Isnin, 3 September 2012

Cerita Tentang Orang Mati Hidup Balik

with 6 comments
Orang Mati Hidup Balik.. Betul ker ni??

Mungkin itu persoalan yang bermain di fikiran anda apabila anda membaca tajuk artikel ini..

Sebenarnya saya bukanlah nak menulis tentang sebuah cerita mistik, seram, atau jauh sekali untuk bercerita tentang pengalaman yang pernah saya lalui..

Tetapi sebaliknya saya nak berkongsikan pengalaman sewaktu menghadiri sebuah kursus Agama kira-kira pada Dua Bulan yang lepas..

Kursus tersebut berjalan selama satu hari.. 

Pada sebelah petang kursus tersebut, Ustaz menyampaikan ilmu tentang Fikiran Negatif , hubungan sesama manusia, dan tentang kekeluargaan..

Dalam ceramah yang disampaikan tiba-tiba ustaz tersebut bercerita tentang Kisah Benar : "Orang Mati Hidup Balik"...

Gambar Hiasan

Pada ketika itu, semua orang terus memberi tumpuan kepada Ustaz tersebut.. Termasuk saya yang berada dalam keadaan agak mengantuk pada ketika itu..

Semua orang tertunggu-tunggu kisah yang akan disampaikan oleh Ustaz.. memandangkan pada ketika itu kami berada dalam keadaan sejuk disebabkan suhu penghawa dingin yang menyelubungi di segenap ruang bilik seminar tersebut.. Meremang juga tengkuk saya dibuatnya.. hehehe..

Menurut Ustaz tersebut lagi.. "Cerita Orang Mati Hidup Balik ini memang benar-benar berlaku.. Cerita ini berlaku setiap kali ada kematian"

"Orang ramai akan mengangkat Jenazah dan menghantarnya ke tanah Perkuburan".. 

"Setelah urusan Jenazah disempurnakan, orang yang hidup akan balik ke rumah masing-masing"

"Itulah yang dikatakan, Orang Mati Hidup Balik" kata Ustaz tersebut lagi..

Semua Audian tersenyum mendengar ayat demi ayat yang disampaikan oleh ustaz tersebut... Bikin Suspen sahaja.. hehehe..

Memang betul apa yang diperkatakannya.. Sikit pun dia tak tipu.. Dan dalam masa yang sama berjaya menarik semula perhatian audian yang telah hilang entah ke mana, termasuk ada yang dah turut terlelap..

Menurut Ustaz tersebut.. Sebenarnya ayat orang Mati Hidup Balik telah memerangkap minda kita.. 

Pada ketika itu, minda kita jumud.. Kita yang selama ini suka menonton cerita-cerita seram dan mistik telah terperangkap dengan pemikiran negatif setelah mendengar ayat tersebut.. Betul tak akan kebenaran kata-kata Ustaz tersebut?

Pada ketika itu memang saya akui, saya membayangkan Ustaz tersebut nak bercerita tentang hantu.. hehehe..

Sebagai pengajarannya di sini, kita perlu meluaskan pemikiran kita dalam mentafsir sesuatu ayat.. Elakkan pemikiran kita daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif dalam membuat penilaian dan dalam membuat tindakan.. 

Lihat sekeliling kita.. Buat penilaian sebaiknya dengan menggunakan akal fikiran yang waras.. Insya Allah.. Kita akan membuat keputusan yang tepat..

Tazkirah pada hari ini:

"Apabila matinya seseorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu:

  1. Sedekah yang berterusan 
  2. Ilmu yang memberi faedah dengannya 
  3. Anak yang soleh yang berdoa untuknya"
                                                                                                (Hadis Sohih)

Jadi sementara kita masih lagi diberi keizinan untuk bernafas di muka bumi ini, marilah kita memperbanyakkan amal ibadah.. 

Sebelum sampai masanya kita ditinggalkan bersendirian di tanah perkuburan marilah kita bersama-sama:
  • Luangkan masa mengunjung Masjid dan Surau untuk solat secara Berjemaah, sementara kita masih lagi sihat.
  • Membaca Al-Quran dan melakukan Ibadah sunat yang lain sementara kita masih berkemampuan untuk melakukannya
  • Menziarahi kubur ahli keluarga, sanak saudara, dan sahabat handai kita yang telah kembali ke Rahmatullah
  • Memberi sedekah kepada Fakir Miskin dan kepada mereka yang memerlukan
  • Menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang di sekeliling kita, walaupun cuma sepotong ayat
  • Berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita, sementara mereka masih ada..
  • Menghadiri Majlis Ilmu, untuk menambahkan bekalan minda
  • Berkahwinan, supaya kita dapat meramaikan umat nabi Muhammad S.A.W
  • Memberi ilmu dan pendidikan kepada anak kita, supaya mereka dapat menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan..
Semoga info yang saya kongsikan pada kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..  Terutamanya golongan yang sering pelupa seperti saya disebabkan sibuk dalam menjalani kehidupan seharian... Wallahualam..

P/S: Sekiranya anda menyukai Artikel tentang Orang Mati Hidup balik ini, sila kongsikan artikel ini di Facebook anda..  

  

6 ulasan:

  1. hahaha..pandai ustaz tu capture attention org yg mendengar.. :)

    BalasPadam
  2. yg baca entry ni pun ingat macam tu. kalau yg ngantuk dengar ceramah tu, memanglah segar balik

    BalasPadam
  3. Jangan kata yang mendengar ceramah je terus ambil perhatian, pembaca blog pun terus semangat nak baca entri jugak dengan tajuk macm ni.

    BalasPadam
  4. Setuju dengan hazmin hamudin, ingat nak ceta pasal hantu. hehehe...

    BalasPadam
  5. Really this is one of the greatest post for me. Hope i have got something special from here Istria noclegi

    BalasPadam
  6. thank you for such a nice content. i really appreciate the digging that you have done for us.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra