Isnin, 11 Mei 2015

Koleksi DVD yang cukup berharga telah berada di tangan saya

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada minggu lepas saya ada menerima 4 keping DVD dan sehelai T-Shirt yang telah dihantar oleh Tim Infokerjaya .. Harga untuk kesemua DVD ini, beserta T-Shirt sekali ialah XXX.XX. Berapa harga sebenar?, biarlah ia menjadi rahsia. 

Cuma.. Sepanjang saya terlibat dalam penulisan blog, inilah koleksi DVD yang cukup berharga, pernah saya terima.. 




4 keping DVD dan sehelai T-Shirt yang telah dihantar oleh Tim Infokerjaya


Kenapa 4 DVD ini cukup berharga buat diri saya? 

Yang pertama, dah tentulah sebab harganya mahal.. Tapi itu tak penting.. Yang penting sekali.. Isi kandungan yang terdapat dalam keempat-empat DVD ini mempunyai nilai yang cukup berharga untuk seorang penulis blog dan usahawan internet sambilan seperti saya.

Apa isi kandungan keempat-empat DVD ini?
  1. DVD 1 : Gathering Tim Infokerjaya 2014
  2. DVD 2 : Email Marketing Niche X
  3. DVD 3 : Seminar Affiliate Niche X
  4. DVD 4 : Seminar Blogging Niche X


1# DVD 1 : Gathering Tim Infokerjaya 2014 



DVD rakaman Gathering Tim Infokerjaya 2014, mengandungi perkongsian kejayaan top Affiliate Tim Infokerjaya. Terdapat 5 orang Panel yang sudi berkongsikan rahsia kejayan mereka iaitu:
  1. Zeo Unic - Top Affiliate 2014
  2. Sifu Jamal - Teknik Pemasaran FBAds
  3. Mohd Shamsuriyadi - Teknik Pemasaran Google Adwords
  4. Akma Omar - Penulisan Blog Berkesan
  5. Suhairi Shafie - Top Affiliate PTD 2013 dan 2014
Perkongsian emas daripada Pakar-pakar Affiliate Tim Infokerjaya

Ke lima-lima panel di atas, mempunyai resepi rahsia kejayaan yang tersendiri. Di antara kelima-lima ini, saya tertarik dengan perkongsian rahsia kejayaan dua orang Top Affiliate kita iaitu Zeo Unic-Top Affiliate 2014 dan Suhairi Shafie-Top Affiliate PTD 2013 dan 2014

Kedua-dua Top Affiliate ini mempunyai strategi yang cukup hebat, sehingga mampu berada dalam senarai Top Affiliate untuk setiap cabaran Affiliate Infokerjaya pada tahun 2014.

Salah satu contoh, dalam carta jualan Affiliate Tim Infokerjaya seperti di bawah:

Sumber : Klik Di Sini

Dalam carta jualan Affiliate ini... Zeo Unic berada dalam kedudukan yang keempat, setelah berjaya menghasilkan RM27120.00 jualan. Manakala Suhairi Shafie (Kuda Tua) berada ditangga kedua dengan hasil jualan sebanyak RM32,360.00

Antara teknik yang telah membantu Zeo Unic menghasilkan jualan sebanyak 5 angka dalam cabaran Affiliate, ada didedahkan oleh Cikgu Titan dalam Kitab Teknik SEO Merah Jambu . Di samping strategi pemasaran Email yang turut terkandung dalam salah satu DVD yang terdapat dalam entri ini.

Suhairi Shafie (Kuda Tua) merupakan nama yang cukup disegani dalam Cabaran Affiliate Tim Infokerjaya, setelah beliau berjaya mendominasi komisyen Affiliate PTD dalam cabaran affiliate sebelum ini. Dalam cabaran PTD untuk tahun-tahun sebelum ini, Suhairi Shafie (Hairi) pernah menerima komisyen sebanyak RM65,875.00

Carta Komisyen Affiliate Cabaran PTD yang telah didominasi oleh Suhairi Shafie (Hairi)
Sumber : Klik Di Sini

Komisyen Affiliate yang pernah diterima oleh Suhairi Shafie (Hairi) dalam Cabaran PTD mengalahkan gaji saya selama setahun. Itu baru satu cabaran Affiliate. Bagaimana pula pendapatan yang berjaya beliau perolehi dalam beberapa cabaran Affiliate yang telah beliau sertai?

Secara keseluruhannya, DVD ini sangat memotivasikan saya untuk berjaya dalam bidang pemasaran Internet... ;)


2# DVD 2 : Email Marketing Niche X 



DVD kedua yang saya terima mengandungi rakaman Seminar Email Marketing Niche X yang telah disampaikan oleh Muaz Hadi dan Gero Azrul dari Persatuan Usahawan Internet Malaysia. Strategi email marketing merupakan senjata utama yang telah digunakan oleh kebanyakan Top Affiliate Tim Kerjaya untuk menghasilkan jualan 5 angka.

Rasa tak sabar nak belajar strategi email marketing yang dikongsikan oleh Muaz Hadi dan Gero Azrul  dalam DVD ini.

Seterusnya DVD ke 3 - Seminar Affiliate Niche X dan DVD Ke 4 - Seminar Blogging Niche X juga merupakan siri seminar pemasaran Internet yang dikongsikan oleh oleh Muaz Hadi dan Gero Azrul dari Persatuan Usahawan Internet Malaysia.

Saya juga dah tak sabar nak menonton isi kandungan kedua-dua DVD ini, yang pastinya dapat membuka mata saya untuk menjadi salah seorang usahawan Internet berjaya pada satu hari nanti... In Shaa Allah...


3# DVD 3 : Seminar Affiliate Niche X 



4# DVD 4 : Seminar Blogging Niche X 



Berdasarkan Info yang telah saya perolehi daripada rakan-rakan affiliate yang pernah menonton rakaman 3 siri seminar pemasaran internet di atas.. Hampir kesemuanya berjaya buat duit di internet, melalui ilmu-ilmu yang dikongsikan. 
Sumber : Klik Di Sini

Yang tak berjaya buat duit ada juga... Tapi tidak ramai bilangannya... Cuma 10% sahaja.. Peserta tersebut tak berjaya buat duit sebab langsung tak praktikkan ilmu yang telah dipelajari, selepas selesai menghadiri seminar..


Tak praktik macamana nak dapatkan hasil?.. Betul tak?

Setiap ilmu yang kita pelajari, kita perlu praktikkan... Sama seperti kita belajar solat... Lepas kita belajar solat, kita kena praktikkan ilmu tersebut dengan secepat mungkin.. Lagi lambat kita praktikkan, lama-lama kita akan lupa..



Sumber : Klik Di Sini

Bila dah lupa, mulalah terkial-kial.. Tanya orang lain, macamana dia orang buat? 
Kenapa dia buat menjadi? Kenapa aku buat tak menjadi? dan sebagainya...

Takper.. Sementara ada masa boleh belajar ni, kita teruskan belajar.. Tak rugi pun... Sebab sekarang ni DVD yang diperlukan, sudah pun berada dalam tangan saya.. Cuma tinggal tunggu masa jer, nak belajar dan kemudian amalkan...

Doakan kejayaan saya yer... TQVM.. ;)


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra