Rabu, 6 April 2016

Tips dan Rujukan Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

with 6 comments
Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 akan diadakan pada 15hb April 2016 bermula jam 8 malam sehingga 10.25 malam. Ini merupakan maklumat terbaru yang saya terima daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Sekiranya anda pernah memohon jawatan ini pada awal tahun yang lalu, saya syorkan anda membuat semakan status exam anda di

Iklan Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41


Maklumat Asas Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Untuk makluman anda, jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41 dibuka ambilannya melalui SPA dan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam. Berikut adalah maklumat asas yang berkaitan dengan jawatan ini:
  • Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
  • Kementerian/Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Jadual Gaji :

GAJI MINIMUM


GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM2,146.00
RM8,718.00
RM225.00
Jadual Gaji Pegawai Teknologi Maklumat F41

Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,146.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,353.44 ] atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,664.78 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji Permulaan : RM2,976.11 ] dan
  • Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
  • mempunyai kelayakan di atas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41
Antara Tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41

Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41:
  • Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.



61 Kekosongan Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41
Pada tahun ini, terdapat 61 Kekosongan Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41 yang perlu diisi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ke Pelbagai Jabatan-jabatan kerajaan di seluruh Malaysia.

Justeru itu, satu peperiksaan secara online akan diadakan bertujuan untuk menapis calon sebelum di senarai pendek untuk dipanggil menghadiri temuduga. 

Medium peperiksaan online kali ini agak mendebarkan calon terutama kepada calon yang ada pengalaman menghadapi peperiksaan SPA untuk jawatan yang sama pada tahun 2013. 

Mengikut rekod, bilangan calon yang pernah menduduki peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 pada tahun 2013 adalah seramai 16042 calon. Bilangan calon yang lulus dan dipanggil menghadiri temuduga adalah seramai 528 calon sahaja. 

Statistik Exam Pegawai Teknologi Maklumat F41 tahun 2013

Ini menunjukkan seramai 15514 (96.71%) calon yang gagal dalam Exam Pegawai Teknologi Maklumat F41 pada tahun 2013. Banyak tu. Jadi, bukan mudah untuk lulus dalam Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41, sekiranya calon langsung tidak membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Nasihat saya, jangan jadi seperti mereka!!. Pastikan anda membuat persediaan sebelum menduduki Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 pada 15 April ini.

Jadi... Sudahkah anda bersedia untuk mendapatkan Tips dan Rujukan Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41?

Sekiranya anda nak lulus Exam SPA pada 15 April ini, anda WAJIB mendapatkan Tips dan Rujukan peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 melalui artikel ini. 

Pecahan Seksyen Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Berdasarkan maklumat terkini yang saya terima daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, Peperiksaan ini mengandungi 3 seksyen iaitu:

1. Pengetahuan AM
Terdapat 50 soalan aneka pilihan yang akan ditanya merangkumi topik ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.  Anda diberi masa untuk menjawab dalam masa 40 minit. Antara maklumat yang perlu anda tahu sebagai persediaan untuk menjawab soalan dalam seksyen ini ialah program-program yang dijalankan oleh kerajaan pada masa sekarang seperti GTP, ETP dan pelbagai program transformasi yang telah dilaksanakan. Jangan risau, anda boleh dapatkan nota ringkas yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Nota tersebut sudah pasti dapat memudahkan kerja anda daripada terpaksa mencari banyak rujukan dan buat persediaan sendiri. Sudah pasti akan membuang banyak masa. Jimatkan masa anda dan buat persediaan sekarang.  Klik Di Sini jika berminat untuk mendapatkannya.


2. Daya Penyelesaian Masalah
Terdapat 40 soalan yang perlu dijawab dalam seksyen ini dalam tempoh masa masa 45 minit. Anda akan diuji dengan soalan kemahiran logik, menterjemah data dan kemahiran matematik serta IT. Jadi perlu ingat kembali kemahiran dan pengetahuan IT anda kerana anda bakal menjadi bakal seorang pegawai IT yang akan menjaga infrastruktur IT negara.

3. Psikometrik
Anda jangan terkejut jika saya katakan ada Ujian Psikometrik dalam Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 kali ni. Dalam seksyen ini anda perlu menjawab lebih kurang 200 soalan dalam masa 30 minit. Dalam tempoh masa tersebut anda perlu memerah otak untuk menjawab soalan yang menguji diri dan juga minda anda. Ia sangat “tricky”, ramai calon gagal disebabkan gagal mengenalpasti kemahuan dan keperluan yang diperlukan kerajaan dalam seksyen ini.

Inilah pecahan seksyen yang bakal menguji anda pada 15 April nanti. Ia memang sukar kerana melibatkan peperiksaan pada peringkat PEGAWAI gred 41. Anda bakal menjadi bos-bos di jabatan kerajaan dalam bidang IT. Sebelum jadi BOS, terlebih dahulu pihak SPA nak menguji kelayakan dan tahap IQ anda supaya anda benar-benar layak untuk mendapatkan kerjaya yang anda idamkan.


Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41


Seksyen 1: Pengetahuan Am 

Penerangan Format

Setiap calon diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan (tertakluk kepada jenis peperiksaan SPA). 

Tapi secara umumnya format ini merupakan format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014, iaitu :
  • Tempoh: 40 minit
  • Jumlah Soalan: 50 soalan

Soalan yang terkandung dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. 

Ini merupakan satu kriteria penting yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini. 

Antara skop pengkhususan (PENTING) soalan dalam bahagian ini ialah;

Soalan KHUSUS berkaitan jawatan (PENTING!)
  • Sebagai contoh: Untuk jawatan Pegawai Teknologi Maklumat, seharusnya ada soalan berkaitan jawatan dan Jabatan.
  • Juga terma-terma berkaitan tugas Pegawai Teknologi Maklumat 
  • Ianya khusus untuk menguji kepekaan pemohon terhadap kementerian/jabatan terlibat. Buat persediaan khusus tertumpu pada pecahan ini


Contoh Soalan Seksyen 1:

1.       Yang manakah bukan merupakan Enjin Carian Internet?

A.      Mozilla Firefox
B.      Microsoft Bing
C.      ASK.Com
D.      Google


2.    Orang perseorangan yang melakukan jenayah komputer ialah

A.      Sci-fi techie.
B.      Debugger
C.      CRT Bug
D.      Hacker


3.       Di antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan Kabinet

I.      Kabinet diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara
II.      Fungsi Kabinet menggubal dasar-dasar negara
III.      Semua menteri dan timbalan menteri menghadiri mesyuarat Kabinet seminggu sekali
IV.      Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara

A.      I, II sahaja
B.       III, IV sahaja
C.      I, II, IV sahaja
D.       I, II, III, IV


4.    Pilih jawapan yang tepat mengenai peranan dan tugas Yang Dipertua Negeri

A.      Ahli Majlis Raja-Raja
B.      Memilih Yang di-Pertuan Agong
C.      Melantik Ketua Menteri
D.      Mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri 


             5.    Bukan semua Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjadi Perdana Menteri. Tetapi semua Perdana 
                     Menteri kecuali Tunku Abdul Rahman  pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri.
                     Siapakah antara berikut tidak pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia?

A.      Tun Dr Ismail Abdul Rahman
B.      Tun Ghafar Baba
C.      Dato’ Seri Anwar Ibrahim  
D.      Tan Sri Mohamad Ghazali Shafie


Soalan KHAS GTP:

Contoh Soalan & Jawapan GTP


6.       Global Peace Index mengiktiraf Malaysia sebagai

A.      Negara keempat paling selamat dan aman di Asia Pasifik
B.      Negara kedua belas paling selamat dan aman di Asia Pasifik
C.      Negara kelapan paling selamat dan aman di Asia Pasifik
D.      Negara ketiga paling selamat dan aman di Asia Pasifik


7.    Membanteras rasuah adalah salah satu cabang dalam NKRA di bawah program transformasi kerajaan (GTP). Menteri yang bertanggungjawab dalam NKRA Rasuah adalah

A.      Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal
B.      Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn
C.      Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil
D.      Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz


             8.    Usaha mempertingkatkan infrastruktur asas luar Bandar yang diterajui oleh Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal merujuk kepada
A.      NKRA LIH
B.      NKRA RBI
C.      NKPI
D.      NKRA UPT

Seksyen 2: DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
 

Penerangan Format

Setiap calon diberikan masa 45 minit untuk menjawab 40 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan (tertakluk kepada jenis peperiksaan SPA). 

Tapi secara umumnya format ini merupakan format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014, iaitu :
  • Tempoh: 45 minit
  • Jumlah Soalan: 40 soalan
Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Menggunakan Logik untuk Menyelesaikan Masalah.

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih
jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.    


Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Contoh Soalan Menggunakan Logik Akal Pegawai Teknologi Maklumat F41

Contoh Soalan Menggunakan Logik Akal Pegawai Teknologi Maklumat F41
Contoh Soalan Menggunakan Logik Akal Pegawai Teknologi Maklumat F41


(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

Calon akan diberikan data atau jadual yang menggunakan pelbagai perangkaan. Daripada perangkaan ini calon dikehendaki menganalisis data atau jadual yang diberikan dengan menggunakan kaedah seperti carta pai, carta bar atau graf.

Contoh Soalan Kemahiran Menginterpretasikan Data Pegawai Teknologi Maklumat F41: 

1. Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun 2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga 2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4. 

Contoh Soalan Kemahiran Menginterpretasikan Data Pegawai Teknologi Maklumat F41

Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah 

A. 30 
B. 60 
C. 80 
D. 140 


(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.

Berikut merupakan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41, Seksyen B Matematik yang mungkin di tanya. Ianya bukan soalan ramalan. Anda boleh menjadikan set soalan di bawah untuk mendapatkan gambaran jenis soalan, topik dan tajuk yang mungkin di tanya dalam peperiksaan nanti.

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online Online Pegawai Teknologi Maklumat F41:

1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A. 

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Sekiranya lebar petak B adalah 7 meter, hitung keluasan petak B. 

A. 105m2
B. 125m2
C. 230m2
D. 245m2


2. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya? 

A. RM100 
B. RM150 
C. RM200 
D. RM250 



3. Amran membuat pesanan pembelian 15 unit komputer riba bernilai RM15,000 setiap satu dan 40 unit thumb drive yang bernilai RM100 setiap satu daripada syarikat ABC Sdn. Bhd. Berapakah yang perlu dibayar oleh Amran sekiranya syarikat berkenaan memberi diskaun sebanyak 5% bagi pembelian komputer riba melebihi 10 unit dan 10% bagi thumb drive yang melebihi 45 unit? 

A. RM74,850
B. RM75,250
C. RM79,000
D. RM80,000

4. Puan Juita telah membeli kabinet dapur import yang berharga RM21,040. Dia membayar RM5,200 sebagai pendahuluan. Bakinya dibayar secara ansuran selama 1 setengah tahun. Berapakah wang yang perlu dibayar

A. RM680
B. RM880
C. RM980
D. RM990

5. Sebuah kereta bergerak dengan purata laju 92KM/J. Kira jarak dalam KM yang dilalui oleh lori itu dalam 1 jam 15 minit?

A. 15
B. 75
C. 60
D. 65

6. Untuk menyaksikan suatu pertunjukkan sarkas di ibu negara, jumlah bayaran yang perlu dibayar bagi 5 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak ialah RM 160, manakala bayaran bagi seorang kanak-kanak ialah RM 15. Jumlah bayaran bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak ialah

        A        30                                                       B        45
        C        35                                                       D        50

7. John memandu keretanya dengan kelajuan 110 km/jam. Kirakan anggaran masa yang digunakan John untuk bergerak 380 km.
        A        3 jam 45 minit                                    B        3 jam 27 minit
        C        3 jam 20 minit                                    D        3 jam 14 minit   

8.  Sebuah set meja makan dijual dengan harga RM 1940 selepas diskaun 20% diberi. Apakah harga asal set meja makan itu?
        A          RM 2540                                          B        RM 2350
        C          RM 2425                                          D        RM 2285

9. Bilangan telur ayam dalam sebuah reban ternakan ayam ditambah daripada 700 biji kepada 1330 biji. Berapakah peratus tambahan telur ayam itu?
       A          90.3%                                              B         90%
       C          91%                                                 D         91.5%

10.Gaji bulanan Sani ialah RM 1600. Setelah ditambah dengan RM 200, apakah peratus kenaikan gajinya?
       A          21.3%                                              B          23%
       C          14%                                                 D          12.5%


Seksyen 3: UJIAN PSIKOMETRIK


Sebelum ini Ujian Psikometrik telah digunapakai dalam beberapa Exam Online untuk Jawatan Pegawai Kerajaan Gred 41. Tetapi, semasa Exam PTD 2016 yang lalu, Ujian ini tidak dilaksanakan. Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada sumber yang boleh dipercayai. Dalam Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 kali ni, Ujian Psekometrik sekali lagi akan diguna pakai. Jadi, bersedialah semua calon untuk berhadapan dengan ujian tersebut. 

Sedikit info tentang ujian Psikometrik yang perlu diketahui oleh semua calon... sehingga pihak SPA berminat untuk menjadikan penilaian ini sebagai salah satu penilaian dalam siri peperiksaan Online SPA termasuk dalam Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat pada kali ini.

Sebenarnya penilaian psikometrik turut dilaksanakan di peringkat sekolah.. iaitu dalam sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012.

Ujian Psikometrik Pegawai Teknologi Maklumat F41
Pentaksiran Psikometrik
Sumber : Klik Di Sini



Melalui perlaksanaan ujian Psikometrik, pengendali ujian akan dapat mengenalpasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan seseorang. Hasil daripada ujian psikometrik ini dapat digunapakai dalam pelbagai situasi contohnya dalam pembelajaran dan pekerjaan.

Kepada para calon  Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat yang bakal menduduki ujian Psikometrik pada 15 April ini, saya syorkan supaya anda menjadi diri anda sendiri sewaktu menjawab Soalan-soalan tersebut.

Contoh Soalan Psikometrik Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Penerangan Format

Setiap calon diberikan masa 30 minit untuk menjawab 200 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan (tertakluk kepada jenis peperiksaan SPA). 

Tapi secara umumnya format ini merupakan format yang digunapakai sebelum ini, iaitu :
  • Tempoh: 30 minit
  • Jumlah Soalan: 200 soalan

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.


Untuk menjawab soalan ini anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. 


Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon‐calon yang berpendirian seperti lalang.

==========================================
Contoh Soalan Ujian Psikometrik
===========================================

1.Saya berharap agar majikan memuji saya jika saya rajin bekerja.

A. Setuju       B. Tidak setuju


2.Perubahan tingkah laku seseorang disebabkan oleh perkara tersirat yang saya dapat fahami.

A. Ya           B. Tidak


3.Saya memerhati dan memahami kelakuan individu apabila saya tidak berpuas hati dengan kerja seseorang.

A. Ya           B. Tidak


4.Walaupun orang yang tidak dikenali, saya mudah mesra dengan mereka.

A. Ya           B. Tidak


5.Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.

A. Setuju       B. Tidak setuju


6.Saya perlu bersikap positif apabila berhadapan dengan tugasan yang berisiko dan mencabar.

A. Setuju       B. Tidak setuju



7.Saya akan memberi teguran kepada sesiapa sahaja jika dalam keadaan tertekan.

A. Setuju       B. Tidak setuju


8.Kesemuanya akan gagal apabila saya cuba membuat sesuatu.
A. Ya           B. Tidak


9.Pemalu adalah sifat saya.

A. Ya           B. Tidak


10.Apabila mendapat arahan dan nasihat dari ketua kumpulan saya, ia membuatkan saya rasa tidak selesa.

A. Ya           B. Tidak


"Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon‐calon yang berpendirian seperti lalang.
Biar kita ambil contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif 'menerima kritikan dan pandangan orang lain"

11. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
A. Setuju       B. Tidak setuju


12.Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana  saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
A. Setuju       B. Tidak setuju


13. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
A. Setuju       B. Tidak setuju


14.Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
A. Setuju       B. Tidak setuju


15. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
A. Setuju       B. Tidak setuju



Untuk soalan terperinci, anda boleh mendapatkan set lengkap Contoh Soalan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 ini melalui link di bawah.


========================================
Cara Menjawab yang Bakal MEMBUNUH Anda!
========================================


JANGAN IKUT CARA INI!

Ramai yang kata yang penting habiskan semua soalan, jangan tinggal satu pun.

Saya setuju dengan    pernyataan    tersebut,    tetapi    ramai    yang    salah    erti    yang membawa    kepada     kesimpulan    ini;

"Jawab semua soalan, tak cukup masa HENTAM saja, jangan tinggal satu pun!"

Bahagian 'jangan tinggal satu pun' itu betul TETAPI jangan hentam/tembak. Memang ianya akan membunuh anda. Kenapa? Dalam tip ringkas yang saya kongsikan di atas, paling penting adalah KONSISTEN. Sekiranya jawapan yang anda berikan tidak konsisten terhadap soalan yang "hampir sama tetapi tak serupa", pemeriksa jawapan anda akan melihat diri anda seumpama lalang, yang mudah melentok ke kanan atau ke kiri pada bila-bila masa..

Kesimpulan yang sepatutntya adalah seperti berikut!!


"Jawab semua soalan dengan berhati-hati, jangan jawab main HENTAM sesuka Hati. Sila FOKUS!!"

Jadi, sila Fokus.. Dan berpegang teguh pada satu pendirian, sebelum menjawab bahagian ini.. Sebaiknya anda perlu menjadi diri anda sendiri, supaya memudahkan anda untuk menjawab secara konsisten.. ;)


Untuk mendapatkan gambaran peperiksaan secara online, saya syorkan anda menonton Video berikut:  

Video Panduan Menduduki Peperiksaan Online SPA

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi maklumat F41


(KLIK DI SINI) DAPATKAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41



Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi maklumat F41

  • Penerangan  Seksyen A, B & C
  • 200 Soalan Contoh Seksyen A
  • 60 Soalan Contoh Seksyen B
  • 40 Soalan Contoh Seksyen C
  • 83 ++ Nota Rujukan Pantas
  • Tips Persediaan Exam
  • Jawapan Seksyen A, B & C
  • Jalan Kira Disediakan Untuk Seksyen C




Itu sahaja info yang dapat saya kongsikan pada kali ini.. In Shaa Allah kita akan berjumpa lagi dalam entri yang akan datang...

Salam kejayaan daripada saya..

P/S : Berdasarkan maklumat yang saya terima, ramai juga calon yang bakal menduduki Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 pada 14 April nanti. Good Luck.. Lakukan yang terbaik.

Info Berkaitan :

6 ulasan:

  1. Semoga berjaya untuk para calon ...


    Saya suka lihat angka gaji maksimum kerja kerajaan ini..

    BalasPadam
  2. Ya, berdoa dan berikhtiar untuk semua calon.

    BalasPadam
  3. tak dapat saya bayangkan kalau ada gaji RM8K sebulan..mesti best kerana banyak barang keperluan boleh dipenuhi

    BalasPadam
  4. Banyak lagi kekosongan yang nak diisi tu, kalau baca rujukan soalan ni insyaAllah boleh jawab dengan baik nanti

    BalasPadam
  5. Jangan tengok gaji maksimum tu..gaji maksimum tu boleh dapat bila dah hujung2 perkhidmatan yakni nak dekat2 pencen naa~

    Semoga berjaya

    BalasPadam
  6. semoga berjaya..jika rezeki insyaallah dpt

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra