Jumaat, 18 November 2016

Motivasi Jumaat : Kena Bersyukur Walaupun rezeki yang kita dapat cuma sen-sen

with 17 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... Kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi ini.. 
..
Masih diberi kesempatan untuk mencari sesuap rezeki sebagai bekalan keperluan di dunia dan diakhirat.... In Shaa Allah...

Gambar Hiasan. Sumber : Klik Di Sini


Motivasi Jumaat : Kena Bersyukur Walaupun rezeki yang kita dapat cuma sen-sen

Dalam entri kali ini saya nak menulis tentang motivasi... 

Sebenarnya motivasi untuk diri sendiri... Sebagai pembakar semangat supaya tidak lekas berputus asa dalam mengejar sesuatu yang diimpikan.

Sebagai seorang penulis blog dan usahawan internet secara part Time, sudah tentu saya juga berharap mempunyai pendapatan yang lumayan... Kata orang dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pengkal lengan...

Tapi, secara jujurnya saya akui... Bukannya senang nak mencapai sasaran pendapatan yang kita harapkan...

Kita perlu bekerja keras ke arah itu...

Rezeki sebagai seorang penulis blog dan usahawan internet ni ada masanya lumayan, ada masanya cukup-cukup makan sahaja.

Sebagai contoh boleh tengok dalam statistik di bawah..

Rezeki sen-sen yang saya perolehi menerusi salah satu program affiliate yang saya sertai...

Sewaktu saya menyertai cabaran affiliate ini, saya berharap boleh dapat komisyen yang lumayan... Kalau boleh nak dapat Ratusan ringgit sehari.... Tapi hasilnya cuma dapat sen-sen sahaja rezeki saya pada kali ini...

Walaubagaimanapun... Saya tetap bersyukur dengan rezeki tersebut.... Tak kiralah sen-sen ke? Ringgit-ringgit ke? Puluh-puluh ringgit ke? Ratus-ratus ringgit ke? Ribu-ribu ringgit ke? Rezeki juga namanya tu...
Allah SWT berfirman:“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim [14]: 7)

Rezeki, ajal, maut dan pertemuan di tangan Allah S.W.T.. Kalau Allah dah tetapkan rezeki kita banyak tu sahaja... Maka banyak tu sahajalah rezeki yang akan kita dapat, walaupun kita telah berusaha dengan sehabis baik untuk mendapatkan rezeki tersebut...

Tapi, dalam masa yang sama kita harus Ingat!... Islam tidak mengajar kita berputus asa.. Kita disuruh beramal seolah-olah kita akan mati pada esok hari dan bekerja seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi...  Jadi, saya berpegang kepada kata-kata tersebut sebagai penguat semangat..

Bekerja sehabis kuat... Kemudian bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi... In Shaa Allah, ada nikmatnya di situ..
Allah SWT berfirman:"Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa tidak bersyukur, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Surah Luqman(31) :12)
Semoga sedikit nukilan yang saya kongsikan pada hari Jumaat kali ini, dapat memberi manfaat kepada saya dan juga sesiapa sahaja yang membaca entri ini...

Sekiranya anda berhajat nak belajar sedikit ilmu pemasaran internet, saya syorkan anda melayari laman web Sensei Yusof Kushairi menerusi pautan berikut:


Ada ilmu yang cukup bermanfaat yang boleh anda pelajari di sana... In Shaa Allah...

Info Berkaitan:

17 ulasan:

  1. Sedikit pun dikira rezeki. kita dapat sen-sen pun jadilah dari ada yang tak dapat langung. Contohnya, peniaga pasar malam. Petang semalam area saya hujan lebat pada sebelah petangnya dan berterusan sampai ke malam. Peniaga pasar malam ramai yang datang, tapi pengunjung pula yang kurang. Tambahan pula dah tengah bulan.

    BalasPadam
  2. Mungkin nampak sen sen. Tspi berkat pada rezeki itu kita boleh rase

    BalasPadam
  3. motivasi terbaik bro anuar..

    smoga trus sukses..

    BalasPadam
  4. Terima kasih untuk perkongsian ini. Saya pun lebih kurang dengan tuan juga, adakalanya income yang masuk sen-sen sahaja. :D



    BalasPadam
  5. alhamdulillah, perkongsian penuh makna di hari jumaat ni

    BalasPadam
  6. mana ada rezeki sen sen tu tuan..

    saya lagi dahsyat..banyak kosong..

    harap selepas ini anda angka 1 depan dan 6 kosong di depan

    BalasPadam
  7. Rezeki sen-sen adalah permulaan kepada puluh-puluh dan seterusnya. Dipermulaan memang begitu sebab sentiasa diuji sama ada kita boleh syukur atau tidak dengan nikmat walau sedikit.

    Jika sedikit sudah mencukupi, dengan usaha yang lebih, tunggulah nikmat yang lebih lagi sebab janji Allah sentiasa benar.

    BalasPadam
  8. walaupun sedikit, yang namanya rezeki haruslah disyukuri agar menjadi berkah

    BalasPadam
  9. dari sen sen lah bisa menjadi ringgit, mestilah bersyukur walau hanya sedikit

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah saya pun bersyukur dgn rezeki yg ada kadang2 risau duit x cukup. Bayar bil hospital sampai rm400. Nak tak nak terpaksalah bayar anak tak sihat.

    BalasPadam
  11. Sikit pun rezeki juga.. yg penting kita sudah berusaha

    BalasPadam
  12. Biar sikit, asalkan berkat. InsyaAllah...

    BalasPadam
  13. sen sen pun kalau dah banyak maka banyak lah jadinya, alhamdulillah

    BalasPadam
  14. dari sen sen boleh jadi ratus2..ribu2..puluh2 ribu..jutaaaa..

    BalasPadam
  15. alhamdulillah, betul tu, sen sen kalau di lungguk jadi banyak juga.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra