Rabu, 18 Mei 2016

Ustaz Asraff Bayar RM520 melalui satu artikel di blog saya. Syukur Alhamdulillah

with 27 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebelum ini, saya pernah share satu post di facebook (akaun Peribadi) tentang seorang Ustaz yang telah membayar sebanyak RM520 kepada saya..... hanya melalui satu artikel yang diterbitkan di blog saya...

Yurp... Ini cerita benar!!... 

Pengalaman tersebut baru sahaja berlaku pada 13 Mei 2016 (hari Jumaat yang lepas)... 

Gambar di bawah menunjukkan bukti bayaran yang saya terima daripada akaun semasa syarikat milik Ustaz Asraff Ayob iaitu Furqan Works Sdn. Bhd.

Bayaran yang saya terima daripada akaun Syarikat milik Ustaz Asraff Ayob  melalui satu artikel di blog saya.


Kenapa saya begitu tertarik untuk share pengalaman ini?... 

Walaupun terdapat beberapa pendapatan lain yang saya terima melalui pengiklanan blog seperti JobDiRumah.com, TudungSicomel.com, BookCafe.comonexoxcenter.com, Klikjer.com, dan lain-lain yang tidak saya kongsikan di blog saya.

Sudah pasti ia menjadi tanda tanya bukan?

Sebenarnya ada satu cerita menarik disebalik kisah ini yang ingin saya kongsikan... Bagaimana saya boleh mendapat bayaran sebanyak RM520 daripada Ustaz Asraff Ayob, melalui satu artikel di blog saya..

Ceritanya bermula begini...

Pada satu hari, saya mendapat satu email daripada Ustaz Asraff Ayob... Beliau meminta saya mempromosikan Seminar Tajwid Luar Biasa yang akan diadakan di dua lokasi iaitu:
  • Kuala Kangsar, Perak
  • UKM Bangi, Selangor
Saya mendapat email ini disebabkan saya merupakan salah seorang Suscriber beliau..

Antara Isi kandungan Email yang saya terima daripada Ustaz Asraff Ayob

Dalam email tersebut... Ustaz Asraff Ayob siap bagi langkah demi langkah untuk memudahkan saya mempromosikan seminar ini secara Online...

Tetapi... saya lebih tertarik untuk membantu Ustaz Asraff Ayob dengan cara menulis sebuah artikel di blog saya..... maka terhasillah sebuah artikel bertajuk Seminar Tajwid Luar Biasa di Kuala Kangsar dan KL

Siapa belum pernah membaca artikel tersebut, silalah baca... Klik sahaja link di atas..


Semasa artikel tersebut ditulis, niat saya cuma nak share kebaikan menyertai seminar ini... 

Saya tak mengharap pun boleh dapat bayaran yang lumayan... Sebab berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, bukan mudah nak ajak orang pergi menghadiri seminar.. Lebih-lebih lagi Seminar berkaitan dengan agama seperti ini..

Tapi.... Benar kata orang... rezeki bukan kita yang tentukan... Tapi Allah yang tentukan...

Siapa sangka... email yang pernah dihantar oleh Ustaz Asraff Ayob kepada saya sebelum ini, membuka satu lagi pintu rezeki kepada saya...

Dan berikut merupakan email terakhir yang saya terima setakat ini daripada Ustaz Asraff Ayob..  

Email terakhir yang saya terima setakat ini daripada Ustaz Asraff Ayob..  Syukur Alhamdulillah...


Apa yang dapat saya belajar melalui pengalaman berharga ini??..

1. Bantulah seseorang yang memerlukan pertolongan kita dengan Ikhlas... Tanpa mengharapkan sebarang balasan... Lebih-lebih lagi orang yang membuat kerja-kerja agama seperti berdakwah, mengajak orang pergi mendengar ceramah, mengaji dan sebagainya.. Walaupun pertolongan yang kita berikan, belum tentu mendatangkan sebarang keuntungan kepada kita..

2. Gunakanlah Skill yang kita ada untuk membantu orang lain yang memerlukan bantuan kita. (Ini juga salah satu cara untuk kita bersedekah)    
Nak belajar Skill Buat Duit Dengan Blog? Boleh dapatkan panduan di bawah:
-> Panduan Lengkap Buat Duit Dengan Blog (Klik Di Sini)

3. Sentiasa berfikiran positif dalam apa juga tindakan. Dan yakin rezeki Allah itu ada di mana-mana. In Shaa Allah rezeki akan datang kepada kita dalam bentuk yang tidak disangka-sangka..

4. Berusaha melakukan amalan-amalan menjemput rezeki seperti Solat Dhuha, Solat Hajat, banyakkan berdoa, rajin bersedekah, dan lain-lain.. 

Masih terngiang-ngiang lagi pesanan Ustaz Don di telinga saya sehingga sekarang.. 

"Kalau kita tak nak buat kerja-kerja agama (Berdakwah), Allah S.W.T akan gantikan orang yang sanggup melakukannya. Dalam hidup ini kita sentiasa perlukan Allah S.W.T... 
Tapi, Kalau Allah S.W.T tak nak kita berada di muka bumi ini, dalam sekelip mata sahaja Allah boleh lenyapkan kita dari muka bumi ini. 
Kalau Allah tak nak seribu orang yang ada dekat muka bumi ini... Allah boleh hilangkan seribu orang dengan bergitu sahaja melalu bencana alam seperti Tsunami, Gempa Bumi, Banjir, Kemarau dan sebagainya. 
Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang Allah nak kita berada di muka bumi ini.. In Shaa Allah" 
Ustaz Don, TV Al-Hijrah

Sekian sahaja untuk kali ini... Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T... Dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri... 

Info Berkaitan:


27 ulasan:

  1. Alhamdulillah..rezeki :D
    Mungkin niat asal cuma ingin berkongsi saja tanpa mengharapkan balasan, Allah beri rezeki dalam bentuk wang ringgit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki di tangan Allah... Allah yang berhak menentukan kepada siapa yang Allah nak bagi.... Yang penting kita perlu sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T.... In Shaa Allah..

      Padam
  2. tahniah.

    banyak jugak dapat tu.

    BalasPadam
  3. wah...semoga berlimpah ruah lagi rezeki dari Allah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. terima kasih sebab tolong doakan kejayaan saya.. saya doakan semoga awak pun macam tu juga.. In Shaa Allah..

      Padam
  4. ciktom pun subscribe dan dapat email..tp xberpeluang nak bt artikel busy...

    tapi mmg bagus perkongsian artikel utk join seminar tajwid..bukan fikir pulangan duit je..seronok berjaya ajak orang ramai belajar agama..

    semoga bro anuar sekeluarga dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul.. saya tolong promote seminar tersebut bukan disebabkan duit semata2..

      kalau tak berjaya dpt duit pun tak apa, yg penting niat kita utk mengajak org lain belajar mengaji Al-Quran.. ini juga salah satu usaha dakwah..

      Terima kasih atas doa Cik Tom..

      Padam
  5. The more u give the more u get. Kipidap tuan!

    BalasPadam
  6. The more u give the more u get. Kipidap tuan!

    BalasPadam
  7. syukur dan tahniah tuan ......**tiba2 saya pun macam berminat nak tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Eloklah tu... Nak berjaya dalam sesuatu bidang kita perlu sentiasa belajar.... Belajar.... Belajar dan terus belajar....

      Padam
  8. Balasan
    1. In Shaa Allah boleh... Tapi cuma segan sikitlah... sebab saya dapat rezeki ni pun nasib-nasib jer... hehehe

      Padam
  9. Balasan
    1. Alhamdulillah... terus mendoakan saya yer...

      Padam
  10. ALHAMDULILLAH, jika ikhlas rezeki pun meluas. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin... doakan semoga saya terus ikhlas dalam penulisan blog..

      Padam
  11. Entri yang menarik...saya temui laman web ini dari forum luar. hebat cerita perkongsian & pengalaman. saya akan mengesyorkan laman web ini untuk kawan-kawan saya di luar sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Dari forum mana tu yer? .. nak tahu juga..
      Terima kasih kerana support blog saya... ;)

      Padam
  12. tahniah, rezekiyang tak disangka kan..sbb bukan mudah nk berjaya buat affilate ini jika tiada kesungguhhan, namun itulah namanya rezeki allah bagi . syukur alhamdulillah.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra