Ahad, 11 Ogos 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki...

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Menuntut ilmu merupakan fardhu Ain dan Fardhu Kifayah... Ianya perlu sentiasa di tuntut pada setiap masa, tidak kira walau di mana jua kita berada... Tak kiralah ilmu tersebut merupakan ilmu dunia ataupun ilmu akhirat.... 

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:“Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan Hadis di atas, Islam mewajibkan kita menuntut ilmu supaya dapat menghasilkan natijah yang sempurna... Iaitu amalan yang dilakukan sesuai dan selaras dengan perintah-perintah syara’. Hukum menuntut ilmu adakalanya terletak pada Fardhu (wajib) Ain dan adakalanya menjadi Fardhu (wajib) kifayah.


Ilmu Fardhu Ain dirujuk kepada ilmu yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam atau yang sudah diberi pertanggungjawaban dalam Islam. Ilmu Fardhu kifayah pula ialah ilmu yang diwajibkan ke atas sebahagian umat Islam untuk menguasainya dan jika terdapat sebahagian yang sudah menguasainya, maka terlepaslah kewajipan umat Islam yang lain daripada bebanan wajibnya.

Ilmu fardhu Ain boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu : 
  • ilmu yang berkaitan dengan rukun iman, 
  • ilmu yang berkaitan dengan hukum hakam, 
  • ilmu yang berkaitan dengan perkara-perkara yang diharamkan dan 
  • ilmu yang berkaitan dengan pergaulan dan muamalah seharian. 

Fardhu kifayah pula ialah bidang ilmu yang luas dan seiring dengan perkembangan zaman. Sebahagian umat Islam diwajibkan untuk mengetahuinya agar tidak memberikan kesan buruk kepada Agama Islam.... supaya tidak ketinggalan dalam bidang kebendaan serta terancam keselamatannya. 

Sebagai contoh ilmu perubatan... ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah lawasan tidak memilikinya maka penduduk kawasan tersebut akan berada di dalam kesusahan. Apabila seorang daripada mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah kefardhuan daripada yang lain.



Walaupun pada ketika ini saya sedang seronok beraya sakan, tapi ilmu tetap perlu dicari pada setiap hari.. Atau sekiranya terdapat sedikit ruang masa untuk membaca, saya akan "curi" masa tersebut untuk menambahkan ilmu di dada... Tak rugi kita membaca.. Semakin banyak kita membaca, semakin banyak informasi yang bakal kita perolehi...

Sambil berhari raya pada kali ini, saya berkesempatan untuk membaca sebuah buku berjudul Mudahnya Menjemput Rezeki yang telah dihadiahakan oleh Encik Hafiz, seorang Usahawan Al-Quran Digital.. 


Seronok baca buku ini.. Buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" menghimpunkan beberapa panduan yang telah digariskan dalam Al-Quran, tentang Bagaimana Untuk Menjemput Rezeki datang kepada kita... 


"Kami Tidak Meminta Rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa"(Surah Thaha 20 : 132)

Buku setebal 184 Muka Surat ini mengandungi 40 Bab kesemuanya.. Berikut merupakan sebahagian daripada isi kandungan buku ini....



Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2012... Dalam tempoh tak sampai 2 tahun buku yang berada di tangan saya merupakan Cetakan yang Kesebelas (Cetakan pada tahun 2013)... Berikut merupakan rentetan sejarah Percetakan buku "Mudahnya Menjemput Rezeki"... 
  • Cetakan Pertama 2012
  • Cetakan Kedua 2012
  • Cetakan Ketiga 2012
  • Cetakan Keempat 2012
  • Cetakan Kelima 2013
  • Cetakan Keenam 2013
  • Cetakan Ketujuh 2013
  • Cetakan Kelapan 2013
  • Cetakan Kesembilan 2013
  • Cetakan Kesepuluh 2013
  • Cetakan Kesebelas 2013
Buku ini ternyata sangat laris di pasaran....



Patutlah rezeki Encik Hafiz dan rezeki penulis buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" melimpah ruah... Rupanya mereka tahu cara untuk menjemput rezeki datang ke dalam hidup mereka..

Rezeki setiap manusia telah ditetapkan oleh Allah S.W.T... Setelah membaca buku ini, saya bersetuju dengan hujah-hujah yang disampaikan oleh penulis... iaitu Lebih Mudah menjemput rezeki berbanding mencari rezeki...

Dekat mana nak dapatkan buku ini?

Buku ini ada dijual di kedai-kedai buku berhampiran pada harga RM18.00 seunit... Tetapi, ada tawaran istimewa daripada Encik Hafiz  iaitu...


Sebuah buku Mudahnya menjemput rezeki
 + Percuma Tasbih Travel
 + Percuma kos Pos Laju

Pada Harga RM28 sahaja (Harga Asal RM38)

Stok Promosi ini adalah Terhad!!

Sekiranya berminat nak dapatkan tawaran harga promosi ini, anda boleh hubungi saya melalui email : nuargto@gmail.com

Siapa cepat, dia dapat... Sementara stok masih ada..

P/S : Semoga lepas ni ebook berjudul Mudahnya Dimakbulkan Doa pula yang mendapat sambutan...

5 ulasan:

  1. dalam masa dua tahun dah 11 cetakan..memang laris..

    BalasPadam
  2. Saya sudah pun membeli buku ini..saya beli pada sebelum ramadhan..masih lagi sedang membaca buku ini...buku ni sangat sesuai bagi yang tidak mahu bahan bacaan yang berat kerana penyampaian dan penulisan buku yang ringkas dan mudah difahami... ^ ^

    BalasPadam
  3. mudahan ramai yang sapat manfaatkan dan berhasil dengan korek ilmu dari buku ni.

    BalasPadam
  4. Mudahnya menjemput rezeki.. harap pembaca amalkan ilmu yang bermanfaat dari buku ini..

    BalasPadam
  5. Alamak..belum baca habis lagi lah buku ni..emmm

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra