Rabu, 14 Oktober 2015

Koleksi Duit Syiling RM1 Lama dalam Simpanan...

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya nak Ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1437 H... 

Semoga kehadiran tahun baru ini dapat membuka lembaran baru dalam hidup kita... Semoga Ibadah kita pada tahun-tahun sebelum ini diterima oleh Allah S.W.T... Semoga pada tahun ini kita dipanjangkan umur, ditetapkan iman dan sentiasa dimurahkan rezeki... In Shaa Allah....


Susulan daripada entri Simpan Duit Syiling Sebagai Modal Untuk Membeli Rumah.., kali ni saya nak kongsikan Koleksi Duit Syiling RM1 lama dalam simpanan.

Sekitar tahun 2004-2005 terdetik di hati saya nak belajar menabung... Masa tu saya masih lagi seorang student.. Tengah buat Master Pendidikan di KUiTTHO (kini UTHM), Parit Raja, Johor.. 

Semasa jadi Student, kalau nak menabung banyak tu memang tak mampulah.... Kalau Seringgit sehari tu, In Shaa Allah mampu...

Jadi, saya pun mengambil keputusan untuk menjadikan wang syiling RM1 emas sebagai koleksi (sasaran) tabungan saya..... Dengan berpegang kepada kata-kata orang lama-lama... "Sikit-sikit Lama-lama jadi Bukit"... Syukur Alhamdulillah, akhirnya daripada RM1 sehari, lama-lama terkumpul jadi beberapa puluh ringgit...



Koleksi Duit Syiling RM1 Emas Lama dalam Simpanan.

Tengah seronok menabung, tiba-tiba dapat berita yang tak sedap untuk didengar.... 

Kerajaan nak ambil balik duit Syiling RM1 emas ni.... Lepas ni duit Syiling RM1 emas ni dah tak laku digunakan untuk urusan jual beli.... 

Masa tu, rakyat Malaysia yang ada memiliki duit syiling RM1 emas ni pergilah hantar duit ni ke bank untuk ditukarkan dengan wang kertas mengikut jumlah duit Syiling RM1 emas yang kita ada.... 

Tapi... saya nekad, tak nak hantar duit-duit syiling RM1 ni ke Bank.... Saya akan rasa rugi... Penat-penat saya kumpul RM1 sehari, kemudian nak hantar ke bank macam tu jer.... 

Pada pendapat saya, kalau saya hantar duit-duit syiling ni ke bank, nanti pihak bank akan dapat wang kertas dalam RM60... Lepas tu, duit tu tentu akan habis macam tu jer.... dan tak ada apa yang tinggal pada saya untuk dijadikan kenangan....

Dengan terus menyimpan duit Syiling RM1 lama ni.... Walaupun nilainya mungkin tak semahal mana... Tetapi kenangan bersamanya tetap ada sehingga ke hari ini... ;)

Selain Duit Syiling RM1 Emas ni, saya juga ada mempunyai Duit Syiling RM1 lama yang lain...


Duit Syiling RM1 Lama yang lain dalam Simpanan saya...

In Shaa Allah, kalau ada rezeki lebih, saya nak kumpulkan lebih banyak lagi duit Syiling RM1 lama ni.... Sebab Duit-duit syiling lama ni satu hari nanti akan jadi barang antik.... Dan setiap satunya akan mempunyai nilainya yang tersendiri....


Kadar harga Duit Syiling lama Malaysia (Sebagai Rujukan sahaja)

Kepada ses
iapa ada memiliki koleksi duit syiling RM1 lama (Tak kisah keluaran macam mana pun)... Dan berminat nak menjualnya, boleh Contact saya melalui email nuargto[at]gmail.com


Info Berkaitan:

10 ulasan:

  1. Hai adakah anda pembeli syiling lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nk jual syiling lama ada telepon nk call senang

      Padam
  2. Blh dapat no telepon tak saya ada duit lama nk jual

    BalasPadam
  3. hi .. saya nak jual syiling 50sen ada parit tahun 1967

    BalasPadam
  4. klau berminat bole whasap saya 0168240037
    . 10 , 20 , 50 syiling lama

    BalasPadam
  5. Asalm boleh sambung ceta bg tau tq

    BalasPadam
  6. saya ingin jual duit syiling dan kertas lama

    BalasPadam
  7. saya ada duit syiling 1cent tahun 1920

    BalasPadam
  8. Hai Sy Ada duit syling lama Sy nak jual boleh BG no tel atau mcm Mana nak berurusan

    BalasPadam
  9. Saya ada duit lama 10sen 1971 WhatsApp number 01161936569

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra