Khamis, 5 Januari 2017

Panduan Shopping secara Online dan boleh dapat Extra Rewards daripada lebih 50 laman web Terkemuka.

with 9 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum ni saya pernah menulis satu artikel bertajuk Program Mykad Smart Shopper Versi Online Kini Sudah Dilancarkan!

Pernahkah anda membaca artikel tersebut?
Kalau belum pernah... saya syorkan anda baca sekarang dengan klik pada link di atas..

Program Mykad Smart Shopper Versi Online yang dikenali sebagai SmarSaver membolehkan anda mendapat Extra Rewards ketika berbelanja di lebih 50 laman web Terkemuka

Menerusi laman web smartsaver.my, pemilik mykad (rakyat Malaysia) yang telah mengaktifkan mykad mereka dalam Program Mykad Smart Shopper boleh berbelanja dalam talian (secara online), untuk mendapatkan penjimatan disamping boleh mengumpul mata dan ganjaran.
"Sekiranya anda terlepas mengikuti info-info tentang perkembangan Program Mykad smart Shopper sebelum ini, anda boleh membaca entri-entri terdahulu yang terdapat di blog Coretan Anuar (Klik Di Sini) dan blog Discount Hari2. In Shaa Allah, terdapat banyak info tentang Program Mykad Smart Shopper yang boleh anda perolehi. "
Sehingga kini terdapat lebih 50 syarikat online terkemuka telah pun memasarkan perniagaan mereka menerusi laman web Smartsaver, antaranya ialah:
  • Zalora
  • Agoda
  • Lazada,
  • Air Asia Go
  • Qatar Airways
  • Groupon
  • Ali Express
  • Go Daddy
  • Booking.com
  • Hotels.com 
  • dan banyak lagi... Tak larat nak taip... Hahaha

Antara syarikat online terkemuka yang telah pun memasarkan perniagaan mereka menerusi laman web Smartsaver

Apa beza membeli secara online menerusi Laman web Smartsaver dengan membeli secara terus menerusi laman-laman web di atas?

Bezanya ialah anda boleh mendapatkan Cash Point dan Reward point. Sekiranya anda membeli secara terus menerusi laman-laman web di atas tanpa melalui Smart Saver, anda tidak akan mendapat extra rewards ini.. Extra Rewards ini boleh anda kumpul untuk membolehkan anda menebus hadiah-hadiah yang disediakan dalam Program Mykad Smart Shopper.

Baiklah.. Sekarang saya akan menunjukkan Panduan Shopping secara Online dan dapat Extra Rewards daripada lebih 50 laman web Terkemuka.

Panduan Shopping secara Online dan dapat Extra Rewards daripada lebih 50 laman web Terkemuka.

1. Daftar Maykad secara online terlebih dahulu menerusi laman web http://www.aktifmykad.com

2. Layari laman web smartsaver.my

3. Pilih nak beli secara online menerusi laman web yang mana satu. Sebagai contoh, saya klik pada laman web Air Asia Go
Contoh : Klik pada laman web Air Asia Go

4. Klik pada Button Shop Now
Anda boleh mendapatkan 8% Cash Point dan 0.5x Reward Point 

5. Login : Username nombor Mykad (IC) anda, Password nombor Mykad (IC) anda (Sekiranya anda pernah menukar password, anda perlu gunakan password yang baru)
Login dengan menggunakan username dan password Mykad Smart Shopper

6. Tunggu loading selesai..
Alhamdulillah... Berjaya... Lihat nama saya tertera dalam paparan di atas..

7. Setelah selesai loading anda akan di bawa ke laman web Air Asia Go...
Anda sudah boleh berbelanja secara online di laman web Air Asia Go..

Setiap aktiviti perbelanjaan anda akan direkod oleh sistem Samrt Saver untuk membolehkan anda mendapatkan Extra Rewards...

Sekarang, anda boleh cuba guna kaedah yang sama untuk berbelanja secara online di F.O.S pula..


Anda boleh mendapatkan 5% Cash Point dan 1X Reward Point

Atau boleh cuba juga berbelanja secara online di laman-laman web lain yang terdapat di Samrt Saver... Untuk makklumat lanjut, silalah layari url berikut: smartsaver.my

Semoga bermanfaat..
Siapa yang mengaktifkan Mykad melalui laman web http://www.aktifmykad.com, anda akan mendapat 3 hadiah daripada saya... iaitu berupa ebook Mykad Booklet, ebook Mencari Sumber Pendapatan Di Internet dan Ebook 7 Strategi Tambah Wang Saku.. Jom aktifkan mykad anda sekarang!

Info Berkaitan:

9 ulasan:

  1. Wah.. Menarik smartsaver.my ni ye. Saya ni dah la suka shopping online. Boleh try praktik ni..

    BalasPadam
  2. Yang penting ada ganjarannya... Tak sia-sia sangat shopping tu.. Hahaha..

    BalasPadam
  3. owh...tapi 2017 kena jimat...buat income lebih drp shopping..insaf dah. *

    BalasPadam
  4. 2017 tahun berusaha, tarik income, shopping kurang. hihi

    BalasPadam
  5. Menarik ni... Nak shopping kena cari yang berbaloi camni, boleh jimat sambil berbelanja

    BalasPadam
  6. wah boleh nih, nak buat referensi

    BalasPadam
  7. Smartsaver.my nama baru ni.

    Okay thanks for sharing. Nanti Asyraf explore.

    BalasPadam
  8. Keren banget :D bisa jadi pedoman hehe

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra