Khamis, 5 Disember 2013

Tarif Elektrik Baru 2014

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.... 

Tarif Elektrik akan berubah lagi pada tahun 2014 ini... Bila tarif elektrik berubah, pastinya bil elektrik di rumah anda akan meningkat sedikit berbanding sebelum ini.. 

Walaubagaimanapun kenaikan Tarif elektrik ini hanya akan di rasai oleh pengguna elektrik yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 300 kWh sebulan... 

Bagi rakyat Malaysia yang menggunakan tenaga elektrik di bawah paras 300 kWh, anda tidak perlu risau.. Sebab tiada perubahan untuk bil elektrik di rumah anda.. 

Kalau tak percaya boleh tengok jadual di bawah... Jadual ini saya perolehi melalui laman web TNB sendiri yang turut saya nyatakan sumbernya di bawah jadual tersebut... 


Sumber : Klik Di Sini

Dalam Jadual Tarif Elektrik Baru 2014 di atas, terdapat peningkatan tarif penggunaan elektrik bermula pada 300 kWh ke atas.. Banyak juga peningkatannya berbanding sebelum ini... 


Jika sebelum ini tarif penggunaan elektrik bagi 301-400 kWh pada harga 40.0 sen/kWh, 401-500 kWh pada harga 40.20 sen/kWh, dan 501-600 kWh pada harga 41.60 sen/kWh... Tetapi bermula pada Januari 2014 nanti, ketiga-tiga tarif elektrik tersebut telah berubah menjadi 51.60 sen/kWh...

Begitu juga untuk tarif penggunaan elektrik bagi 600-900 kWh yang sebelum ini mempunyai rate tertentu untuk setiap 100 kWh, kini telah berubah menjadi 54.60 sen/kWh... Dan akhir sekali perubahan rate bagi 900 kWh ke atas daripada 45.40 sen/kWh kepada 57.10 sen/kWh...

Berapa kadar purata bayaran bil elektrik di rumah anda sekarang?
  • RM50.00?
  • RM60.00?
  • RM70.00?
  • RM80.00?
  • RM90.00?
  • RM100.00?
  • RM100.00 ke atas? 

Jika bayaran bil elektrik di rumah anda sekarang di bawah RM77.00, anda tidak perlu risau.. Ini disebabkan tarif Baru elektrik 2014 langsung tidak akan memberi kesan kepada penambahan bil elektrik semasa di rumah anda... Ini berdasarkan pengiraan kadar bayaran seperti berikut:

Kiraan bayaran untuk 200 kWh pertama    (1-200 kWh)    >>>>> 21.80 X 200  =  4360 sen
Kiraan bayaran untuk 100 kWh berikutnya (201-300 kWh) >>>>> 33.40 X 100  =  3340 sen
                                                                                                               ------------
                                                                                                                7700 sen
                                                                                                               -------------

7700 sen atau bersamaan dengan RM77.00 bagi penggunaan elektrik di bawah 300 kWh.. Jadi, sekiranya anda nak pastikan Tarif Elektrik Baru 2014 tidak memberi sebarang kesan kepada bil elektrik di rumah anda.... Anda kena pastikan penggunaan tarif penggunaan elektrik bulanan tidak melebihi 300 kWh...

Kalau tak, anda terpaksalah membayar bil elektrik yang jauh lebih mahal berbanding sekarang.... 

Saya berharap anda dapat memahami info ringkas yang cuba saya sampaikan melalui entri ini.. 

Sekiranya anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut, cara untuk menjimatkan bil elektrik, saya syorkan anda membaca entri yang pernah saya tulis sebelum ini bertajuk Panduan menjimatkan Bil Elektrik Di Rumah Anda



6 ulasan:

  1. betul kalau bawah 300kwh, tak terkesan dengan tariff baru. ada banyak panduan ni, nak kenalah berusaha dan disiplinkan diri dan keluarga juga.

    BalasPadam
  2. Dari sekarang kena belajar berjimat-cermat terutama apabila guna peralatan elektrik ni

    BalasPadam
  3. Kena pastika penggunaan elektrik bwh 300 kwh

    BalasPadam
  4. Keputusannya masih bijak dengan tidak menaikkan tarif elektrik untuk nilai tertentu. Semoga saja keputusan ini tidak memberatkan banyak masyarakat ya..

    BalasPadam
  5. dari awal disiplin kan diri utk jimatkan elektrik..
    byk perkara dah naik ni kena pandai manage duit utk thn 2014..

    BalasPadam
  6. memang peninggg kepala dgn bil elektrik sekarang ni.. rm100 ke atas tu dah biasa.. skrg dah main rm200 ke atas pula....

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra