Selasa, 16 Ogos 2016

Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani Ipoh Perak memang Sedap!

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bandar Seri Botani Ipoh bukanlah tempat yang asing bagi saya.. Sebelum ni kerap juga saya berjoging bersama adik ipar saya (yang jadi Model Tudung Nai'la Shawl By Zaika) dekat Eco Park, Bandar Seri Botani, Ipoh 

Tapi... sebelum ni tak tahu pula ada kedai makan yang menjual laksa sedap di kawasan tu.. 

Pada hujung minggu baru ni, adik ipar saya ajak kami sekeluarga pergi makan Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani, Ipoh Perak

Untuk makluman... Isteri saya memang hantu laksa.. Sebaik sahaja adik ipar saya bagi tahu ada laksa sedap dekat Bandar Seri Botani, beliau excited sangat nak pergi ke sana. 

Kebetulan pula saya free masa tu... So, kami pun pergilah kedai makan Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani Ipoh Perak.

Saje jer nak rasa... Betul ke sedap sangat Laksa Telur Goreng Bersarang ni?... sepeti khabar angin yang pernah kami dengar sebelum ni...


Persepsi Saya apabila Tiba di Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani Ipoh Perak

Persepsi pertama apabila saya sampai dekat kedai tu... Terkejut.... tengok orang beratur.. Lepas tu ramai juga yang Tapau makanan.. Ada orang tapau sampai berbungkus-bungkus laksa... Ada yang tapau sampai 10 bungkus laksa... 


Laksa Telur Goreng Bersarang Bandar Seri Botani Ipoh Perak
Antara pelanggan yang beratur nak Bungkus Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani Ipoh Perak

"Amboi... Banyaknya dia bungkus Laksa.. Sedap sangat ke Laksa Telur Goreng Bersarang ni?" Bisik Hati Kecil saya

Persepsi Kedua.. Rasa Stress mencari tempat duduk..
Punyalah penuh... Kami terpaksa berdiri agak lama nak tunggu tempat duduk kosong..


Tempat duduk dekat dalam kedai penuh..

Tempat duduk dekat luar kedai pun penuh..

Pelanggan Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani Ipoh Perak
Semua Tempat duduk penuh.. huhuhu..

Apabila melihat keadaan ini... Dalam hati saya berkata... Dah tentu sedap Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani Ipoh Perak ni...

"Rugi kalau saya tak rasa Laksa dekat sini" Bisik hati kecil saya lagi

Untuk makluman, saya bukanlah peminat laksa.. Biasanya Kalau isteri saya masak laksa semasa buat open house, aya tak makan pun laksa masakan isteri saya... Walaupun ramai tetamu yang puji masakan laksa isteri saya sedap.. Sebabnya saya bukan peminat laksa..

Tapi... Bila berada dekat kedai ni... Tiba-tiba timbul perasaan teringin sangat nak menikmati keenakan Laksa Telur Goreng Bersarang ni.. 

Tapi, sebelum tu kenalah beratur dulu...

Beratur Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani Ipoh Perak
Pembancuh air Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani Ipoh Perak
Kena beratur ye kalau nak beli Laksa Telur Goreng Bersarang dan air..

Sambil beratur, sempat tengok "orang dekat dapur" menyiapkan 'oder' daripada para pelanggan.

Tukang Masak Laksa Telur Goreng Bersarang  sedap
"orang dekat dapur" sedang menyiapkan Laksa Telur Goreng Bersarang  yang dipesan oleh pelanggan..

Hmmm... Memang unik... Nampak kelainannya di situ... Sekali tengok, lagilah tak sabar nak rasa.. Macamanalah sedapnya rasa Laksa Telur Goreng Bersarang yer?

Rupanya bukan saya seorang sahaja yang tak sabar nak merasa Laksa Telur Goreng Bersarang ni (Kategori bukan peminat laksa)... Anak saya Adam yang tak berapa minat laksa ni pun sama... Like Father like son... hehehe

Adam begitu Excited menikmati Laksa Telur Goreng Bersarang 

Laksa Telur Goreng Bersarang  sedap
Isteri saya dan adik ipar saya memang peminat tegar laksa... 
Jadi, tak usah ceritalah diaorang punya Excited dekat laksa ni macamana... ;) 

Laksa Telur Goreng Bersarang
Laksa Telur Goreng Bersarang memang SEDAP!!!

Sekali rasa Laksa Telur Goreng Bersarang ni memang sedap!! rasa sekali pasti nak lagi.. Kuahnya tak pedas.. Tapi serasi untuk di makan bersama mee laksa dan Telur Goreng Bersarang.. Inilah keunikan rasa Laksa Telur Goreng Bersarang ... Lain daripada yang lain..

Serius... Peminat Laksa memang Wajib merasai Keenakan laksa ni!!  Memang terbaik!!

Senarai Harga Makanan di Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani Ipoh Perak

Senarai harga Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani Ipoh Perak

harga Laksa yang dijual di sini takderlah mahal sangat:
  • Laksa Telur Goreng Bersarang             -  RM3.50
  • Laksa Special                                     -  RM5.00
  • Laksa Tanpa Telur Goreng Bersarang   - RM2.50
  • Telur Goreng Bersarang                      - RM1.20
  • Tambah Laksa                                    - RM1.20 
  • Tambah Kuah Laksa                           - RM1.20
Bagi saya harganya cukup berpatutan.. Kalau setakat nak makan laksa kemudian bungkus bawa balik dalam sepuluh bungkus pun masih mampu lagi.. ;) hehehe..

Oklah.. Kepada yang berminat nak beli laksa Laksa Telur Goreng Bersarang di Bandar Seri Botani Ipoh Perak ni.. Bolehlah kunjungi premis perniagaan mereka atau hubungi mereka menerusi maklumat-maklumat berikut:

Alamat Premis Perniagaan:
No.1,
Jalan Margosa D/8,
Seri Margosa,
Taman Seri Botani.

No. Tel/Whatsapp :  012-4567257 (Wanie)
                                013- 5867881
                                013-5867886

Google Map Laksa Telur Goreng Bersarang, Bandar Seri Botani, Ipoh Perak
Waktu Perniagaan: 
  • Jam 12.00 tengahari hingga jam 7.00 petang.
  • Tutup hanya pada hari Jumaat.
Setakat ni sahaja perkongsian saya pada kali ini... Jumpa lagi di lain waktu... Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda, terutamanya kepada para peminat laksa di Malaysia.. Yeah!!  ;)


Info Berkaitan:

6 ulasan:

  1. Perghh power laksa kedai ni..

    Kalau ramai sampai beratur mmg sdap ler..

    BalasPadam
  2. Mmmm... boleh la. Dah rasa sekali. leih kurang je rasayan dengan laksa kat luar. Cuma disebabkan promosi dan dah ada jenama, ramai la yang datang. Tapi inilah bisnes. Citarasa mantain dan ada qualiti, boleh survive.

    BalasPadam
  3. teringin nak tahu camne rupa laksa telur goreng tu. saya pun peminat laksa

    BalasPadam
  4. Nama sahaja dah buat menggiurkan memang sedap kot ni hehehe boleh cuba nanti kalau sampai sana.

    BalasPadam
  5. tengok sarang telur tu pon dah nampak sedap. harga pun sgtttt berbaloi!

    BalasPadam
  6. aku duduk je kat Ipoh, tapi tak pernah pegi rasa pun.ahaha..syok lagi pekena laksa Polo..ehhee

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra