Khamis, 17 Disember 2015

AWAS! Ada 2 Peserta Contest SEO sudah Disqualified!

with 11 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap betul masa berlalu... Sedar tak sedar, rupanya dah dekat 2 bulan Contest SEO Pengalaman Bersama ONEXOX telah berlangsung...

Setakat ini, dah ada lebih 20 orang peserta yang telah mendapatkan Simkad PERCUMA yang disponsor oleh para penaja contest ini.


Tetapi sayangnya, ada peserta yang tidak menggunakan SIMKAD percuma yang telah mereka perolehi... Dapat jer SIMKAD, terus simpan buat pekasam. 

Kesudahannya... Sehingga sekarang dah ada 2 SIMKAD peserta yang "terminated" atau sudah tidak boleh digunakan lagi.. 




3 nombor ONEXOX yang telah Terminated... 2 daripadanya merupakan peserta Contest SEO ONEXOX

"Bila Simkad dah Terminate, secara tidak langsung 2 orang peserta ini  sudah "Disqualified" daripada menjadi peserta CONTEST SEO PENGALAMAN BERSAMA ONEXOX"

Cuba baca baca balik syarat untuk menyertai Contest SEO Pengalaman Bersama Onexox. Antara syarat yang ditetapkan ialah para peserta perlu memastikan SIMKAD ONEXOX kekal aktif sehingga tamat tempoh contest ini. Ini disebabkan, para pemenang akan dihubungi melalui nombor telefon yang terdapat pada Simkad tersebut.

Sebagai seorang Dealer ONEXOX, saya boleh akses ke ruangan dealer ONEsys. Jadi, saya boleh tengok status perkembangan pengguna ONEXOX yang telah saya daftarkan.

Menerusi panel Dealer ONEsys, saya boleh melakukan perkara-perkara seperti berikut:
  • Mendaftarkan simkad ONEXOX (Sim Baru atau Sim Kekal Nombor).
  • Melihat status pendaftaran simkad pelanggan.
  • Menambah nilai (topup) kredit pelanggan.
  • Melihat status topup kepada pelanggan.
  • Mendaftarkan sub-dealer (hanya boleh diakses apabila status anda menjadi dealer).
  • Melihat segala rekod jumlah insentif yang diterima.
  • Mendapatkan segala material / bahan promosi dealer.

Jadi, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dengan simkad ONEXOX yang anda terima, saya boleh tolong semakkan.. ;)


Macamana nak Kekalkan Nombor SImkad ONEXOX sehingga 28 bulan (2 tahun 4 bulan)?


Kelebihan SIMKAD ONEXOX ialah tempoh sah simkad ini boleh dilanjutkan sehingga 28 bulan atau 2 tahun 4 bulan...

Tapi ada Syaratnya!!


Kekalkan Nombor ONEXOX sehingga 28 bulan..

Syaratnya ialah pengguna perlu TOPUP RM50 terlebih dahulu unuk mengaktifkan kemudahan ini.. Selepas anda TOPUP RM50, anda boleh semak tempoh Expired SIMKAD tersebut.... Anda akan dapati tempoh expired dilanjutkan sehingga 28 bulan.... 



Tempoh expired Simkad Onexox saya dilanjutkan sehingga 18 /8/2018.. Lama tak?

Simkad ONEXOX ternyata berbeza dengan Simkad-simkad lain yang terdapat di Malaysia, iaitu tempoh expired sebulan sahaja.. Kalau tak percaya, anda boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya..

P/S : Kepada semua peserta Contest SEO, untuk mengelakkan nombor anda terminated dan menyebabkan anda Disqualified daripada Contest ini, sila TOPUP secapat yang mungkin. Tanpa sebarang Topup, SIMKAD tersebut hanya dapat kekal aktif selama sebulan sahaja! Harap maklum..


Sambil Menyertai Contest SEO, Sambil menjana Pendapatan Bersama SIMKAD ONEXOX


Sebagai peserta Contest SEO, anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan melalui blog dengan dua cara iaitu:

1. Pendapatan Aktif melalui Komisyen Affiliate ONEXOXStore.com

Sebagai ejen Affiliate ONEXOXStore.com anda akan mendapat komisyen RM1 untuk setiap SIMKAD yang terjual menerusi link affiliate anda.

Macamana nak daftar sebagai Affiliate?

Baiklah... Di sini saya akan menerangkan langkah demi langkah untuk mendaftar sebagai ejen affiliate...


a. Klik pada banner di bawah:



b. Klik pada Daftar Affiliate (Seperti dalam Gambar di Bawah)



c. Klik pada Daftar Sekarang (Seperti dalam Gambar di bawah)



d. Isi semua maklumat yang diperlukan.
    Jangan Lupa
    - Tandakan tick () jika anda sudah menjadi pengguna simkad ONEXOX.
    - Masukkan nombor telefon ONEXOX anda
    - Tick pada kotak pengesahan Pendaftaran 
    - Akhir sekali Klik pada butang Hantar Butiran Pendaftaran

5. Lepas tu boleh semak email anda untuk mengesahkan status pendaftaran anda.

6. Tamat..

Dah boleh promosi link affiliate anda...  


2. Pendapatan Pasif melalui Program User Get User (Insentif 6% berterusan) 

Sekirnya anda merupakan pengguna Simkad ONEXOX.. Selain mendapat komisyen RM1 untuk setiap jualan SIMKAD, anda juga berpeluang mendapatkan pasif income melalui Simkad tersebut. 


 


Ini disebabkan, Simkad yang berjaya dijual menerusi link affiliate anda akan didaftarkan di bawah nombor anda. Jadi, setiap kali tambah nilai (TOPUP) dilakukan ke atas SIMKAD tersebut, anda akan mendapat komisyen sebanyak 6%.

Di sini anda berpeluang untuk menjana pendapatan pasif melalui blog anda... 

Contohnya, anda berjaya mendapatkan 10 jualan menerusi link affiliate anda.. Komisyen yang bakal anda perolehi adalah seperti berikut:

1. Komisyen Pendapatan Aktif

    - RM1.00 untuk setiap jualan X 10 = RM10.00 (Komisyen ini dibayar sekali sahaja untuk setiap jualan SIMKAD)

2. Komisyen Pendapatan Pasif (Contoh setiap user TOPUP RM50 sebulan)

    - RM50.00 X 10 orang X 6% = RM30.00 (Komisyen ini boleh diperolehi secara Berterusan pada setiap bulan, selagi pengguna TOPUP SIMKAD yang mereka gunakan)


Disebabkan itu, saya berharap supaya para peserta CONTEST SEO Pengalaman Bersama ONEXOX dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya, untuk memiliki pendapatan pasif melalui blog.. Good Luck semua!! 

KLIK DI SINI untuk mendaftar jadi peserta CONTEST SEO PENGALAMAN BERSAMA ONEXOX..

11 ulasan:

  1. Sayang ya peserta, dah dapat simkad Onexox tetapi tak guna. Topup RM50 dpt expire selama 28 bulan. Lama tu... Apa pun semoga berjaya buat semua peserta.

    BalasPadam
  2. napelah tak guna simkad tu...sayang dan rugi pun ada.

    BalasPadam
  3. sayangnya dah kena terminate dan terkeluar dari contest..rugi tu kalau peserta yg top ranking google..

    BalasPadam
  4. ooo onexox ada ailiatenya..

    rugi plak peserta yg terkeluar tu..

    BalasPadam
  5. Sim ni ada kelebihan panjang usia. Patut boleh dijadikan sim kedua atau utama untuk hal-hal kecemasan :D

    BalasPadam
  6. Kesian kene terminate. Harap penganjur lineant la skit

    BalasPadam
  7. terkejut jugak dapat email... rupanya ada yang dah terminate... sayang betul.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra