Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dalam entri kali ni saya nak berkongsi sedikit analisis yang telah saya lakukan tentang Bil Elektrik di Tempat kediaman baru kami sekarang ni.
Untuk makluman, saya baru berpindah ke rumah (Kuaters Politeknik) yang saya diami sekarang ni bermula pada pertengahan bulan Mac 2016. Setiap bulan saya dapati Bil Elektrik di Kediaman baru ini lebih mahal berbanding Bil Elektrik di rumah yang saya sewa sebelum ini di Sabak Bernam Selangor..
Bil Elektrik TNB pada Bulan Mei 2016 - RM258.38 (Tempoh Penggunan Tenaga Elektrik 32 Hari)
Apabila mendapati Bil elektrik di rumah baru ini agak mahal berbanding bil elektrik di rumah sewa sebelum ini, timbul keinginan kami untuk membuat Survey dengan jiran tetangga..
Berdasarkan Hasil Survey yang kami perolehi... Kami mendapati bil elektrik jiran tetangga tidak lah semahal seperti bil elektrik di rumah kami...
Jadi, ada beberapa orang rakan mengesyorkan kepada kami supaya membuat report di TNB Sungai Besar...
Sebenarnya petang tadi memang dah plan nak pergi buat report di TNB Sungai Besar... Tetapi, semasa saya nak hantar anak ke sekolah petang tadi, kebetulan pula saya terjumpa dengan seorang Juruteknik TNB yang sedang menyemak bil elektrik di blog yang saya diami..
Terus saya ambil peluang tersebut untuk bertanya kepada Juruteknik TNB tersebut... Kenapa Bil Elektrik di rumah saya sekitar RM250 pada setiap bulan... Kebetulan pula ada 2 bil elektrik berada di tangan saya pada ketika itu, lalu saya menunjukkan bil-bil elektrik tersebut kepada beliau...
Juruteknik TNB tersebut melihat kedua-dua bil yang telah saya tunjukkan tadi... Disamping turut memeriksa Meter KWJ rumah saya..
Beliau mendapati tempoh pemeriksaan penggunaan elektrik untuk kedua-dua bil yang telah saya tunjukkan melebihi 30 hari (Bil pada bulan Mei - 32 hari, manakala Bil pada bulan Jun 34 hari)....
Beliau memberitahu, ada kemungkinan kami menggunakan Tenaga Elektrik yang banyak pada 2 hari terakhir dalam Bil bulan Mei dan 4 hari terakhir dalam bil bulan Jun yang menjadi penyumbang bil jadi mahal.
Ini disebabkan bayaran yang dikenakan untuk tarif penggunaan tersebut adalah pada kadar RM0.546 untuk setiap KWJ. Iaitu lebih dua kali ganda berbanding penggunaan tenaga elektrik pada blok yang pertama iaitu pada kadar RM0.218 sahaja untuk setiap KWJ.
Bil Elektrik TNB pada Bulan Jun 2016 - RM262.15 (Tempoh Penggunan Tenaga Elektrik 34 Hari)
Pada mulanya, saya agak kurang bersetuju dengan jawapan yang beliau berikan... Tetapi setelah beliau memberikan kepada saya bil elektrik yang terbaru (Bulan Julai cuma RM69.65) saya mula mengakui akan kebenaran kata-kata beliau... Lalu beliau mengesyorkan kepada saya supaya jangan terburu-buru buat report pada hari ini.. Sebab bil elektrik di rumah saya pada bulan ini sangat rendah... Nanti pihak TNB tak percaya dengan report yang saya katakan bil elektrik di rumah saya adalah mahal...
Bil Elektrik TNB pada Bulan Julai 2016 - RM69.65 (Tempoh Penggunan Tenaga Elektrik 21 Hari)
Bil Elektrik TNB pada Bulan Mei 2016 - RM258.38 (Tempoh Penggunan Tenaga Elektrik 32 Hari)
Blog Tarif (KWJ) Penggunaan (KWJ) Kadar (RM) Amaun (RM)
1-200 206 0.218 44.91
201-300 103 0.334 34.40
301-600 310 0.516 159.96
601-900 35 0.546 19.11
654 KWJ RM 258.38
Berdasarkan kepada Jadual Diatas, lihat pada Blog ke 3 (Kadar RM0.516/KWJ) dan blog ke 4 (Kadar RM0.546/KWJ). Disebabkan bil penggunaan tenaga elektrik diambil dalam tempoh 32 hari, telah menyebabkan cas yang agak besar dikenakan pada bil tersebut dengan kadar RM0.516 (RM159.96) pada blok ke 3 dan 0.546 (RM19.11) pada blok ke 4 disebabkan kuota untuk blok ke 3 telah penuh.
Bil Elektrik TNB pada Bulan Jun 2016 - RM262.15 (Tempoh Penggunan Tenaga Elektrik 34 Hari)
Blog Tarif (KWJ) Penggunaan (KWJ) Kadar (RM) Amaun (RM)
1-200 227 0.218 49.49
201-300 113 0.334 37.74
301-600 339 0.516 174.92
679 KWJ RM 262.15
Berdasarkan kepada Jadual Diatas, lihat pada Blok ke 3 (Kadar RM0.516/KWJ). Disebabkan bil penggunaan tenaga elektrik diambil dalam tempoh 34 hari, telah menyebabkan cas yang agak besar dikenakan pada bil tersebut dengan kadar RM0.516 (RM174.92).
Bil Elektrik TNB pada Bulan Julai 2016 - RM69.65 (Tempoh Penggunan Tenaga Elektrik 21 Hari)
Blog Tarif (KWJ) Penggunaan (KWJ) Kadar (RM) Amaun (RM)
1-200 200 0.218 43.60
201-300 78 0.334 26.05
278 KWJ RM 69.65
Berdasarkan kepada Jadual Diatas, penggunaan tenaga elektrik hanya sampai blok ke 2 sahaja (Kadar RM0.334/KWJ). Ini disebabkan bil penggunaan tenaga elektrik diambil untuk tempoh 21 hari sahaja.
Apa yang dapat kita pelajari melalui analisis ini?
- Semakin Lewat pemeriksa meter TNB datang ke rumah kita, semakin besarlah kadar bayaran yang akan dikenakan pada bil elektrik kita. Setiap kali kita menggunakan tenaga elektrik pada hari-hari terakhir kita akan dikenakan cas penggunaan elektrik diantara RM0.516KWJ (Blok 3) dan 0.546KWJ (Blok 4). tak ke naya pengguna :(
- Perlu peka bila tarikh terakhir pemeriksa Meter Elektrik mengeluarkan bil terkini.. supaya kita dapat lebih berjimat ketika menggunakan tenaga elektrik pada hari ke 25 sehingga pemeriksa meter TNB datang semula ke rumah kita.
- Perlu beringat tentang blok Tarif Elektrik yang ditetapkan oleh TNB >>> Blok 1 (RM0.218/KWJ), Blok 2 (RM0.334/KWJ), Blok 3 (RM0.516/KWJ), Blok 4 (RM0.546/KWJ), dan Blok 5 (RM0.571/KWJ). Seboleh-bolehnya kena jimatkan tenaga elektrik supaya dapat mengelakkan daripada dikenakan cas penggunaan elektrik pada blok ke 4 dan ke 5.
Rujukan dari TNB:
Tarif Penggunaan Tenaga Elektrik Berkuatkuasa pada 1 Januari 2014
Sumber : Klik Di Sini
Info Berkaitan:
- Panduan Menjimatkan Bil Elektrik Di Rumah Anda
- Tarif Elektrik Baru 2014
- Jawatan Kosong : Juruteknik TNB di Seluruh Malaysia
- 3 Berita gembira dari Digi, TNB dan Nuffnang..
pening kepala saya tuan untuk memahami perkara yang berbentuk teknikal begini..apa yang pasti penggunaa elektrk rumah saya juga tinggi dalam lingkungan RM70 hingga RM80 sebulan
BalasPadambulan ni bil letrik kami 240 berbanding bulan lepas 120, double tu kenaikannya
BalasPadamSaya punya bil pun jadi double
BalasPadam