Rabu, 7 Oktober 2015

Simpan Duit Syiling Sebagai Modal Untuk Membeli Rumah..

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pernah tak anda terfikir, untuk menyimpan duit Syiling sebagai modal untuk membeli sebuah Rumah?

Bunyinya macam pelik bukan? Dan rasanya macam tak realistik untuk dicapai.... Sebab tulah kita pun tak pernah terfikir nak buat macam tu....

Termasuklah juga atuk nenek kita... 

Kalaulah atuk dan nenek kita dulu tahu.... Duit syiling yang mereka ada pada masa tu boleh mencapai nilai Puluhan Ribu Ringgit pada zaman sekarang.... Tentu atuk dan nenek kita akan simpan duit-duit syiling tersebut untuk kesenangan cucu cicit mereka....

TAPI.... Siapa sangka keaadaan ini boleh berlaku....


Sampai sekarang pun sebenarnya ramai yang terkejut.... dan mungkin ada yang tidak percaya dengan rekod-rekod jualan tertinggi duit Syiling Malaysia.... Antaranya:

  • Sekeping Duit Syiling Lama 50 Sen Malaysia (Tahun 1969) berjaya dijual pada harga SGD32,200 (RM81,846) di Collectibles Auction Asia (CAA), Singapore Coins & Banknotes Auction 4/2014 yang telah diadakan pada 4 Oktober 2014.
  • Sekeping Duit Syiling Lama 1 Sen Malaysia (Tahun 1970) berjaya dijual pada harga SGD18,400 (RM46,769) pada tarikh dan tempat lelongan yang sama seperti di atas.
  • Sekeping Duit Syiling Lama 50 Sen Malaysia (Tahun 1968) berjaya dijual pada harga SGD7,670 (RM19,942) di Collectibles Auction Asia (CAA), Singapore Coins & Banknotes Auction 3/2014 yang telah diadakan pada 19 April 2014.
  • Sekeping Duit Syiling Lama 50 Sen Malaysia (Tahun 1967) berjaya dijual pada harga SGD2,990 (RM7,600) di Collectibles Auction Asia (CAA), Singapore Coins & Banknotes Auction 4/2014 yang telah diadakan pada 4 Oktober 2014.
  • Sekeping Duit Syiling Lama RM1 Parliment House (Tahun 1982) berjaya dijual pada harga SGD220 (RM559) di Collectibles Auction Asia (CAA), Singapore Coins & Banknotes Auction 4/2014 yang telah diadakan pada 4 Oktober 2014.
  • Sekeping Duit Syiling Lama 10 Sen Malaysia Parliment House (Tahun 1971) berjaya dijual pada harga SGD100 (RM254) di Collectibles Auction Asia (CAA), Singapore Coins & Banknotes Auction 4/2014 yang telah diadakan pada 4 Oktober 2014.
  • Sekeping Duit Syiling Lama 20 Sen Malaysia Parliment House (Tahun 1970) berjaya dijual pada harga SGD160 (RM407) di Collectibles Auction Asia (CAA), Singapore Coins & Banknotes Auction 4/2014 yang telah diadakan pada 4 Oktober 2014.
  • Sekeping Duit Syiling 20 Sen Malaysia Bunga Raya Series (Tahun 1994) berjaya dijual pada harga SGD150 (RM381) di Collectibles Auction Asia (CAA), Singapore Coins & Banknotes Auction 4/2014 yang telah diadakan pada 4 Oktober 2014.
  • Sekeping Duit Syiling Lama 1 Sen Malaysia Parliement House (Tahun 1970) berjaya dijual pada harga SGD260 (RM661) pada tarikh dan tempat lelongan yang sama seperti di atas.
  • Dan lain-lain...

Sumber :  lunaticg.blogspot.com


Sebagai contoh bagaimana proses lelongan ini berlaku.... Jom kita tonton Video di bawah:

 


Sekarang ni duit syiling 50 sen Malaysia tahun 1967, 1968 dan 1969 paling HOT sekali... Di Malaysia pun peminat-peminat duit syiling lama sibuk mencari duit ni....

Setakat ni Offer tertinggi yang saya terima ialah RM500 untuk sekeping duit syiling tersebut... Tapi syaratnya nak jenis yang bergerigi... Yang berbelah tengah (longkang) dia orang tak nak....

Sayang betul...

Sebenarnya saya sudah mempunyai Koleksi Lengkap Duit Syiling 50 sen Malaysia.. Dari tahun 1967 sehingga tahun 1988..

Koleksi Lengkap Duit Syiling lama 50 sen Malaysia Dari tahun 1967 sehingga tahun 1988

Tapi sayangya.... Duit Syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 yang ada dalam simpanan saya jenis longkang... Bukan jenis bergerigi seperti yang mereka mahukan... Huhuhu...

Duit Syiling 50 sen 1967, 1968 dan 1969 yang ada dalam simpanan saya jenis longkang..

Kalau tak... Mungkin dah berebut orang nak beli duit ni.... Dan masa tulah kita boleh demand.... Rasanya kalau kita betul-betul ada duit syiling 50 sen seperti yang mereka mahukan, kita jual RM1,000 sekeping pun ada orang yang sanggup beli....



Kadar harga Duit Syiling lama Malaysia (Sebagai Rujukan sahaja)

Pengajaran yang saya dapat melalui entri ini.... 

Simpanlah duit syiling-syiling lama mulai dari sekarang.... demi untuk kesenangan cucu cicit kita pada kemudian hari.....

Sebelum ini atuk nenek kita tak tahu pun keadaan ini akan berlaku.... Disebab itu kita tak merasa nak mendapatkan duit-duit syiling lama peninggalan atuk nenek kita... Kalau ada pun, kebanyakannya ada dalam bank... Dah jadi sebahagian daripada wang simpanan dalam akaun bank milik atuk nenek kita.... 

Jadi, kita yang dah tahu ni... Cubalah ikhtiarkan simpan duit-duit syiling lama mana yang ada.... 

Kalau hari ni duit-duit tu bernilai cuma beberapa sen atau puluh sen... Tapi, Siapa tahu... satu hari nanti sekeping duit syiling yang kita miliki, mampu dijadikan modal oleh cucu dan cicit kita untuk membeli sebuah rumah?

P/S : Siapa ada duit syiling 50 sen lama tahun 1967, 1968 dan 1969 (jenis bergerigi) boleh Contact saya melalui email nuargto[at]gmail.com


Info Berkaitan:

10 ulasan:

  1. Suami MV pun ada menyimpan duit syiling lama ni..mana tahu nanti.boleh jual kan...

    BalasPadam
  2. saya dan suami pn ada sipmpan duit lama...😊

    BalasPadam
  3. bagusnya.. lepas ni nak simpan syling lama..

    BalasPadam
  4. nak simpanlah lepas nie bagi banyak

    BalasPadam
  5. Memang menarik .... idea yang lama dilupakan. Dulu bukan tak pernah simpan syiling-syiling ni, tapi tak serius hanya main-main. Kena mulakan balik ni .. :-D Thanks untuk idea

    BalasPadam
  6. ciktom ada jugak simpan duit syiling lama2 dan jugak setem..ada duit syiling tu dari simpanan ayah muda2 dulu...tapi simpan camtu je..xtengok pulak tahunnya...hehe..nati blk kmpg nak kena check ni..

    BalasPadam
  7. mmg hrga syilling lama ni tinggi jika tidak calar dan msih berkilat.. :)

    BalasPadam
  8. Rupa-rupanya syiling 50 sen lama ada dua jenis ye. saya pun baru tau je ni

    BalasPadam
  9. Bagus juga ya klu banyak syiling lama....senang anak2 n cucu cicit kita nnti..

    BalasPadam
  10. Bagus juga menyimpan duit lama ni, selain sebagai kenangan boleh juga buat pendapatan sampingan

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra