Khamis, 7 Mei 2015

Ayah, Kubur tu Hartanah ke?

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Cerita di satu petang... Kisah tentang seorang ayah dan anak...




Pada hari tersebut si ayah datang lewat mengambil si anak pulang dari Sekolah Agama Rakyat..

Si anak pulang dari sekolah agama rakyat pada jam 5.30 petang.. Manakala si ayah sampai dihadapan pintu pagar sekolah petang pada jam 6.15 petang... 

Lewat 45 minit disebabkan perlu menyelesaikan kerja-kerja pengurusan Aset kerajaan.. 

Maklumlah keesokan paginya nak kena Audit Aset.. Inilah padahnya, akibat buat kerja last minit..

Seperti biasa, apabila si ayah lewat mengambil si anak.. Si anak akan berkata.. "Ayah, kenapa lambat? Kawan-kaawn Haikal semua dah balik dah"

Dengan perasaan bersalah si ayah menjawab... "Ayah minta maaf ye Haikal, Hari ni ayah ada banyak kerja yang perlu disiapkan"... 

Dengan wajah sedih si anak berkata..."Haikal tunggu ayah sampai haus.. Haikal nak beli air dekat sana".. Sambil menunjukkan makcik jual air dekat seberang jalan

"Ok.. Jom.. ayah belikan air untu Haikal".. Dengan perasaan lega si Ayah memimpin tangan Haikal sambil mengangkat beg Haikal menyeberangi jalan menuju ke tempat makcik jual air.. Si Ayah berasa lega, sebab rajuk Haikal tak lama... Tapi rajuk orang rumah dalam kereta lebih lama.. Sebab si ayah lewat satu jam mengambil beliau balik dari kerja..

Semasa berada di dalam kereta... Haikal bertanya.. "Ayah, Hartanah tu apa ayah?"

Dalam hati si ayah... "Kenapa pula anak aku tanya pasal hartanah ni?".. Sekali tengok dekat belakang, rupanya ada Majalah Hartanah di atas kerusi kereta... Lupa nak simpan majalah tu... Kan anak dah baca... 



Majalah Terbaru Hartanah di pasaran terdapat di tempat duduk belakang kereta..

"Hartanah tu Harta yang terdapat di atas tanah.. Contohnya tanah, Rumah, dan bangunan-bangunan" Si ayah cuba memberikan jawapan terbaik kepada si anak..

"Ayah gua tu hartanah ke?" Si anak bertanya lagi..

"Gua tu bukan hartanah.. Tapi tanah yang ada pada gua tu adalah Hartanah" Si ayah cuba menjawab soalan si anak. "Hartanah ni tanah yang ada geran atau binaan yang berharga seperti rumah, sekolah, pasaraya dan bangunan-bangunan lain" Si ayah cuba memperkukuhkan jawapan yang diberikan. 

"Kubur pun Hartanah ke Ayah?" Si ayah tergelak, sambil menjeling si ibu di sebelah.. Si Ibu juga turut tergelak, walaupun raut wajah masam sebelum ini masih lagi kelihatan..  

"Kubur tu bukan Hartanah.. Hartanah ni bangunan-bangunan yang besar macam rumah, sekolah.. Tanah tu pun hartanah, sebab tanah tu ada geran.. Geran ni macam sijil yang ada nama orang yang memiliki hartanah tersebut..... ...... " Si ayah cuba memberi penjelasan dengan panjang lebar...

Dah lah tak larat nak ingat balik isi perbualan kami yang seterusnya... Tapi hari tu letih juga nak cerita tentang Hartanah kepada anak saya... Macam macam soalan dia ajukan yang luar daripada jangkaan saya..

Sebenarnya saya sendiri tak pasti dengan jawapan-jawapan spontan yang saya berikan untuk menjawab soalan-soalan Haikal.. Saya tembak jer tu... 

Kesimpulannya.. Lepas ni saya kena baca lebih banyak info tentang pelaburan hartanah.. Terutamanya info-info yang diluar daripada pengetahuan umum seperti:
  • Adakah gua merupakan hartanah?
  • Adakah Kubur juga merupakan hartanah? 
  • Adakah pokok-pokok turut tersenarai dalam hartanah?


P/S : Kalau ada sesiapa yang tahu jawapan yang betul... boleh tolong tulis jawapan anda pada ruangan komen di bawah.. TQ..


Info berkaitan:


1 ulasan:

  1. Terbaik tuan anuar....terima kasih kerana melanggan majalah kami

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra