Selasa, 6 Ogos 2013

Komisyen Affiliate Pertama Program MyKad Smart Shopper

with 15 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Syukur Alhamdulillah... Saya dah berjaya mendapat Komisyen Pertama dalam Program MyKad Smart Shopper yang merupakan program Affiliate secara Offline Pertama di Malaysia... 

Walaupun nilai komisyen yang berjaya saya perolehi, tidaklah sebanyak komisyen yang pernah saya perolehi melalui perniagaan affiliate secara online.... tetapi saya nak kongsikan juga dengan pembaca blog ini... Disebabkan ini merupakan komisyen PERTAMA affiliate secara OFFLINE ... yang menjadi Perasmi kepada sumber pendapatan alternatif saya selepas ini...   

Komisyen pertama Affiliate Offline yang telah saya perolehi bernilai RM2.70 daripada perbelanjaan seorang pengguna MyKad..

Klik Pada Gambar Di Atas untuk Paparan Imej yang lebih jelas

Pengguna MyKad ini telah berbelanja sebanyak RM67 pada 4 Ogos 2013 untuk membolehkan beliau mendapatkan Diskaun 20% dan Point daripada kedai Rika Trading... Perincian perbelanjaan pemilik MyKad ada ditunjukkan dalam akaun keahlian saya sebagai Dealer seperti dalam gambar di bawah:

Klik Pada Gambar Di Atas untuk Paparan Imej yang lebih jelas

Pemilik MyKad tersebut telah dapat mengumpul 67 Point... Dan point tersebut boleh dikumpul untuk tebus hadiah...

Setakat ini saya baru berjaya mengaktifkan 8 MyKad (Kad Pengenalan)... Daripada 8 MyKad tersebut, baru seorang sahaja yang telah menggunakan kemudahan ini... 1:8 kira oklah tukan?... Nak lebih banyak komisyen, saya perlu lebih rajin mengaktifkan MyKad orang lain... Supaya kesemua pemilik MyKad dapat menggunakan kemudahan ini di 400 kedai yang telah mengambil bahagian...

Macamana kita nak tahu senarai kedai yang telah mengambil bahagian dalam Program MyKad Smart Shopper? 

1) Melalui Aplikasi Smartphone..

Anda boleh Install aplikasi ini di Smartphone anda secara PERCUMA... Buat carian di Google Store dengan menaip ayat "MyKad Smart Shopper"... Kemudian Install.. Bila dah selesai Install anda boleh semak senarai kedai yang berhampiran dengan lokasi di mana anda berada sekarang... 

Sebagai Contoh : Saya pilih kedai Rika Trading..

Boleh View maklumat Kedai secara Detail.. Dapat Diskaun 20% sekiranya anda berbelanja di kedai ini dengan menggunakan MyKad...

Nak lagi Detail.. Boleh tengok Peta...

Ada 3 pilihan jalan untuk sampai ke kedai Rika Trading

Google Map dah membantu pengguna Smartphone mengukur janga masa perjalanan untuk sampai ke kedai yang kita pilih

Inilah gambaran keseluruhan perjalanan... 

Mudahkan?? Dengan bantuan aplikasi Smartphone akan dapat membawa anda sampai ke destinasi yang dituju... Cuma Google Map dekat Sungai Besar ni belum berupdate... Jadi tak dapat nak hantar pelanggan sampai ke depan pintu kedai.... ;)

Selain daripada aplikasi Smartphone, anda juga boleh merujuk kepada buku Discover yang mengandungi senarai Merchant yang telah mengambil bahagian... 


2) Menerusi Buku Discover MyKad Smart Shopper..

Anda boleh Install aplikasi ini di Smartphone anda secara PERCUMA... Buat carian di Google Store dengan menaip ayat "MyKad Smart Shopper"... Kemudian Install.. Bila dah selesai Install anda boleh semak senarai kedai yang berhampiran dengan lokasi di mana anda berada sekarang... 

Muka Hadapan Buku Discover..

Muka Belakang Buku Discover..

Sedikit penerangan tentang Program MyKad Smart Shopper ada terdapat dalam buku ini..

Antara Kedai yang menarik Perhatian... Jakel Bukit Piatu, Melaka

Bengkel dan Aksesori penjagaan kereta pun ada..


D'Junction Cafe menawarkan Diskaun sebanyak 20%



Ada pusat rawatan kecantikan menawarkan diskaun sebayak 30%


Pusat rawatan, Kedai Cermin Mata, Kedai Buku, Kedai makan dan sebagainya..

Di Bahagian Belakang buku ini ada senarai hadiah yang boleh di tebus...

Jadilah pengguna yang bijak... Berbelanja dengan menggunakan MyKad untuk mendapatkan harga Diskaun dan Point... 

Sekiranya anda berminat nak menggunakan kemudahan ini, anda perlu mengaktifkan MyKad terlebih dahulu.. Pengaktifan MyKad adalah PERCUMA.. Untuk mengatifkan MyKad, Anda cuma perlu  sms/emel butiran tersebut kepada saya:

1. Nama Penuh
2. Nombor KP
3. No Tel.
4. Alamat
5. E-mail

menerusi :
- No. Hp: 016-5425547
- emel: nuargto@gmail.com

3) Semak Senarai Kedai menerusi laman Web Mykad.aj.my 

Selain itu, anda juga boleh menyemak senarai kedai yang telah mengambil bahagian di laman web www.Mykad.aj.my 

Di laman web tersebut terdapat banyak info yang boleh anda perolehi tentang Program MyKad Smart Shopper, termasuk cara nak tengok bilangan Point yang berjaya kita kumpul setakat ini... Nak tahu caranya, saya syorkan anda membaca entri terdahulu yang terdapat di blog saya, dengan klik pada link ini (Klik Di Sini)


Kenapa saya tertarik untuk menjadi salah seorang rakan pemasaran Program MyKad Smart Shopper?

Bagi pendapat peribadi saya, Program MyKad Smart Shopper ini sangat unik... Kita perlu membantu orang lain untuk membolehkan kita menikmati kesenangan pada kemudian hari... Siapa yang kita nak bantu?

1) Kita perlu membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan Diskaun ketika berbelanja

Pada hari ini ramai rakyat Malaysia mengeluh harga barang naik... Sebab harga barang naik ialah pekedai tidak mahu bertolak ansur dengan pembeli untuk menurunkan harga barang jualan di kedai mereka... 

Sebagai seorang rakan pemasaran MyKad Smart Shopper, mungkin inilah peluang atau cabaran yang perlu kita laksanakan untuk membantu rakyat Malaysia.... Dengan memujuk Tokey kedai memberikan Diskaun kepada pelanggan yang datang ke kedai mereka...  

"Belum tentu Tokey kedai nak dengar pujukan kita, kalau tidak ada memberi sebarang kebaikan kepada perniagaan mereka..."

Apa yang boleh kita tawarkan kepada pekedai ialah kos pengiklanan PERCUMA untuk membolehkan kedai mereka diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia melalui beberapa medium pengiklanan seperti Aplikasi Smartphone, Buku Discover, laman Web, Blog, dan sebagainya... Hasilnya akan membantu tokey kedai mendapat lebih ramai pelanggan daripada sekarang... Anda rasa boleh cair tak hati tokey kedai dengan tawaran yang kita berikan?

Apabila anda telah melaksanakan usaha ini, dan ada rakyat Malaysia yang gembira menggunakan MyKad ketika berbelanja, itu dah menjadi satu kepuasan kepada kita... Sebab secara tidak langsung dah dapat meringankan bebanan perbelanjaan harian yang mereka tanggung selama ini....

2) Kita perlu membantu Tokey Kedai mendapatkan Pelanggan

Pada hari ini persaingan dalam perniagaan terlalu besar... Saban hari ada sahaja syarikat/kedai baru yang wujud seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.. Apabila perkara ini berlaku kesemua peniaga akan cuba melaksanakan pelbagai strategi pemasaran supaya kedai mereka mendapat tempat di hati pelanggan berbanding dengan pesaing mereka yang lain... 

Kalau kita tengok ada pekedai yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk mengiklankan perniagaan mereka di Televisyen... Bagi peniaga yang kurang budget pengiklanan, mungkin mereka menggunakan majalah atau akhbar sebagai medium mengiklankan dengan bayaran sekitar ratusan hingga ribuan ringgit sehari... Dan ada yang hanya mempunyai budget pengiklanan terlalu sedikit, mampu sekadar untuk membuat banner atau banting untuk digantung di sekitar lokasi perniagaan mereka... Dengan erti kata lain peniaga tetap perlu mengeluarkan kos pengiklanan untuk menarik pelanggan datang ke kedai mereka...

Jadi, apabila kita datang kepada pekedai dengan menawarkan kos Pengiklanan PERCUMA, pekedai tersebut pastinya gembira dengan tawaran yang kita berikan... Dan pastinya mereka berharap dengan tawaran tersebut akan dapat membantu menarik lebih ramai pelanggan mengunjungi kedai mereka... 

Jadi, di sinilah tanggungjawab kita untuk membantu pekedai mendapatkan pelanggan... Dalam masa yang sama dapat membantu rakyat Malaysia berbelanja pada harga Diskaun disamping mengumpul point untuk ditebus sebagai hadiah... 

Kita dapat menjadi pemudahcara untuk mewujudkan win-win situation bagi kedua belah pihak... iaitu Pemegang MyKad (Rakyat Malaysia) dan pemilik perniagaan...


3) Rakan Pemasaran MyKad Smart Shopper tumpang gembira

Apabila kita dah berjaya memberi bantuan kepada kedua-dua golongan ini (Rakyat Malaysia dan pemilik perniagaan), barulah rakan pemasaran MyKad Smart Shopper mampu tersenyum.. Menuai hasil yang diusahakan secara berterusan pada setiap bulan (Pasif Income), selagi pemilik MyKad berbelanja dan selagi kedai yang mengambil bahagian terus beroperasi... 

Strategi kejayaan Program ini ialah dengan membantu orang lain terlebih dahulu, barulah mendapatkan hasil untuk diri sendiri... ;)

Program ini mungkin sesuai untuk disertai oleh golongan yang suka membantu orang lain... ;)

4) 10,000 Rakan Pemasaran MyKad Smart Shopper diperlukan untuk membantu rakyat Malaysia

Keratan Akhbar Berita Harian Bertarik 22 April 2013

Setakat ini rakan pemasaran MyKad Smart Shopper telah meningkat kepada sekitar 5000 orang... Sebelum program ini dapat beroperasi sepenuhnya di Seluruh Malaysia menjelang tahun 2014, Syarikat I-Synergy sendirian berhad mensasarkan supaya terdapat 10,000 rakan pemasaran yang dapat membantu syarikat menjayakan sepenuhnya program ini... 

Peranan rakan pemasaran ialah:
  • Mengaktifkan MyKad untuk membolehkan pemilik MyKad berbelanja pada harga Diskaun + dapat Point 
  • Mendaftarkan kedai supaya dapat memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk berbelanja pada harga Diskaun


Kos yang diperlukan untuk menjadi rakan pemasaran MyKad Smart Shopper ialah RM1,000.. Dengan kos tersebut membolehkan rakan pemasaran:
  • Mengaktifkan sebanyak 1000 MyKad
  • Mendaftarkan kedai tanpa had


Potensi pendapatan yang bakal diperolehi oleh rakan pemasaran apabila program ini telah beroperasi sepenuhnya:

a) Customer Referral Incentive

Katakan anda menjadi rakan pemasaran (Affiliate).. Dan terdapat 1,000 orang pengguna kad pengenalan berdaftar di bawah anda.. Setiap seorang menggunakan kad pengenalan berbelanja dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM100 sebulan. Komisyen yang akan diperolehi oleh rakan pemasaran adalah seperti berikut:

Komisyen Bulanan Rakan pemasaran = 1,000 X RM100  X (1/100) = RM1,000.00 

Ini berdasarkan sebahagian pendapatan yang diperolehi daripada 1,000 pengguna berdaftar dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100.00.. Adakah memadai  berbelanja sekadar RM100.00 sebulan... Tentu tidak bukan? Tentu setiap orang akan berbelanja lebih daripada itu... 


b) Merchant Referral Incentive

Anda akan mendapat komisyen sebanyak 1% daripada setiap hasil jualan yang diperolehi oleh kedai tersebut. Katakan anda berjaya mendaftarkan 10 kedai.. Setiap kedai yang anda daftarkan mendapat hasil jualan sebanyak RM50,000 sebulan, komisyen yang bakal anda perolehi melalui kedai tersebut ialah:

Komisyen Bulanan Daripada Kedai Yang anda daftarkan = 10 X RM50,000  X (1/100) = RM5000.00 

RM5000 sebulan melalui 10 kedai sahaja.. Jadi kalau nak dapatkan komisyen yang lebih banyak, kenalah rajin-rajin memujuk 'tokey-tokey' kedai untuk menyertai program ini.. 

Menarik bukan? Dengan modal RM1,000 membolehkan anda mendapatkan pasif Income pada setiap bulan, beberapa kali ganda daripa bayaran modal apabila program ini telah dapat beroperasi sepenuhnya pada tahun 2014 nanti...  

Bilangan MyKad yang telah diaktifkan semakin meningkat, bilangan kedai yang telah mendaftar juga semakin meningkat

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini, anda tidak boleh bertangguh... Anda dah tak boleh tunggu, tunggu, dan terus menunggu...

Ini kerana saban hari bilangan MyKad yang telah diaktifkan semakin meningkat dan bilangan pekedai yang mendaftar juga semakin meningkat... Semakin lambat kita menyertai program ini, semakin sukar untuk kita mengaktifkan MyKad orang lain... disebabkan rakan pemasaran lain telah mengaktifkan MyKad mereka... Setiap MyKad yang terdapat di Malaysia ini hanya boleh diaktifkan oleh seorang rakan pemasaran sahaja... 

Tugas anda, hanya perlu aktifkan 1000 MyKad daripada 29 juta penduduk Malaysia... Setakat ini masih mudah lagi, sebab kita baru ada sekitar 5000 rakan pemasaran... Paling banyak pun mungkin baru 5,000,000 MyKad yang telah diaktifkan... 

Tetapi dapatkah anda bayangkan apabila program ini dah ada 10,000 rakan pemasaran nanti...  Persaingan mula wujud disebabkan banyak MyKad yang telah diaktifkan... Pada ketika itu anda perlu bekerja lebih keras untuk mencari MyKad yang masih belum lagi diaktifkan... 

Apabila bilangan rakan pemasaran semakin bertambah, peluang anda untuk mendaftarkan kedai/perniagaan yang anda minati juga semakin tipis... ini juga disebabkan wujudnya persaingan daripada rakan pemasaran yang lain... 

Sebagai contoh... saya dah terlepas peluang untuk mendaftarkan Kuala Gula Sanctuary Resort yang menjadi salah satu tempat peranginan yang diminati oleh ayah mertua saya... Sekiranya anda berminat nak membaca kisah tersebut, saya syorkan anda klik di link ini..

Rasa kecewa tu tetap ada... Disebabkan kelewatan saya menyertai Program MyKad Smart Shopper, perniagaan yang menjadi sasaran saya telah terlepas ke tangan orang lain... Takper itu bukan rezeki saya... Masih banyak lagi rezeki yang boleh saya terokai...  

Sekiranya anda berminat untuk menjadi rakan pemasaran MyKad Smart Shopper anda boleh menghubungi saya menerusi talian berikut:

Tel           : 016-5425547
Email       : nuargto@gmail.com
facebook : https://www.facebook.com/DiscountHari2




15 ulasan:

  1. alhamdulillah, dah makin jelas dengan affiliate ni

    BalasPadam
  2. hoho..benda ni memang leh wat duit kaw-kaw punya..

    BalasPadam
  3. tahniah..baru faham apa benda mykadsmartshopper ni.baru jelas nak buat entry pasal contest SEO nanti.

    BalasPadam
  4. Wah tahniah bro, berhasil juga akhirnya..l

    BalasPadam
  5. tahniah bro....moge terus sukses!

    BalasPadam
  6. maju terus pantang mundur,sukses buat websitenya

    BalasPadam
  7. Nice article, thanks for the information. It's very complete information. I will bookmark for next reference.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra