Selasa, 12 Januari 2016

Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com

with 20 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com telah pun saya terima...

Jumlahnya taklah sebanyak mana... Cuma RM72.50.. Lepaslah duit untuk bayar domain blog selama setahun... 

Bayaran Komisyen Affiliate Terakhir daripada Ashadee.com


Saya percaya, pasti ramai blogger dan usahawan internet dah tahu... Platform Affiliate terbesar di Malaysia iaitu Ashadee.com akan menghentikan operasinya pada bulan ini (Januari 2016).

Kalau anda masih belum tahu berita ini, boleh baca sendiri di laman web Ashadee.com

Setakat ini dah ada beberapa orang blogger yang telah memberi ulasan tentang isu ini di blog mereka.

Pasti ramai yang sedih bila dapat tahu berita ini.. Terutamanya bagi mereka yang tak pernah miss dapat komisyen Affiliate menerusi platform Ashadee.. Termasuklah saya... Walaupun tak adalah sebanyak mana... Tetapi sekurang-kurangnya Asadee merupakan salah satu tempat untuk saya menambah sumber pendapatan secara online..

Berikut merupakan jumlah komisyen Affiliate yang telah saya terima daripada Ashadee..


 Jumlah komisyen Affiliate yang telah saya terima daripada Ashadee

Jumlahnya cuma RM1,314.00 jer...  Takderlah sebanyak ejen-ejen affiliate yang lain... 

Tapi, ada ker orang saje-saje jer nak bagi saya duit secara percuma sebanyak itu?

Jadi, bagi saya walaupun tak banyak... Tapi ia tetap rezeki... Dan lepas ni ia hanya akan menjadi kenangan antara saya dan Ashadee.. ;)

Kenapa Ashadee nak hentikan operasi laman web mereka? Nak tahu jawapannya, kenalah baca sendiri di laman web Ashadee... Saya tak nak ulas panjang-panjang tentang perkara tersebut.... Anda dapat baca sendiri tentu lebih puas hati...


Ashadee Pergi, perlu ada pengganti...

Kepada rakan-rakan blogger yang dah selalu sangat dapat komisyen affiliate daripada Ashadee, tentu tengah fikir.... Macamana nak dapat pengganti baru kepada Ashadee??...

Sebenarnya terdapat platform affiliate lain yang boleh anda ceburi....

Ada diantaranya boleh memberikan komisyen affiliate yang jauh lebih lumayan daripada Ashadee...

Sebagai Contoh..

Platform Affiliate Tim Infokerjaya..

Sekarang ni sedang berlangsung Jualan ebook Exam Online PTD.. dan sehingga kini saya baru berjaya dapat komisyen sebanyak 86 kali dalam tempoh 5 hari..  

79 + 7 = 86 komisyen dalam tempoh 6 hari..

Sebenarnya komisyen yang saya dapat secara terus daripada pembeli, takderlah sebanyak itu... Setakat ini cuma 7 sahaja jualan yang berjaya saya lakukan... Setiap jualan saya dapat komisyen sebanyak 55%.. 

Jualan yang selebihnnya tu dilakukan oleh "rakan" saya... "Rakan" saya berjaya buat 79 jualan, saya dapat komisyen 2%... Oklah juga kan... daripada langsung tak dapat apa...

Berikut merupakan sebahagian komisyen yang saya terima dalam tempoh 6 hari ini...

Sebahagian Komisyen Tier 1 (55%) dan Tier 2 (2%) yang saya terima dalam tempoh 6 hari...

Senarai Top 20 dalam Cabaran PTD 2016 
(Carta Dalam tempoh 7 Januari sehingga 11 Januari)

Bagi saya... Platform Affiliate Tim Infokerjaya lebih baik berbanding Platform Affiliate Ashadee..

Kepada yang belum pernah merasa komisyen daripada Tim Infokerjaya, mungkin inilah masa terbaik untuk anda lakukannya... 

Kenapa saya kata macam tu?

Sebab dah ramai yang berjaya dapat komisyen 5 angka melalui platform ini..


Top 20 Affiliate Infokerjaya All Time..

Kalau anda rasa tak puas hati tengok statistik-statistik yang saya kongsikan di atas... Saya jemput anda membaca entri-entri terdahulu blog saya, yang ada berkaitan dengan Affiliate Tim Infokerjaya..

Kebanyakan mereka yang berjaya menghasilkan jualan 5 angka bersama Tim Infokerjaya,   telah mempraktikkan teknik pemasaran internet yang betul..  seperti yang teknik yang telah dipaktikkan oleh rakan-rakan di Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).. 


Seronokkan tengok kejayaan mereka buat sales 5 angka dalam tempoh beberapa hari sahaja... Untuk Cabaran Exam PTD kali ni, ada 3 orang ejen affiliate berjaya buat jualan 5 angka pada hari pertama ia dilancarkan..  Tahniah buat mereka!!

Cabaran tersebut akan berakhir pada 18 Januari 2015... Jadi, kepada yang nak sertai cabaran ini masih sempat lagi... 

Ok.. Kepada yang tak nak join promote ebook Tim Infokerjaya... tak apa.... Bukannya ada paksaan pun..

Sebenarnya, ada banyak lagi pilihan untuk menjadi ejen affiliate mengikut kesesuaian bidang masing-masing... Biasanya nak jadi ejen affiliate ni Pendaftaran adalah Percuma... 

Berikut merupakan beberapa laman web yang ada menawarkan kerja jadi "ejen affiliate".. Tugas anda cukup mucah... Hanya perlu daftar dan promosi link affiliate anda kepada bakal pembeli.. Bila ada orang beli, anda akan dapat komisyen.. 

Senarai laman Web yang ada menawarkan kerja jadi "ejen affiliate"



Good Luck!!

Semoga entri ini dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin menambahkan sumber pendapatan pada tahun 2016 ini... 

P/S : Inilah peluang terbaik untuk anda memiliki pekerjaan ke 2, seperti yang disarankan oleh menteri.. 

20 ulasan:

  1. thanks share affiliate page tu. saya baru berjinak2

    BalasPadam
  2. Memang best tim infokerjaya tu. Top affiliate boleh buat duit sangat lumayan!

    BalasPadam
  3. xpe la ashadee dah ttp..byk lg peluang di luar sana..

    byk bro dpt income kali ni..

    BalasPadam
  4. aku pernah seklai je dapat komisyen dr ashdee. tapiiiii tak berjaya cashout sebab tak cukup haha

    BalasPadam
  5. insyaAllah banyak lagi peluang lain

    BalasPadam
  6. tak berapa nak reti bab affiliate ni.. just letak iklan kat blog..atau kena buat entri juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya baru je berjinak2 dengan affiliate

      Padam
  7. Saya pun pernah layan jugak ashadee nie.. dapatlah jugak duit makan sikit2.. huhu

    BalasPadam
  8. La ya ka, ashadee ni memang agak terkenal juga dikalangan blogger

    BalasPadam
  9. sekurang kurangnya dpt merasa duit affiliate.. hhehe

    BalasPadam
  10. saya baru je beli panduan fbcash..dalam tu pun ada bagi contoh affiliate yang kita boleh join salah satunya adalah ashadee..sekali dah tutup pulak

    BalasPadam
  11. oho..banyak tu, tahniah..aku dapat 1 sales je..promote sesaje je, jadi le dapat merasa 1 sales..ahaha..itupun dah nk tutup jualan baru nak promote, takut tengok ratus-ratus ribu sales..peh..affiliate tiap bulan setakat ni dah auto generate dah..alhamdulillah..:D

    BalasPadam
  12. tq bro sebab masukkan sekali senarai affiliate yang lain

    BalasPadam
  13. tak tahu pulak yang affiliate IKR tu ada tier gak..

    BalasPadam
  14. tu dia. memang banyak tu diorang dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di kumpul2 tuh boleh keluar sebijik kete tuh...

      Padam
  15. Syioknya lah komisyen boleh di buat bayar domain ye.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra