Isnin, 14 Disember 2015

Pengalaman Bercuti Di Legoland Malaysia (Tahun 2015)

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hari ni sempena cuti Peristiwa Pasukan Bola Sepak Selangor menang Piala Malaysia... Dan Nana (Siti Nordiana) Menang Gegar Vaganza Musim ke dua.... Opppssss yang ni takder kena mengena dengan cuti hari ni... Tapi rasa Frust sebab Ezad Exist tak menang tempat kedua... Kalau tak tentu rasa berdebar juga nak tahu siapa yang menang antara Nana dan Ezad... Tapi bila finalist yang tinggal menunggu keputusan cuma Nana dan FarahDhia, Of Course ramai yang dah menjangka Nana adalah pemenangnya....


Jadi, masa tu debaran nak tahu siapa bakal juara Gegar Vaganza musim ke dua, dah kurang mendebarkan.... Ini pendapat saya lah... Berdasarkan performance yang ditunjukkan oleh Nana dan Ezad .... Korang setuju tak dengan pendapat saya... hahaha... 

Oklah... Hari ni sebenarnya takder niat pun nak terbitkan entri baru... Tapi saya cuba untuk menyiapkan draf entri blog ini yang dah lama terbengkalai....

Tiba-tiba terjumpa satu Draft yang saya rasa menarik untuk diterbitkan... ;)

Draft terakhir berkaitan dengan Pengalaman Bercuti Di Legoland Malaysia (Tahun 2015)... Untuk tahun 2015 yer.... Harap tahun 2016 kami tidak akan bercuti ke Legoland lagi... Banyak lagi tempat-tempat percutian lain yang perlu kami lawati... Takkanlah nak pergi ke Legoland sahaja setiap tahun... Bumi Malaysia ni kan luas... 


Gambar kenangan isteri, anak-anak, Mak Uda dan bakal Pak Uda di Legoland... 





Parking Rate Legoland... Dah ada kawasan parking murah... Syukur Alhamdulillah..


Walaupun parking dah murah... tapi tiket masih lagi mahal... 
Tiket masuk Combo ke Theme Park + Water Park : Dewasa RM170, Kanak-kanak RM135.... Tiket RM11 tu kepunyaan Baby Naila masuk ke Water Park sahaja... 


Baby Naila, Haikal, isteri saya, Mak Uda dan bakal Pak Uda...

Gambar kenangan di Hotel Legoland.... Dapat bergambar jer pun jadilah... Rasa tak mampu nak sewa bilik di hotel ni... huhuhu

1. Water Park

Water Park Activities.... ->> Klik Di Sini

2. Theme Park

Banyak tempat menarik yang terdapat di Theme Park... Antaranya 

2.1 MINILAND
Tempat binaan-binaan bangunan menarik di Malaysia, Singapura dan Asia dengan menggunakan bongkah LEGO


Antara gambar-gambar bangunan yang terdapat di Miniland..


2.2. THE BEGINNING
Tempat membeli belah. Terdapat banyak pilihan produk LEGO® permainan kanak-kanak yang terdapat di seluruh Asia ada di jual di sini. Cuma kalau nak beli tu, poket kena teballah sikit... Maklulah jenama LEGO memang mahal... 


2.3 IMAGINATION
Tempat tengok wayang 5D, ada taman Lego untuk kanak-kanak dan lain-lain.. ;).. Kalau nak tengok pemandangan keseluruhan Legoland, bolehlah naik The Tower (Seakan-akan menara Taming Sari di Melaka)..



Antara gambar-gambar yang sempat saya snap semasa di kawasan Imagination Theme Park, Legoland Malaysia


2.4 LEGO TECHNIC
Tempat yang paling sesuai untuk menajamkan kemahiran psikomotor dan kognitif anak-anak.. Di sini anak-anak boleh belajar membuat binaan LEGO dengan bantuan ibu bapa... Anak-anak juga boleh menyertai program LEGO ROBOT. Jom Baca Pengalaman Haikal menyertai program LEGO ROBOT (KLIK DI SINI).

Selain itu terdapat juga AQUAZONE® Wave Racers. Boleh baca pengalaman saya dan anak-anak bermain Wave Racers (Klik Di Sini)


2.4 LEGO KINGDOMS
Siapa yang suka naik Roller Coaster, di sinilah tempatnya... Dekat Legoland ni ada dua jenis Roller Coaster.. Korang pilihlah sendiri nak naik yang mana satu...

Saya ni jenis tak berapa berani juga nak naik roller Coaster ni... Semasa pergi ke Legoland pada tahun 2014, saya naik Roller Coaster yang kecil jer.. Kali ni saya beranikan diri nail Roller Coaster yang kedua... Fuh Semangat...

Tangkap gambar Selfie dulu dia atas Roller Coaster... Muka cuak ni... hehehe.. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu...

Debaran sebelum sampai giliran naik Roller Coaster...
Budak-budak pun berani naik Roller Coaster... Saya jer yang rasa kecut perut... ;)

Roller Coaster ni berada di dalam Castle (Istana).. Suka tengok senibina istana ni.. Cantik... Jom saya belanja gambar-gambar yang terdapat dalam Istana ni...




Buku dan perhiasan yang terdapat pada dinding istana ni semuanya diperbuat daripada LEGO... Cantik kan?

Pengawal ini juga diperbuat daripada LEGO... Melainkan yang pakai tudung tu.... Itu adik ipar sayalah (Mak Uda)... hehehe




Di luar Istana pula ada Track berkuda untuk anak-anak.. Haikal dan Adam tidak melepaskan peluang untuk menaiki kuda... ;)



Haikal...

Adam..

2.5 LAND OF ADVENTURE
Semasa kunjungan kami pada tahun 2015, tak sempat nak main apa-apa semasa kami berada di sini.. Masa perut tengah lepar selepas puas mandi-manda di Legoland Theme Park...
Jadi, kami rancang nak main dekat sini selepas selesai makan.. Nak dijadikan cerita, lepas kami selesai makan hujan turun dengan selebat-lebatnya... Semua permainan Outdoor yang ada di Theme Park terpaksa di tutup... Jadi, tak berpeluanglah kami nak bermain di sini...  Tapi, kami dah merasai pengalaman bermain di Land Of Adventure pada tahun lepas. Jom Baca Pengalaman Bercuti Di Legoland Malaysia pada tahun 2014 (Klik Di Sini)


2.6 LEGO CITY
Tempat ni merupakan tempat paling disukai oleh anak-anak saya. Dekat sini mereka boleh belajar bawa kereta untuk ambil lesen memandu, boleh naik bot, boleh naik keretapi, boleh bawa kereta bomba, boleh naik kapal terbang..

Tapi. mereka langsung tak berpeluang main permainan tersebut disebabkan hujan... Boleh baca pengalaman anak-anak saya ketika berada di Lego Citi dalam Entri pada tahun 2014 (Klik Di Sini)

Sebagai gantinya.. Semasa hujan turun dengan lebat, kami tidak dapat nak bergerak ke mana-mana disebabkan tidak membawa payung... Nak dijadikan cerita, masa tu kami betul-betul berada di LEGO® Friends - A musical show about the magic of friendship.

Disebabkan tiada pilihan lain, kami pun masuk tengok concert The First Ever LEGO® Friends musical performance in Asia!. Rupanya Concert ni lah yang Naila teringin sangat nak tengok. Naila suka pada iklan ni semasa kami tengok wayang 5D...

So, bukan main suka lagi Naila semasa berada di sini... Siap ikut sama berjoget lagi dia...


LEGO® Friends - A musical show about the magic of friendship.
concert The First Ever LEGO® Friends musical performance in Asia!.



LEGO® Friends - A musical show about the magic of friendship.
Video concert The First Ever LEGO® Friends musical performance in Asia!.

Selepas balik daripada Legoland, ntah berapa kali dah Naila tengok Video ini di Youtube... Minat betul Naila tengok watak-watak dalan show ni.... 

Gambar Saya, Isteri dan anak-anak di hadapan pintu Gerbang Legoland Malaysia 

Gambar adik ipar saya dan anak-anak saya di hadapan pintu Gerbang Legoland Malaysia 

Selamat Tinggal Legoland Malaysia... Cukuplah sudah bawa anak-anak bercuti di sana... Syukur Alhamdulillah, berkesempatan memenuhi janji kepada anak sulung saya Haikal yang dapat nombor satu di dalam kelas semasa peperiksaan akhit tahun 1...

Lepas ni dah tak berani nak janji apa-apa dengan anak-anak... Sekali mereka menagih janji, terpaksa kami bercuti ke Legoland Malaysia dua tahun berturut-turut... 

10 ulasan:

  1. Huhh.. bila lah agak2nya harga tiket legoland nih nak turun erk... haduih lah... 

    BalasPadam
  2. Legoland nie target orang singapore.. tengok harga tiket pun dah tahu

    BalasPadam
  3. teringin juga nak pergi sini, tapi masih belum berkesempatan lagi. Macam seronok je

    BalasPadam
  4. wah..untungnya bro dapat bercuti di legoland..

    BalasPadam
  5. Boleh nak pergi lagi sekarang. Sekolah masih cuti.

    BalasPadam
  6. Seronok bercuti kat legoland, macam-macam ada permainan lego disana.

    BalasPadam
  7. teringin nak bercuti ke legoland...tp asyik kiv je bila xcukup korum...

    BalasPadam
  8. mmg awesome tptnya..tapi tgk harga tiket kurus rasa nak pergi..hehe..

    tgu anak bsr skit bru best g legoland..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra