Sentap ni melalui rakan blogger saya iaitu muazfaris.com. Semasa 2 atau 3 tahun lepas kalau tak silap saya.
Tapi, masa tu sekadar tau macam tu sahaja. Belum berkesempatan untuk explore dengan lebih lanjut tentang Team ini.
Tapi, baru-baru ni bila ada student saya kata, mereka nak panggil Ustaz Adnin Roslan dari Tarbiah Sentap bagi ceramah di PSIS. Saya rasa cukup berminat. Saya sokong 100% cadangan mereka.
Dengan izin Allah S.W.T, akhirnya Ustaz Adnin Roslan bersama dua orang rakan beliau dari Team Tarbiah Sentap telah pun selamat menjejakkan kaki ke bumi PSIS pada tanggal 28 Ogos 2017.
Ustaz Adnin Roslan dari team Tarbiah Sentap dengan penuh semangat memberi ceramah kepada warga PSIS
Walaupun kehadiran beliau pada malam tersebut agak lambat daripada masa yang telah dirancang, tetapi kehadiran mereka tetap dinantikan oleh seluruh warga PSIS dengan sabar.
Akhirnya, majlis tersebut telah dimulakan selepas solat Isyak di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih Ustaz Adnin Roslan dan Team Tarbiah Sentap kerana sudi juga meluangkan masa bersama warga PSIS walaupun sibuk dengan pelbagai undangan ceramah di seluruh negara.
Ustaz Adnin Roslan berjaya menarik perhatian pendengar dengan penyamaian yang bersahaja tetapi rasa "Sentap" sehingga ke lubuk jiwa
Betul seperti apa yang diperkatakan oleh Ustaz Adnin Roslan sebelum memulakan ceramah beliau.
"Tarbiah adalah dakwah atau penyampaian untuk mengajak manusia ke arah kebaikan.. Sentap pula adalah RESPON. Bermakna, hati orang yang beriman, apabila menerima teguran dan nasihat atau apabila di bacakan ayat-ayat Allah, hati mereka akan gementar, sentap, tersentuh, dan yang sama waktu dengannya. Kadang tu dengan ayat-ayat belaian dan lembut pun boleh sentap." - Ustaz Adnin Roslan-
Perkatakaan SENTAP diaspirasikan oleh Ustaz Adnin Roslan sendiri dengan merujuk kepada ayat 2 dalam surah Al-Anfal :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah GEMENTARLAH hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal..” Surah Al-Anfal ayat 2
Setelah selesai mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Adnin Roslan dan berbincang dengan Ustaz Azli yang lebih arif tentang aktiviti kerohanian di Pusat Islam, dapatlah saya rumuskan akan kebenaran tentang TARBIAH SENTAP..
Rumusan Ceramah Ustaz Adnin Roslan (Tarbiah Sentap) di PSIS
Zaman sekarang dah tak semacam dulu... Anak-anak muda zaman sekarang dah tak seperti anak-anak muda di zaman dulu... Minda atau pemikiran anak-anak muda zaman sekarang sudah tidak lagi dapat dilentur dengan nnasihat atau penyampaian yang biasa-biasa sahaja untuk mengajak mereka melakukan perkara kebaikan dan meninggalkan keburukan.
Bukan semua anak-anak muda macam tu. Tapi sebahagian besarnya memang macam tu. Tidak dapat dinafikan lagi.
Ini disebabkan minda atau pemikiran anak-anak muda zaman sekarang sedang dijajah oleh media massa tanpa mereka sedar. Begitu mudah mereka (Golongan Yahudi dan Nasrani) melakukan penjajahan minda kepada anak-anak muda Islam di zaman teknologi digital ni.. iaitu dengan menggunakan platform hiburan sahaja.
Melalui lagu, melalui drama-drama, melalui filem-filem, melalui laman-laman web, dan melalui media-media sosial... Strategi mereka Berjaya!!
Melalui cara-cara ini sahaja sudah cukup untuk mereka menjajah kita terutamanya melalui anak-anak muda Islam, tanpa perlu membawa senjata dan kekerasan seperti yang pernah mereka lakukan kepada nenek moyang kita dahulu.
INGAT!!! Kita Pernah dijajah selama 446 tahun..
Kita pernah dijajah semenjak dari tahun 1511 sehingga tahun 1957.
Kita telah dijajah oleh Portugis, Belanda, British, komunis dan Jepun.
Semasa kita dijajah nenek moyang kita dah merasai pelbagai penderitaan antaranya..
- Ada nenek moyang kita yang pernah di sula hidup-hidup
- Ada nenek moyang kita yang pernah dipancung
- Ada nenek moyang kita yang pernah disiat kulit hidup-hidup
- Ada nenek moyang kita yang pernah di rogol
- Ada nenek moyang kita yang pernah diseksa sampai mati
- Ada nenek moyang kita yang pernah dibakar hidup-hidup
- Ada yang pernah dipotong-potong daging
- dan sebagainya...
Di atas pengorbanan, kesengsaraan dan perjuangan nenek moyang kita pada hari ini Alhamdulillah hari ni kita dapat lahir dalam Islam... Kita dapat membesar dalam suasana Islam.. Jadi, Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka, kita seharusnya pertahankan Nur Islam yang ada dalam diri kita dan keluarga kita dengan sebaik-baiknya..
Gambar kenangan bersama Team Rakan Pusat Islam PSIS dan Ustaz Adnin Roslan
Disebabkan pengaruh media massa, ramai di kalangan kita sebenarnya dijajah secara mental..
perkara yang sebenarnya buruk dan teruk mengikut pandangan dan hukum Islam, tetapi di mata kita ianya nampak baik.
Sebagai contoh perempuan yang tidak menutup aurat dah biasa sangat di lihat oleh kaum lelaki bukan muhrim di televisyen. Walaupun sebenarnya apa yang kita tengok tu haram, tapi kita tetap tengok..
Adengan lelaki dan perempuan berpegangan tangan biasa sahaja kita tengok dalam televisyen.
Adengan lelaki dan wanita berciuman memang dah biasa sangat ada dalam filem-filem barat.
KPOP, Filem-filem dan drama-drama Korea mempersembahkan barisan-barisan pelakon yang kacak, handsome dan seksi untuk merobek pandangan mata peminat setia terutamanya golongan wanita..
Drama-drama dan lagu-lagu melayu pula sibuk dengan adengan-adengan cinta yang melalaikan. Walaupun keadaan ini dianggap ringan, namun Adengan-adengan yang dipertontonkan boleh mendorong sama penonton untuk melakukan seperti apa yang mereka tonton atau dengar. Sehinggakan kita yang menonton dan mendengarnya menganggap itu perkara biasa. Sedangkan didikan sebenar dalam islam tidak seperti itu!
Bila ada ustaz, ustazah, cikgu, emak, ayah, abang, kakak, rakan sebaya dan sebagainya yang cuba menasihati mereka dengan baik mereka tak nak dengar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kadangkala mereka menganggap orang yang cuba nak menasihati mereka dianggap "Busy body"! sibuk nak jaga tepi kain orang lain.
Tapi, tanpa mereka sedari bahawa orang-orang yang selama ini "Busy body" itulah orang-orang yang menyayangi mereka.
Dan biasanya mereka akan tersedar, bila nasi sudah menjadi bubur. Bila mereka ditangkap berkhalwat. Bila mereka ditinggalkan kekasih.. Bila mereka didapati hamil anak luar nikah... Masa tu barulah mereka akan ingat insan-insan tersayang termasuk Allah S.W.T yang sentiasa memberi nikmat dalam setiap nafas kehidupan kita di muka bumi ini..
Terlalu banyak masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam kita pada hari ini yang perlu di berikan perhatian oleh semua pihak antaranya:
- Sex Bebas
- Berzina
- Hamil tanpa ikatan perkahwinan yang sah
- Pembuangan Bayi
- Ketagih menonton filem lucah
- Pengambilan dadah
- Minum Arak
- Berjudi
- Penceraian
- Sumbang Mahram
- Murtad
- dan sebagainya..
Kebanyakannya berpunca daripada pengaruh media-media sosial yang cukup membimbangkan...
Lepas dengar... Biar Sampai Sentap... RASA sehingga bergetar ke seluruh jiwa
Jadi, disinilah peranan Team TARBIAH SENTAP. iaitu untuk membuka minda anak-anak muda supaya dapat menjauhkan perkara yang dilarang dan mengajak mereka melakukan kebaikan dengan cara mereka sendiri...
Kalau selama ini anak-anak muda ini dah biasa diberikan nasihat, dah biasa mendengar ceramah-ceramah agama, dah biasa diberikan motivasi secara berkhemah tapi tak menampakkan sebarang hasil. Mungkin cara penyampaian kita sudah tidak lagi releven dengan minda dan jiwa anak-anak muda pada zaman sekarang...
Mereka perlukan penyampaian yang lebih agresif supaya betul-betul dapat "CLOROX" Minda anak-anak muda secara menyeluruh... Yurp... Satu cabaran.. Bukan semua orang mampu melakukannya... Perlukan bakat dan latihan untuk membuat satu penyampaian sehingga sampai ke tahap ini..
Anda sudah rasa Tersentap... BAGUS!!!..
Semoga hidayah Allah S.W.T sampai ke dalam diri kita.... In Shaa Allah...
Saya terkesan mendengar cermah Ustaz Adnin Roslan yang lebih bersifat dari hati ke hati..
Dari hati seorang remaja (seumpama seorang sahabat karib) memberi nasihat kepada seorang rakan.
"Menembak jauh ke dasar hati" dengan pertuturan yang simple... Kena dengan "selera" dan jiwa anak-anak muda..
Semoga segala ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Adnin Roslan kepada seluruh warga PSIS dalam ceramah beliau, dapat menjadi panduan kepada kita untuk menjalani kehidupan yang lebih baik lagi. Kita tidak berharap untuk menjadi sebaik nabi, tapi kita berharap dapat memperbaiki diri kita jauh lebih baik daripada sebelum-sebelum ini. Paling penting sekali, supaya kita dapat hidup dengan keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T agar dapat kita sama-sama berjaya di dunia dan diakhirat... In Shaa Allah..
"Terima kasih Ustaz Adnin Roslan kerana berjaya menjentik emosi pelajar-pelajar PSIS"
Secara jujurnya saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak muda seperti Ustaz Adnin Roslan dan rakan-rakannya yang menyara hidup secara sepenuh masa di atas jalan Dakwah. Berdakwah melalui pelbagai aktiviti seperti ceramah, penulisan, lagu, filem pendek dan media sosial seperti facebok, email dan sebagainya. Semoga usaha murni mereka sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T.. Amin...
Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Adnin Roslan dan Team Tarbiah Sentap.. Saya rekemankan kepada anda untuk mendapatkan buku-buku terbitan Sentap Press Sdn Bhd, terutamanya buku-buku hasil tulisan Ustaz Adnin Roslan sendiri seperti:
Boleh dapatkan buku-buku koleksi Tarbiah Sentap secara online atau menerusi rangkaian kedai buku seperti Popular, MPH, dan sebagainya..
Bagi mereka yang berminat nak menghubungi Team Tarbiah Sentap untuk sebarang aktiviti seperti ceramah, motivasi, khidmat nasihat, persembahan lagu-lagu dakwah dan sebagainya .. saya syorkan anda layari blog berikut:
Bagi mereka yang berminat nak menghubungi Team Tarbiah Sentap untuk sebarang aktiviti seperti ceramah, motivasi, khidmat nasihat, persembahan lagu-lagu dakwah dan sebagainya .. saya syorkan anda layari blog berikut:
Semoga bermanfaat...
Info Berkaitan:
Info Berkaitan:
- Mengenang 2 Ulama', Promosi Cinta dan Perkahwinan
- Koleksi Buku Perubatan Islam Almarhum Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
- Rujukan untuk Calon peperiksaan MUET 2017
- Ibadah Qurban dan Aqiqah Kambing di Mekah Pada Musim Haji cuma RM500 sahaja!
- Peluang Dapat RM2500 dengan menulis tentang Al-Quran
- Kisah Trump ditulis dalam buku Presiden TRUMP Penjahanam Amerika?
- Seminar Tajwid LuarBiasa Mega untuk ibu bapa dan anak-anak sempena musim cuti sekolah
Saya kurang gemar teknik macam ni
BalasPadamMasing masing punya cara penyampaian kan
Yalah.. Zaman sekarang sukar nak mendidik dengan anak-anak muda, leka dengan internet, games, snooker dan sebagainya.
BalasPadamBila diberi motivasi, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Kalau Ustaz berceramah perlukan pendekatan yang tarbiah sentap lakukan.
pernah dengar juga tentang Tarbiah Sentap, tapi terus terlupa macam tu je. hehe
BalasPadamBagi sesetengah orang kaedah ini agak kasar dan tak boleh di terima
BalasPadamtiap orang ada citarasa masing-masing. zaman sekarang orang lebih gemar ikut kehendak hati diri mereka sahaja, bagi saya tidak ada apa yang besar pun tentang gaya penyampaian ustaz ini
BalasPadamsentap2.... lama2 dah OK
BalasPadampenceramah berbaru biru pun hebat..
BalasPadampenulisannya dalam blog meyentap emosi saya...
apa-apapun tahniah kepada Ustaz Adnin dan pasukaj sentap..
p/s : tiada rakaman video ke ?
Betul kata ustaz Adnin. Penjajahan zaman sekarang dalam bentuk hiburan. Anak muda sekarang kita boleh lihat sejak di bangku sekolah rendah lagi dah ada kes tak macam zaman kita sekolah rendah dulu. Bagi yang dah bergelar ibu bapa sangat risau dengan keadaan kes anak2 mutakhir ini.
BalasPadamkadang ada orang takleh dengan cara camni. wallahualam
BalasPadamSaya tak pernah lagi dengar ceramah ustaz ni. In Shaa Allah lepas ni boleh cuba tengok2 kalau ada ceramah beliau di Youtube.
BalasPadamsemoga terus istiqomah tuan selalu bersama orang saleh sampai akhir hayat
BalasPadamPernah terbaca kat media sosial berkenaan team Tarbiah Sentap ni tapi belum pernah dengar ceramah mereka.
BalasPadamTapi DUKE selalu di hati.
Bukan saja budak muda yg suka pendedahan sebegini, aku yg dah berumur ni pun suka gak. lain dr yg lain..lebih hidup org kata.
BalasPadamOwhh nak try cari dekat utube la ustaz ni.. ada ke tak.. hehe.. lain orang lain caranya kan.. asalkan terpahat di hati, itu yang penting..
BalasPadam