Khamis, 24 Oktober 2013

Panduan Menjimatkan Bil Elektrik Di Rumah Anda

with 17 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Ramai jiran-jiran saya mengeluh disebabkan bil elektrik di rumah mereka melambung naik... Ada jiran saya yang terpaksa membayar bil elektrik sehingga RM300 sebulan, Ada yang RM200 sebulan dan sebagainya... 

Apabila mereka bertanya kepada saya, berapa paling banyak bil elektrik yang pernah saya bayar??... Saya jawab dalam RM150.00, tapi kebiasannya sekitar RM60-RM80 sebulan....

Mereka bertanya lagi kepada saya, kenapa bil elektrik di rumah saya begitu rendah berbanding bil elektrik di rumah mereka??

Saya jawab, ikut penggunaan... Walaupun saya ada penghawa dingin dekat rumah, tapi takderlah saya onkan penghawa dingin 24 jam... Macam tu juga dengan penggunaan alat elektrik yang lain, guna apabila ada keperluan sahaja... 

Contohnya ketika kita menggosok pakaian... Nak gosok pakaian pun ada tekniknya juga... Kalau boleh dalam sehari kita kumpul semua baju untuk digosok, gosok sekali sahaja dan matikan suis seterika apabila semua baju telah selesai di gosok.... 

Jangan gosok sehelai baju, lepas tu offkan iron... Lepas tu nak gosok baju yang lain, onkan balik dan offkan balik selepas selesai menggosok... dan seterusnya... Keadaan ini akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak, disebabkan setiap kali nak menggosok sehelai baju, kita terpaksa memanaskan semula iron yang telah sejuk.... ;)


Selepas itu, mereka bertanya lagi.... Kenapa bil elektrik di rumah mereka meningkat dua kali ganda berbanding sebelum ini?

Saya menjawab, keadaan ini berlaku disebabkan perubahan tarif blok penggunaan elektrik yang telah dilaksanakan oleh TNB... Dulu tarif penggunaan elektrik untuk blok pertama agak besar berbanding sekarang.... Sekarang ni tarif penggunaan elektrik untuk setiap blok telah dikecilkan... Contohnya untuk blok pertama, sekarang telah dihadkan kepada 1-200 KWh sahaja, berbanding sebelum ini yang jauh lebih besar... (Cuma saya tak ingat berapa had kadar penggunaan elektrik bagi blok pertama)..

Jadi, apalagi saya pun mulalah menggoogle.... Hasilnya...


Sumber : Klik Di Sini

Kadar tarif penggunaan elektrik (1 Mac 2009) untuk blok pertama ialah bermula dari 1-500 Kwj dengan kadar bayaran RM0.286 untuk setiap KWJ... Untuk maklumat lanjut boleh rujuk pada jadual di bawah:

Sumber : Klik Di Sini

Pada masa tu ada dua kategori tarif... Iaitu Tarif Pertama bagi jumlah penggunaan diantara 0-400 kWj dan tarif kedua untuk penggunaan melebihi 400 kWj... Untuk membantu anda memahami perbezaan bagi kedua-dua tarif ini boleh tengok pada gambar di bawah..  

Sumber : Klik Di Sini

Bil disebelah kira menunjukkan penggunaan elektrik melebihi 400 kWj sebulan, manakala bil disebelah kanan menunjukkan penggunaan elektrik di bawah 400 kWj sebulan... 

Tapi itu cerita dulu... Sehingga ke tahun 2012... Berdasarkan pemerhatian saya, Bil elektrik di rumah saya bagi bulan Oktober 2011 masih menggunakan tarif di atas... 

Pada tahun 2013 tarif mula berubah... Perubahan Tarif Penggunaan Elektrik sebenarnya mula berlaku pada 13/11/2012, Tetapi saya tak perasan disebabkan kebanyakan bil elektrik di rumah saya dah tak dapat dijumpai... Mungkin sebahagiannya telah pun dibuang... Hanya dapat jumpa beberapa bil sahaja....


Bil Elektrik bulan Mei 2013



Bil Elektrik bulan September 2013..

Kedua-dua bil di atas menunjukkan tarif blok penggunaan elektrik telah berubah.. Tarif untuk blok pertama melibatkan penggunaan elektrik daripada 1-200 kWj dengan kadar bayaran RM0.218 untuk setiap kWj, kemudian diikuti 100 kWj seterusnya dengan kadar bayaran RM0.334 untuk setiap kWj, dan untuk setiap pertambahan 100 kWj seterusnya terdapat kadar bayaran lain yang dikenakan... Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pada jadual di bawah:


Sumber : Klik Di Sini

Sehingga ke tahap ini, saya harap anda dapat memahami kenapa bil elektrik di rumah kita sekarang boleh meningkat sehingga 2 kali ganda walaupun penggunaannya sama berbanding tahun lepas atau beberapa tahun sebelum ini.... 

Apa bendanya kWh ni? Macamana nak dapatkan nilai tersebut?

kWh ni ialah Kilo Watt Hour atau dalam bahasa Melayunya kilo Watt jam... Tenaga elektrik yang kita gunakan di rumah dalam tempoh satu jam... Nak dapatkan nilai tenaga, caranya ialah dengan mendarabkan Voltan dan Arus yang kita gunakan pada setiap peralatan elektrik..
Voltan X Arus = Watt

Contohnya penggunaan tenaga elektrik untuk mengecas bateri Komputer Riba... 

Voltan x Arus = Watt
19.5V x 3.34A = 65.13W

Tarif penggunaan elektrik:
1000W/Jam = 21.8sen
1W/Jam = 21.8sen/1000
 = 0.0218sen

65.13W/Jam = 0.0218sen x 65.13W 
= 1.142sen / Jam


Jadi, kadar penggunana tenaga elektrik untuk mengecas bateri Komputer riba anda ialah sebanyak RM1.142 sen/jam... 

Sekiranya anda nak buka perniagaan seperti Cyber Cafe, pasaraya, mini runcit dan sebagainya, anda perlu turut mengambil kira kos penggunaan elektrik di kedai anda, supaya anda dapat menaggarkan keuntungan yang bakal anda perolehi... Sekiranya seorang peniaga tidak berminat nak ambil tahu kos penggunaan elektrik untuk perniagaan mereka, tidak hairanlah ada perniagaan yang terpaksa gulung tikar disebabkan kegagalan mereka membayar bil elektrik yang tertunggak.... 

Macamanan nak jimatkan bil elektrik di rumah anda?

Saya syorkan supaya anda membaca buku-buku atau ebook yang dijual dipasaran tentang cara untuk menjimatkan tenaga elektrik... Tak rugi anda membaca... Dengan pembacaan anda, mungkin dapat membantu anda menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sehingga RM30 - RM50 sebulan... 

Salah satu ebook yang boleh saya syorkan kepada anda ialah Panduan Jimat Elektrik..

Isi Kandungan Ebook Panduan Jimat Elektrik

Untuk memberikan anda gambaran yang lebih jelas mengenai ebook ini, berikut adalah isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini :-




  • Bab 1 : Mengapa Perlu Bayar Lebih Bil Elektrik Bulanan Anda.
  • Bab 2 : Panduan Dan Nasihat tentang penjimatan elektrik dan kesannya kepada dunia!
  • Bab 3 : Penjimatan Elektrik Bermula Di Rumah Anda- peratusan penggunaan elektrik bagi setiap peralatan yang terdapat di dalam rumah anda!
  • Bab 4 : Tarif Elektrik Bagi Kediaman - Perkara asas yang perlu anda ketahui untuk mula menjimatkan elektrik di dalam rumah anda.
  • Bab 5 : Pengiraan Bil Elektrik - anda perlu tahu bagaimana bil elektrik rumah anda dikira untuk langkah permulaan penjimatan elektrik.
  • Bab 6 : Peralatan Yang Mempunyai - Faktor yang banyak menyebabkan penggunaan elektrik di rumah anda meningkat tanpa anda sedari!.
  • Bab 7 : Ruang Tamu - Ruang yang paling banyak menggunakan elektrik di dalam ruamh anda, ketahui bagaimana anda boleh menjimatkan elektrik di ruang ini!
  • Bab 8 : Bilik Tidur - ruang dimana selalunya penyaman udara diletakkan. Penyaman udara adalah merupakan antara peralatan yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik di dalam rumah. Keadaan ruang bilik tidur anda juga sebenarnya memainkan peranan yang penting di dalam menjimatkan elektrik dalam penggunaan penyaman udara. Ketahui rahsianya di dalam ebook ini!
  • Bab 9 : Ruang Dapur - Terdapat banyak peralatan elektrik yang kecil-kecil di dapur. Semuanya boleh menyumbang kepada penggunaan elektrik yang berlebihan. Jadi, setiap peralatan perlulah diketahui cara penggunaannya dengan betul!.
  • Bab 10 : Rahsia & Tips Penjimatan Alat Elektrik - Tips secara terperinci di dalam menggunakan 23 peralatan elektrik yang terdapat di dalam umah anda. 
  • Bab 11 : Pembelian Peralatan Elektrik Yang Baru - Memberikan anda tips di dalam memilih peralatan-perlatan elektrik yang ingin dibeli pada masa akan datang.
  • Bab 12 : Pemeriksaan & Pengauditan Tenaga - Ketahui 3 cara melakukan pemeriksaan penggunaan elektrik di rumah anda.

Sumber : Klik Di Sini

Semoga dengan perkongsian ini, akan dapat membantu anda mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat naik sejak akhir-akhir ini... In Shaa Allah... 

17 ulasan:

  1. mm dah agak dah mmg naik..sbb bil bulan lepas mmg jauh naik

    BalasPadam
  2. Setkat ni bil masih terkawal hihihi

    BalasPadam
  3. Kalau guna solar panel dapat membantu jimat elektrik tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos pemasangan solar tinggi. Kalau dapat membuat sifat-sifat membazir boleh turun bil elektrik. Salah satunya jangan biarkan barangan elektrik didalam energy saver atau sleep mode.

      Padam
  4. tak pernah ambik tahu pun pasal kadar tuh semua , dapat bill den terus bayar jer...hehe

    apapun perkongsian yang bagus bro , tq...

    BalasPadam
  5. Setakat ini bil elektrik saya sekitar RM60 walaupun mengunakan penghawa dingin setiap malam. Seperti bro tulis ia semuanya bergantung kepada sikap. Kita perlu tahu peralatan lektrik yang mana mengunakan tenaga tinggi.

    Amalan kecil seperti menutup lampu setiap kali keluar dari bilik air. Mengunakan lampu penjimat elektrik. Rumah saya ada kombinasi lampu LED dan Energy Saver.

    BalasPadam
  6. nak jimat lagi kan.. off kan segala suis kecuali PETI AIS.... hahahaha........

    memang jimat giler kalu gitu.. sbb jiran ada buat gitu.... bill dia dlm RM60 jer...

    sbb pas keje pun kul 6 ptg br ada umah....

    Sumijelly.com

    BalasPadam
  7. Saya pernah tengok satu rancangan doku Korea ni. Surirumah ni hanya membayar bil kurang RM50 sebulan dgn isirumah 3 org. Cara yg digunakan memang respek habis. Apa yg saya buat skrg ialah tutup PC jika tak guna lebih 30min dan cabut plug utk setiap brgn yang tak guna (tp ni yg mak saya marah sgt). Masa mak balik kampung 3 minggu dan tinggal saya seorang. Memang nampak beza bil letrik.

    BalasPadam
  8. insyallah tahun depan bila duduk rumah sendiri kena lebih peka lagi

    BalasPadam
  9. Memang sesuai panduan ini buat masa skrg ni

    BalasPadam
  10. sharing is caring.....kalau bil banyak tu agak menyakitkan hati jugak.......

    BalasPadam
  11. sayapun takat ni masih terkawal sebab takde komputer, laptop dan seangkatan dengannya...lagipun hanya bertiga :)

    BalasPadam
  12. Jimatkan penggunaan alat2 elekterik yg menggunakan banyak kuasa spt cerek, periuk nasi, water heater dan air-con krn biasanya menggunakan elekterik sebyk 3000W

    BalasPadam
  13. Yang sebenarnya sikap kita sebagai pengguna tu yang kena ubah. Contoh macam pakai aircond tu tak payah la dari malam sampai ke pagi nak on je..boleh set timer. Bak kata adibah nor kalau nak jimat tu boleh je..

    BalasPadam
  14. Bil Elektrik TNB rumah teres, apartment, condo/ kedai / office anda melambung tinggi??
    Sy ada buat SERVIS JIMAT ELEKTRIK di seluruh semenanjung Malaysia. Boleh jimat tenaga elektrik 30-50% tiap bulan.
    Sesiapa yg perlu khidmat saya ni, sila WhatsApp / SMS Khai +60133332502 . Memang berkesan, berbaloi & menjimatkan.
    Layari http://selangorshop.com

    Meter utk rumah (single phase) : RM450
    Meter utk rumah, restoran, kedai & & pejabat (three phase) : RM1150

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra