Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ni semua orang sibuk bercakap tentang Pokemon Go. Bukan setakat dalam Malaysia je, tapi seluruh dunia tau tentang game ini.

Pokemon Go

Anak-anak saya yang masih kecik pun tahu tentang game ni.. Cuma saya jer tak bagi dia orang main... Kalau saya bagi 'Green Light' pada dia orang, memang dia orang akan jadi pemain tegar game ni... Huhuhu..

Bila dia orang dah start main Pokemon Go, tahu jer lah... Memang susah nak suruh dberhenti daripada bermain..

So, untuk langkah yang lebih selamat.... Lebih baik saya cegah daripada awal supaya senang saya nak kawal...

Walaupun saya tak bagi anak-anak saya main Pokemon Go... Tapi mereka selalu dok bercerita tentang Ustaz yang mengajar mereka dekat sekolah main Pokemon Go... Ustazah pun ada yang main Pokemon Go.. Cikgu pun ada yang main Pokemon Go...

Itu dekat sekolah..

Semasa balik kampung rumah mertua saya baru-baru ni... mereka tengok Pakcik mereka bermain Pokemon Go ketika kami sekeluarga mengunjungi Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani Ipoh Perak.

Di Rumah emak saya pun sama.... Mereka tengok mak su mereka bermain Pokemon Go...

Jadi, bila orang di sekeliling anak-anak saya boleh bermain Pokemon Go, tentu menjadi kemusykilan di hati mereka.. Kenapa mereka tak boleh nak main Pokemon Go? Sedangkan orang lain boleh main game tersebut...

Jawapan kepada persoalan tersebut, hanya ada pada saya dan isteri saya sahaja....

Sebenarnya sebelum ini dah bermacam-macam game yang mereka download ke dalam Smart Phone saya dan isteri saya... Boleh dikatakan setiap masa kerja mereka nak main game sahaja... Kesudahannya, kami delete semua game-game tersebut... Dan melarang sama sekali mereka mendownload sebarang game, sehingga sekarang.... 

So, takkanlah disebabkan adanya Pokemon Go, kami nak benarkan pula mereka bermain game semula? Tentu tak lah kan.. Peraturan tetap peraturan.... 

Ok... Itu kisah tentang keluarga saya... 


Macamana Orang Boleh Buat Duit Sambil Main Pokemon Go?

Sebenarnya dah lama saya nak tahu cara buat duit sambil main Pokemon Go... Ini khabar angin yang saya dengar masa awal-awal Pokemon Go dilancarkan, Sehingga  ramai orang begitu axcited nak main game ini.

Sememangnya saya akui game Pokemon Go ni dah trending. Ramai usahawan sekarang ni ambil kesempatan tumpang populariti game ini.
  • Ada yang buat baju T-shirt Pokemon, pastu jual.
  • Ada yang buat power bank dengan design Poke ball.
  • dan macam-macam lagi lah..
Dan yang terbaru... Haaa, inilah info yang saya cari-cari selama ini... Ada usahawan yang tengah buat duit melalui Youtube dengan bermain Pokemon GO.

Sebenarnya, saya baru tahu Cara Nak Buat Duit Sambil Main Pokemon Go ni.. Setelah membaca laman web duitvideo.com

Hmmm... memang betul rupanya ada orang boleh Buat Duit Sambil Main Pokemon Go.. Nampak macam tak berapa susah...  Mereka rakam sendiri cara bermain Pokemon Go dan upload ke Youtube!

Tak nampak muka pun muka mereka ketika sedang bermain Pokemon Go… Cuma yang nampak tangan mereka tengah main Pokemon Go...

Dengan populariti Pokemon Go sekarang ni, ramai yang berminat nak tengok video-video macam ni dalam YouTube. Memandangkan ia masih trending sekarang ni.

Jadi, kalau ada orang tengok atau Play video anda tu, mereka akan mendapat komisyen!

Ya! Inilah cara tuan Gobala Krishnan buat income melalui Youtube sehingga dah capai RM5000 dalam beberapa bulan dan ia sedang meningkat dan terus meningkat saban bulan. Secara tidak langsung telah menjadi salah satu sumber pendapatan pasif kepada beliau.

Jadi, Kalau anda berminat nak belajar langkah demi langkah dari A hingga Z bagaimana team Duit Video ni buat income melalui Youtube, saya sangat sarankan anda tonton video yang dihasilkan oleh tuan Wazeen & Gobala.

Klik link ni sekarang ==> duitvideo.com

Saya harap anda boleh luangkan masa untuk baca laman web Duit Video di atas, supaya anda akan lebih faham apa yang akan dapat anda belajar melalui panduan tersebut.


P/s : Anda boleh aplikasikan teknik ini sekiranya anda jenis orang yang suka bermain game.. Alang-alang main game, biar sampai jadi duit. Teknik ini tidak sesuai untuk diri saya dan anak saya atas sebab-sabab yang telah saya nyatakan di atas.

Info Berkaitan: