Selasa, 25 Julai 2017

Ibadah Qurban dan Aqiqah Kambing di Mekah Pada Musim Haji cuma RM500 sahaja!

with 14 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekejap betul masa berlalu...

Sebelum ni bulan Ramadhan telah pergi meninggalkan kita...

Hari ni Syawal pula telah pergi meninggalkan kita... Begitulah kesan masa dalam kehidupan kita.... Masa akan terus berlalu pergi... Yang tinggal hanyalah kenangan, pengalaman dan amalan yang sempat kita kerjakan pada bulan-bulan tersebut...

Semoga kita berkesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dan Syawal pada tahun yang akan datang....


Berlabuhnya Tirai Syawal, Aidil Adha pula bakal menyusul...

Tak lama lagi kita akan berhadapan dengan perayaan Aidil Adha pula...
Ada rakan-rakan kita yang dah mula berangkat ke Mekah untuk menunaikan Ibadah Haji... Doakan semoga mereka beroleh Haji yang Mabrur... Dan doakan semoga kita juga terpilih ke sana untuk menunaikan Ibadah Haji satu hari nanti... In Shaa Allah..


Ibadah Qurban atau Aqiqah Kambing di Mekah Pada Musim Haji cuma RM500 sahaja! 

Ok... Berbalik semula kepada tajuk artikel ini... Kepada yang ingin melaksanakan Ibadah Qurban atau Aqiqah Kambing di Mekah Pada musim Haji ini... Bayarannya cuma RM500 sahaja!. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman web eQurban.com 


 Qurban dan Aqiqah
Sumber : Klik Di Sini


SEDIKIT INFO TETANG IBADAH QURBAN DAN AQIQAH 

Qurban dan Aqiqah merupakan sunat Muakkad Iaitu Ibadah yang sangat dituntut ke atas umat Islam.

Makna Aqiqah : 
  • Dari segi bahasa bermaksud "MEMUTUSKAN" 
  • Dari segi syarak bermaksud Menyembelih Kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, kibas dan lembu buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahiran atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Salman Bin Amir Al-Dhabi R.A katanya: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya, Bersama bayi itu aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (kotoran dan najis)"

Makna Qurban :
  • Dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah S.W.T.
  • Dari sudut syarak bermaksud menyembelih binatang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W bersabda:“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim


PENDAFTARAN IBADAH QURBAN DAN AQIQAH 2017 SUDAH DIBUKA.

Untuk makluman semua, pendaftaran penyertaan Qurban dan Aqiqah 1438h/2017M telah dibuka secara “online” melalui website ini -> eQurban.com

Kambing seekor
  • RM800 - Malaysia
  • RM650 - Indonesia
  • RM500 - Mekah (Dilakukan hanya pada musim haji sahaja)
Qurban dan Aqiqah Kambing di Mekah
Sumber : eQurban.com

Bilangan kambing yang disembelih dalam Ibadah Qurban dan Aqiqah di Mekah biasanya dilakukan dalam kuantiti yang besar. Sebab ramai yang berminat untuk menyertainya. Bukan sahaja dalam kalangan penduduk Mekah, malah dari seluruh pelusuk dunia termasuk dari Malaysia.

Memang meriah Ibadah Qurban dan Aqiqah di tanah suci Mekah yang dilaksanakan pada musim Haji..

Selain Kambing, Lembu pun ada.. Cuma Qurban dan Aqiqah Lembu tidak dilakukan di Mekah, atas sebab-sebab tertentu..

Walaubagaimanapun, boleh pilih lembu untuk lakukan Ibadah Qurban dan Aqiqah di Malaysia atau Kemboja..

Lembu Satu bahagian :
  • RM570 -  Malaysia
  • RM400 - Kemboja
Contoh gambar Sembelihan Lembu yang dilakukan oleh team pengurusan EQurban 
Sumber : eQurban.com

Untuk maklumat lanjut tentang Ibadah Qurban dan Aqiqah, boleh layari:  eQurban.com


Atau boleh mendaftar secara online melalui pautan-pautan berikut:
Marilah kita sama-sama doakan semoga sesiapa yang melakukan Ibadah Qurban dan Aqiqah dengan niat kerana Allah S.W.T akan mendapat rezeki yang melimpah ruah... In Shaa Allah... Amin..

Semoga doa-doa kalian juga dimakbulkan oleh Allah S.W.T.... Amin...

Semoga bermanfaat..

Boleh share artikel ini supaya lebih ramai mendapat manfaat melalui perkongsian ini..

Info Berkaitan:

14 ulasan:

  1. Insha allah tahun ini join ibadah qurban, semoga dipermudahkanNya

    BalasPadam
  2. Murahnya RM400 untuk bahagian lembu qurban di Kemboja. Setakat ni di Kota Bharu RM600 sebagaiamana tahun lepas.

    BalasPadam
  3. Tak berkesempatan untuk buat tahun ni..
    ingat kalau ada usia tahun depan buat dengan adik beradik.. sekali seekor

    BalasPadam
  4. peluang yang bagus untuk berkorban..

    teringin juga nak berkorban..

    takut tak sempat kalau dah terkorban dahulu

    hehehe

    BalasPadam
  5. Insyaallah kalau diberi peluang dan rezeki untuk korban nak ambik jugak satu bahagian...

    BalasPadam
  6. Sekor kambing kat sana RM500 je korban. Murahnya! Beza betul ngan kat sini ya.

    BalasPadam
  7. Ibadah qurban sangat digalakkan, lebih lagi dalam bulan Zulhijjah.

    Murah je RM400 di Kemboja. Siapa yang berminat bolehlah terus buat tempahan sementara masa masih ada.

    BalasPadam
  8. sambil beribadah sambil bersedekah itulah pahal sebenar apalah sgt wang ringgit

    BalasPadam
  9. InsyaAllah ada rezeki sama-sama kita buat ibadah korban tahun ini

    BalasPadam
  10. Saya teringin untuk berkorban.. Belum mampu..

    Jadi saya berkorban masa dolok la

    BalasPadam
  11. IsyaAllah jika dilakukan dgn ikhlas, ganjaran pasti dapat =)

    BalasPadam
  12. Halo,

    Adakah anda sedang mencari pinjaman? Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang dan lain-lain jenis pinjaman. Adakah anda telah dinafikan pinjaman oleh bank atau institusi kewangan atas sebarang sebab? Cari tidak lebih lagi kerana kami berada di sini untuk membantu anda dari segi kewangan. Kami menawarkan pinjaman yang dijamin kepada perniagaan dan individu dalam kadar faedah yang rendah dan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2%. Sekiranya berminat, e-mel kepada kami hari ini untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera.
    Tiada cek kredit diperlukan, 100% dijamin.

    E-mel kami: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    BalasPadam
  13. Insyallah, saya pun ada azam untuk buat ibadah qurban

    BalasPadam
  14. Memang ada niat nak buat qurban, insyaAllah tahun depan boleh buat 1 famili

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra